RASISME DAN FENOMENA MERACAU DI PRK CAMERON HIGHLANDS

Agak aneh apabila fenomena rasisme dan meracau agak signifikan pada pemimpin PH semasa kempen PRK di Cameron Highlands.

Walaupun PRK Cameron Highlands bagi Parlimen P78 telah berakhir dengan kemenangan calon BN, YB Ramli Mohd Nor, namun beberapa kecenderungan kepada rasisme dan fenomena meracau yang agak signifikan telah dikesan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

a a a a a a aracau2

Pertamanya kita dapati ucapan Perdana Menteri Mahathir Muhammad yang mengatakan bahawa dia tidak dapat melihat dengan jelas calon PH Manogaran, “Tak nampak gelap, nampak rambut dia putih” dalam ceramah kempennya ketika di Felda Sungai Koyan, diterjemahkan oleh MIC sebagai rasis.

Sekiranya Mahathir tulus-ikhlas mahu membantu mengangkat calon PH, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang turut disambut dengan gelak-ketawa yang menghina terutamanya daripada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Kulasegaran di atas pentas ucapan di Sg Koyan.

Bukan itu sahaja, malah Mahathir tidak tahu siapa nama calon PH.

a a a a a a aracau1

Kemudian Mahathir juga mengeluarkan kenyataan mengutuk mantan Perdana Menteri, DS Najib “Sama penyangak seperti Israel” dalam ucapannya di lokasi bersebelahan dengan masjid selepas solat Jumaat di hadapan kira-kira 300 penyokong PH yang kebanyakannya datang dari luar Cameron Highlands.

Benarkah Najib seperti Yahudi Israel? Sekiranya DS Najib disamakan dengan Yahudi Israel, maka DS Najib juga ganas, pembunuh Palestin dan musuh Islam?

Mungkin rakyat jelata tidak mahu membuat komentar, selain memberi kesimpulan bahawa pemimpin PH ini meracau.

Rakyat dan pengundi juga hairan apabila Calon PH Manogaran mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan YB Ramli Mohd Nor lebih didorong oleh kempen rasisme pemimpin dan penyokong BN sedangkan pada awal kempen Manogaran telah melemparkan tuduhan bahawa “orang Melayu tidak mahu membeli kuih masakan kaum Orang Asli.”

Kenyataan Manogaran sedemikian ditafsirkan amat rasis dan ketiadaan isu untuk diangkat bagi menggambarkan keburukan BN.

Kemudian rakyat juga dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri DS Wan Azizah bahawa pengundi masih menyangka bahawa “Mahathir masih pemimpin BN.”

Agak aneh kerana jika Mahathir pemimpin BN, kenapa pula penyokong BN di Cameron Highlands tidak memeriahkan kehadiran Mahathir?

Jawapannya boleh jadi pengundi tidak menyokong BN, sebab itu dalam ceramah Mahathir banyak bas luar yang datang membawa bersama penyokong PH, kerana pengundi Cameron Highlands amat membenci BN. Anehnya BN menang.

Lim Kit Siang pula dalam ceramahnya telah berjanji bahawa sekiranya PH menang PRK itu, dia akan mengadakan satu sidang khas untuk memberikan kerakyatan penuh kepada kaum Orang Asli Cameron Highlands. Jelas sekali Kit Siang juga meracau kerana Orang Asli sememangnya adalah kaum pribumi jati Tanah Melayu. Adakah mereka tidak layak diiktirafkan sebagai warganegara Malaysia? Lainlah dengan pemimpin cauvinis DAP itu yang lahir di Funan dan merupakan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya. Kewarganegaraannya sepatutnya dinilai semula.

Pada hari mengundi pula calon PH Manogaran masuk ke pusat mengundi dengan memakai baju berlogo PH? Tidakkah tindakan ini juga merupakan satu racauan. Apa tujuan dia masuk ke pusat mengundi dengan baju berlogokan PH? Untuk berkempen? Rakyat tahu dia bukan pemastautin Cameron Highlands, dia menetap di Ampang, Kuala Lumpur.

Setelah dikritik Manogaran memberikan alasan bahawa dia tidak perasan bajunya berlogokan parti PH. Dia meracau lagi.

Lim Guan Eng pula mengucapkan tahniah kepada pengundi Cameron Highlands kerana telah memilih DS Najib. Orang ramai ingin bertanya Guan Eng, adakah Najib calon BN?

Guan Eng juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib telah mengepalai kempen pembangkang. Ramailah dalam kalangan pemimpin BN yang ketawa dengan kenyataan Guan Eng. Dia meracau!

Satu lagi kanehan apabila Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyatakan rasa tidak puas hati terhadap DS Najib yang datang berkempen di Cameron Highlands tanpa sedikit pun rasa bersalah setelah merosakkan imej negara,” sebagaimana dilaporkan media.

Rakyat ingin bertanya, adakah DS Najib telah disabitkan dengan kesalahan atas tuduhan yang berlambak dan melulu daripada kerajaan PH?

Sebaliknya Anwar telah banyak tahun dipenjarakan kerana rasuah dan sodomi sehingga memalukan negara di seluruh dunia? Kalau dia tidak bersalah, dia sepatutnya menyaman kerajaan khususnya semasa kepimpinan Mahathir kerana tuduhan rasuah dan sodomi (1). Najib tidak dipenjarakan kerana tiada sabitan dia bersalah.

Najib datang ke Cameron Highlands dan rakyat tahu bahawa DS Najib adalah bekas Menteri Besar Pahang. Najib juga merupakan bekas Perdana Menteri. Najib juga merupakan anak jati Pahang. Kehadiran Najib tiada kena mengena langsung sebagai mengepalai kempen BN, sebagaimana juga tuduhan Guan Eng? Adakah kehadiran Najib dengan sambutan hangat pengundi dan pendudukan Cameron Highlands harus dikesali?

Lagi sekali kenyataan ini semua juga merupakan racauan.

Kesimpulan yang harus dijadikan sempadan oleh pemimpin yang berkempen dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang, adalah supaya berhati-hati dalam hal mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tanpa sedar ia boleh condong kepada rasisme dan jika tidak, rakyat menganggap golongan ini hanya meracau-racau kalau tidak nyanyuk dan gila.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: