VIDEO- RAMLI CALON TERBAIK PRK CAMERON HIGHLANDS

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, mengkategorikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ahli politik yang amat pandai berlakon. Pastinya apa yang dimaksudkan ialah Lim Kit Siang amat pandai berpura-pura kepada rakyat dan pengundi.

Sekiranya kepimpinan tertinggi DAP-PH seperti Lim Kit Siang digolongkan sebagai pemimpin yang hanya pandai berpura-pura dan berlakon, apatah lagi calon PH di PRK Cameron Highlands seperti M Manogaran.

Gobalakrishnan mungkin mahu memberi isyarat bahawa calon PH, Manogaran juga hendaklah ditolak oleh masyarakat Cameron Highlands, baik di Dun Tanah Rata, mahupun Dun Jelai.

Terdapat empat calon yang akan bertanding di PRK Cameron Highlands, iaitu dua calon Bebas, Salehuddin Ab Talib dan Wong Seng Yee, calon BN, Ramli Mohd Nor dan calon PH M Manogaran.

Calon Bebas, Salehuddin dan Wong Seng Hee lebih dilihat sebagai calon pemecah undi yang tidak relevan dan tidak terkesan kepada keputusan PKR Cameron Highlands.

Terdapat juga kritikan hangat terhadap Salehuddin yang wujud hanya untuk memecahkan undi kaum Melayu bagi memberikan kemenangan kepada calon DAP M Manogaran.

Pertandingan yang lebih ketara akan dilihat antara calon BN Ramli Mohd Nor dan calon DAP M Manogaran.

Pada PRU14, Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

Sivaraajh telah menang dengan majoriti 597 undi. Namun malangnya mahkamah telah membatalkan kemenangan Sivaraajh kerana disabitkan dengan pemberian bantuan wang kepada penduduk.

Anehnya, sehari selepas penamaan calon, petugas PH juga telah dirakamkan memberikan wang kepada penduduk tempatan yang dikatakan sebagai duit minyak petrol sedangkan mereka datang ke pusat bandar Cameron Highlands menaiki bas.

Pastinya PRK Cameron Highlands kali ini berbeza dengan PRU14 Mei tahun lalu kerana, calon BN Ramli Mohd Nor mendapat sokongan daripada PAS. Dengan itu secara kasarnya undi daripada penyokong PAS dijangkakan diberikan kepada Ramli di samping sokongan sedia ada daripada penyokong BN serta kaum Orang Asli.

Kempimpinan MIC dan MCA juga telah menyatakan sokongan mereka kepada Ramli dan turut sama hadir memberikan sokongan moral kepada Ramli.

a a a acameron 1a

Faktor yang dikira menjadi sandaran kukuh kepada pemilih di Cameron Highlands khususnya kaum Melayu-Pribumi dan golongan pekebun ialah latar belakang Ramli sebagai anak jati Cameron Highlands dari keturunan Semai di Ringlets, sedangkan Manogaran adalah pemaustatin di Bukit Antarabangsa Ampang, yang tidak relevan untuk mewakili masyarakat Cameron Highlands.

 

a a a acameron 1c
M Manogaran penduduk tetap di Ampang, bukan Cameron Highlands

Seandainya terpilih pasti Ramli akan menjadi wakil parlimen yang kuat kepada masyarakat Orang Asli bukan sahaja di Cameron Highlands tetapi juga di seluruh Semenanjung.

Ramli juga boleh diterjemahkan sebagai idola kaum Orang Asli dan masyarakat Cameron Highlands kerana kejayaan akademik dan kerjayanya, sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke London. Latar profesion dan akademiknya adalah kejayaan yang amat hebat dan mengagumkan.

Manogaran telah gagal dua kali sebelumnya pada PRU13 dan PRU14.

Adakah Manogaran mahu mengelabukan mata pengundi dengan kegagalan DAP mengendalikan ekonomi negara dan kebajikan rakyat setelah PH memenangi PRU14?

Di Cameron Highlands Manogaran lebih kerap dikelilingi oleh kaum Cina yang sebenarnya bukanlah penduduk asal Cameron Highlands.

a a a acameron 1b

Malahan dalam konteks rekod pentadbiran, PH juga dilihat oleh rakyat sebagai penipu, pemfitnah dan pembohong, berdasarkan kegagalan menunaikan janji mereka serta tidak prihatin terhadap keadaan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat tinggi.

Dari aspek ekonomi makro juga, banyak kelemahan PH yang kini sedang memusnahkan negara, dengan jatuhnya nilai ringgit, pelabur yang tidak yakin dengan kerajaan baru, susutnya rizab antarabangsa Bank Negara, harga komoditi getah dan kelapa sawit yang merudum, mengabaikan bantuan kepada nelayan dan petani, kenaikan harga petrol meskipun harga minyak mentah dunia telah turun, serta banyak lagi kegenjotan PH yang dilihat sebagai bencana dan malapetaka kepada rakyat jelata.

Kita harap pemilih Cameron Highlands tidak buta dan tuli dengan lakonan pemimpin DAP sebagaimana yang dihebohkan oleh bekas Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan.

*End*

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: