Dipetik daripada YouTube
Jentera PRK parti PH di Cameron Highlands telah didedahkan melanggar etika dan peraturan SPR apabila didapati menggunakan kenderaan Jabatan Perhutanan untuk berkempen.
Kes tersebut menjadi lebih hangat apabila seorang Timbalan Menteri cuba menegakkan benang basah dan marah apabila video tindak-tanduknya dirakamkan.
Menurut pihak terbabit, laporan polis telah dibuat berkaitan dengan kejadian itu yang bercanggah dengan prinsip PH sendiri bahawa mereka adalah bersih daripada salah guna kuasa dalam kempen PRK tersebut.

Anehnya seorang Timbalan Menteri PH sendiri cuba membela salah guna kuasa yang terang-terang diamalkan petugas kempen kerajaan PH di hadapan calon BN, Ramli Mohd Noor.
*END*
Tinggalkan Jawapan