VIDEO – PEGUAM NEGARA, HAKIM NEGARA DAN MENTERI UNDANG-UNDANG BERSAMA DALAM ‘ROCK AND ROLL’

Dipetik daripada YouTube

Hari ini, riuh satu negara, jika tidak satu dunia, apabila video Peguam Negara, Hakim Negara, Menteri Undang-Undang dan ramai lagi yang berjoget riang-ria meraikan makan malam  ‘The Opening of the Legal Year 2019 Gala Dinner: Justice the Way Forward.’

Dalam satu status whatsapp Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat UMNO, Dato’ Lokman Noor Adam, telah membangkitkan isu video tarian tersebut dengan soalan kepada Peguam Negara dan penggiat institusi perundangan-undangan negara berkaitan kematian pegawai Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, yang mati dibunuh dalam kejadian rusuhan kuil Mariamman, Seafield tempoh hari.

Walau bagaimanapun kami dapati video tersebut sudahpun dimuat naik dan tertular dalam YouTube.

Wacana lengkap daripada Lokman adalah seperti berikut:

“Tahniah kepada semua penyokong tegar Pakatan Harapan yang belum insaf akan kesilapan mereka pada 9 Mei, 2018 (PRU14).  Kebijaksanaan andalah yang telah menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung kesan “Rule of Law” bertukar menjadi “Law of the Jungle”.  

Setelah lingkup sistem perundangan kita dibuatnya, semua perasuah dan penjenayah DAP, PKR dan PPBM seperti Guan Eng, Phang Li Khoon, Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen, Tony Pua, Hassan Karim, Tamrin Ghafar dan lain-lain digugurkan dari pertuduhan ke atas mereka, kini Menteri jaga Undang-Undang Pakatan Harapan, Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas boleh beronggeng di atas pentas bersama penuh kegirangan.   Saya nak tanya pada tiga manusia ini, Kes Adib dah bicara ke?  

Pembunuh adib dah didakwa ke? Inkues untuk cari punca kematian Adib dah mula ke?  Empat tertuduh yang didakwa cuba membunuh Adib di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan sudah didakwa di bawah Seksyen 302 kerana membunuh ke? Adakah empat tertuduh ini masih di Malaysia atau sudah lari ke negara yang mengharamkan hukuman mati? Hmmmm, sah memang Pakatan Tiada Harapan.  Jogetlah dulu, kes Adib tak sepenting malam muda-mudi ini kan? Kenapa tak ajak Atuk (Mahathir?) sekali baru lengkap makna “Law of The Jungle” itu?”

Dua tahun lalu peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla pernah mendesak Tan Sri Apandi Ali supaya meletakkan jawatan kerana menari menyambut Hari Kemerdekaan bersama-sama dengan beberapa orang daripada kalangan jemaah menteri.

Wacana Hanif Khatri pula adalah seperti berikut:

“Isu sebenarnya yang perlu difahamkan bukannya isu meraikan … sebaliknya ialah kerusi Peguam Negara. 

Setiap Peguam Negara mempunyai hak untuk mempunyai minat beliau sendiri. Tapi soalnya adalah sebagai Peguam Negara, beliaulah satu-satunya kerusi yang akan membuat keputusan berkaitan dengan mana-mana siasatan jenayah di seluruh negara, sama ada orang awam, mahupun setinggi-tingi jemaah menteri.

Oleh itu terdapat satu konsep yang penting iaitu keadilan asasi yang wujud beratus tahun di mana seorang peguam negara bukan sahaja perlu membuat keputusan yang adil tetapi hendaklah meyakinkan kepada rakyat jelata bahawa keputusannya itu adalah seadil-adil dan sesaksama yang boleh, yakni orang kena yakin bahawa beliau tidak dipengaruhi dengan mana-mana hubungan dengan mana-mana pihak di mana beliau kena buat keputusan….

Jadi atas dasar keadilan asasi jika tiada penjelasan berhubung dengan kedua-dua tingkah laku tersebut, saya dengan jujur dan ikhlas mengatakan Tan Sri Apandi Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara Malaysia.”

Atas isu yang sama, adakah semua penggiat undang-undang negara yang riuh dengan tarian Rock and Roll itu juga mesti didesak supaya meletakkan jawatan?

Pada fikiran kami, itulah sepatutnya, “Baiklah letak jawatan!”

*End*

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: