PAS BANTU BN LAWAN GOLONGAN CAUVINIS DAN PENIPU DI CAMERON HIGHLANDS

Calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor tidak keseorangan menentang calon parti DAP, yang sejak sekian lama ditafsirkan PAS sebagai cauvinis Cina, anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Raja-Raja Melayu.

a a a apas bantu ch 3
Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman , mendedahkan bahawa DAP sedang mengatur perancangan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Kristian

Malah dengan agenda DAP untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian, ia menjadi jihad kepada umat Islam untuk menentang DAP.

Bukan sahaja PAS, malah MIC dan MCA juga turut bersama menyokong calon BN menentang golongan pembohong dan penipu yang menjadikan Mahathir sebagai kuda tunggangan mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau sendiri akan turun padang pada Ahad ini bagi bertemu pengundi di samping memberi sokongan kepada Ramli yang merupakan bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli.

“Saya akan turun berkempen pada hari Ahad,” kata Haji Hadi dalam sidang akhbar di Kemaman Terengganu semalam 15 Jan 2019.

Faktor Ramli sebagai calon beragama Islam adalah satu kekuatan yang mesti disokong oleh umat Islam apatah lagi dalam konteks keghairahan mubaligh Kristian yang cuba berdakwah untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat orang Asli di Cameron Highlands.

Haji Hadi juga telah mengerahkan penyokong serta pengundi PAS untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini.

Pada PRU14 Mei tahun lalu, calon BN C Sivaraajh telah memperoleh 10,307 undi mengalahkan calon PKR M.Manogaran yang memperoleh 9,710, manakala calon PAS pula telah memperoleh 3,587.

a a a apas bantu ch 1

Seandainya pola tersebut kekal pada PRK 26 Januari ini, undi PAS akan berpindah kepada calon BN, Ramli Mohd Nor dengan jangkaan 13,894 yang jauh meninggalkan calon PH dengan majoriti 4,184 undi.

Abdul Hadi berkata, “Berdasarkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memang jumlah undi PAS perlu diambil kira dalam menentukan kemenangan calon, “katanya.

Bukan setakat itu sahaja, malahan PAS akan menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelaras bagi membantu calon pembangkang dari BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands itu.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan sokongan PAS. Katanya, “Insya-Allah. Parti PAS akan menubuhkan jawatankuasa penyelaras bagi membantu pembangkang (BN) dalam PRK itu nanti.”

a a a acameron 4
Pegawai PRK PH sedang mengagihkan wang kepada Orang  Asli di Cameron Highlands

Perakuan PAS ini serta sokongan MIC dan MCA malahan segolongan MyPPP yang mesra BN, pastinya akan terus menghimpit DAP-PH lebih-lebih lagi apabila mereka sudahpun dipersepsikan mengamalkan rasuah.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: