MAHATHIR SEMEMANGNYA TIDAK LAGI POPULAR KEPADA RAKYAT

Beberapa hari yang lalu Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah membuat satu eksperimen untuk melihat sejauh manakah populariti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam minda dan hati rakyat berbanding dengan DS Najib Tun Razak.

Kita tidak tahu apa tujuan Syed Saddiq tetapi, mungkin dia musykil terhadap persepsi rakyat terkini terhadap Mahathir, ‘Perdana Menteri Tertua Dunia’ yang kerap kali juga dilihat tersasul, atau sebagaimana kata Sultan Johor suatu ketika dahulu, ‘sedikit nyanyuk.’

Sehingga beberapa hari lalu, undian itu memaparkan Mahathir cuma meraih 17 % undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang mampu peroleh 83 % undian.

Walau bagaimanapun netizen yang kurang senang dengan dapatan tersebut mula menghalakan kemarahan mereka kepada Syed Saddiq kerana eksperimen sedemikian hanya akan merosakkan reputasi Mahathir dan kerajaan PH.

Bukan itu sahaja, malahan netizen telah berani meninggalkan komentar dengan selitan cacian dan cemohan kepada Mahathir.

Hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi luahan rasa netizen terhadap Mahathir, kerajaan PH dan Menteri-menteri PH, sememangnya amat pedih dan di luar batas budi bahasa.

Sekiranya pihak SKMM ingin mengambil tindakan kerana sikap biadap netizen, kami kira ribuan akan terpaksa diseret ke mahkamah setiap hari, lalu seratus tahun pun tidak akan selesai untuk membicarakan golongan ‘rakyat’ yang dilihat amat membenci Mahathir ini.

Kami ingin merakamkan beberapa respons netizen dalam FB terhadap satu ‘page’ yang menjemput komentar pengguna terhadap isu ‘ANAK KALAH NAIB PRESIDEN ANTARA PUNCA TUN MAHATHIR MUSUHI SAYA.’

a a a amadey1

a a a amadey2

a a a amadey3

a a a amadey4

Respons yang dipaparkan itu hanyalah sebahagian daripada ratusan komentar yang dilemparkan kepada Mahathir.

Kita tidak tahu apakah yang berbuku dalam sanubari netizen ini semua, namun Mahathir sendiri hendaklah tahu bahawa ada sesuatu tidak kena yang menyebabkan rakyat amat benci kepadanya sekarang ini.

Agak lucu sekiranya masih ada akhbar tempatan yang masih mahu memuja dan memuji Mahathir sebagaimana laporan kehadiran Mahathir di Oxford, yang rakyat lihat tidak lebih sekadar ‘media framing’ yang mahu memadamkan kelemahan dan kegagalan Mahathir dalam pentadbirannya.

Namun kami percaya bahawa rakyat masih tidak lupa terhadap beberapa skandal penyelewengan ekonomi yang mereka persepsikan keterlibatan Mahathir sepanjang dia menjadi PM selama 22 tahun dahulu.

Kemudian rakyat sedang menilai kerajaan PH di bawah pimpinan Mahathir yang rata-rata mengecewakan rakyat.

Soal tol yang tidak dihapuskan, hutang peneroka Felda gagal dimansuhkan, janji PTPTN gagal ditunaikan, harga komoditi seperti minyak sawit merudum, tiadanya penurunan harga minyak ketika harga dunia menurun, golongan nelayan pula terus dihimpit keresahan dengan hilangnya elaun manakala rakyat miskin makin menghadapi kesukaran untuk hidup, Mahathir tidak begitu serius menanggani kesan kenaikan harga barang yang memberi kesan langsung kepada kelas bawahan, golongan LGBT makin berani menuntut hak dan mencabuli peraturan Islam, sedangkan kerajaan PH nampaknya dikendalikan oleh para menteri yang lemah.

Rakyat tertanya-tanya mengapakah tiada pakej rangsangan ekonomi dan pelaburan kerajaan PH, yang kini menyebabkan pasaran saham terumbang-ambing dan nilai ringgit terus merudum.

Menteri kewangan yang menjaga khazanah negara pula asyik menyalahkan dan menimbulkan persepsi serta membuat tuduhan kepada kerajaan terdahulu tanpa asas.

Dalam kempen PRU14, PH menghebohkan bahawa Malaysia akan bankrap kerana aktiviti rompakan DS Najib dan UMNO, serta memanipulasikan hutang negara dengan angka rekaan dan pembohongan.

Pada hakikatnya ekonomi negara ketika di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berkembang pesat dan diperakui oleh badan dunia sebagai kedua terbaik di belakang negara China.

Ramai juga bertanya, jika rakyat menjadi mangsa rompakan pada zaman DS Najib dahulu, kenapakah mangsa rompakan masih boleh hidup bahagia, ekonomi kukuh dan aman.

Sebaliknya sekarang rakyat menderita, ekonomi meleset, aset dijual merata-rata, rakyat kemiskinan, dan keadaan negara tidak aman.

Rakyat sedang berfikir bahawasanya, kerajaan sekaranglah yang sedang merompak, dan Mahathirlah kleptokrat unggul yang mereka lihat. Malah Mahathir juga dipersepsikan sebagai kaldai DAP.

*End*

One thought on “MAHATHIR SEMEMANGNYA TIDAK LAGI POPULAR KEPADA RAKYAT

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: