RAKYAT JANGAN TERTIPU DENGAN PEMBOHONGAN DAP DI CAMERON HIGHLANDS

Nampaknya pihak DAP-PH amat agresif mahu merampas kerusi parlimen Cameron Highlands (CH).

Diharapkan masyarakat CH baik di DUN Tanah Rata mahupun di Jelai tidak termakan dengan tipu dan dakyah DAP-PH.

PH sudah lemak berbohong pada rakyat di seluruh negara dengan manifesto PH yang tidak mereka tunaikan, malah menggunakan alasan bahawa manifesto bukan kitab suci atau mungkin bagi mereka ia hanyalah retorik yang sama nilai dengan kertas tisu tandas.

PH-DAP juga cuba mengatakan bahawa UMNO sudah berkubur, sebaliknya pada hari penamaan calon di CH, kita lihat ribuan penyokong UMNO tempatan yang hadir untuk memberikan sokongan moral kepada calon BN Ramli Mohd Nor.

Penyokong PH menipu dengan mengatakan bahawa MIC memprotes terhadap pemilihan calon UMNO bagi PRK Cameron Highlands kerana kerusi parlimen di situ sejak lama diberikan kepada MIC.

Sebaliknya semasa penamaan calon, ribuan penyokong BN termasuk ratusan penyokong MIC yang turut sama berarak memberikan sokongan moral kepada Ramli Mohd Nor, bekas pegawai tinggi Polis yang berasal dari suku Semai, Ringlet Cameron Highlands.

Malah kemudiannya kita juga melihat sokongan yang datang daripada penyokong MCA.

a a a acameron 1

Golongan penyokong BN bukan diimport dari luar Cameron Highlands, sebaliknya majoriti adalah masyarakat tempatan CH juga. Hakikat ini memberi amaran bahawa Ramli mendapat restu yang hebat daripada masyarakat tempatan CH.

Tidaklah menghairankan sekiranya Ramli mengatakan bahawa “masyarakat kampung Orang Asli dari Betau sampai ke Kampung Raja itu 90 peratus adalah saudara-mara saya.”

a a a acameron 2

 

Sedangkan penyokong PH adalah masyarakat luar yang datang dengan bas pelancong dari luar Pahang.

Dalam kempen mereka pihak DAP-PH telah cuba merekodkan gambar jalan-jalan persendirian milik tuan kebun Cina dan menuduh bahawa kerajaan sebelumnya tidak prihatin kepada penduduk CH.

Kemudian ada pula gambar berlumpur laluan perkampungan Orang Asli yang telah diwartakan sebagai projek kerajaan BN terdahulu. Sebaliknya apabila PH mengambil alih kuasa Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membatalkan projek-projek jalan berturap berkenaan.

a a a acameron 3

Kemudian rakyat melihat calon DAP, M.Manogaran membuat kenyataan kepada pemberita yang jelas mengelirukan pengundi CH dengan janji kosong bahawa hanya PH yang mampu menyelesaikan masalah kelulusan tanah untuk rakyat CH.

Adakah dia selaku seorang peguam cuba memperbodohkan rakyat kerana hal berkaitan pemberian serta kelulusan tanah negeri adalah tertakluk kepada Kerajaan Negeri Pahang?

Sebaliknya dia sengaja mengeluarkan kenyataan sebegini untuk memancing undi pengusaha kebun sayur yang mengusahakan tanah negeri dengan kelulusan kerajaan negeri.

Cara Manogaran dan DAP membuat kenyataan sebegini bagi kepentingan politik mereka dalam PRK CH ini hanya akan memudaratkan pengundi CH dan seandainya janji itu tidak ditunaikan, sudah tentu DAP akan menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pahang sedangkan mereka tahu kuasa kelulusan tanah negeri adalah tertakluk kepada kuasa Kerajaan Negeri.

Manogaran sebenarnya kehabisan modal kempen kerana dia sedar bahawa dia tidak mampu menjadi Ahli Parlimen berikutan dua kali kekalahan di tangan calon BN dalam PRU yang lalu.

Dia hanya layak dijenamakan sebagai calon kitar semula, sebagaimana surat khabar lama yang tidak bernilai.

Sebelumnya pada PRU14 calon BN Sivaraajh telah dibatalkan kemenangannya atas tuduhan merasuah pengundi.

a a a acameron 4

Tapi anehnya apabila tertular gambar pegawai-pegawai pilihan raya PH-DAP yang membahagi-bahagikan wang kepada penduduk dikatakan sebagai wang upah bayaran minyak petrol dan bukannya rasuah.

Sedangkan dalam kes rasuah Sivaraajh, hakim telah memutuskan bahawa “It is no matter that the money was given as ‘duit rokok’ or ‘duit minyak’ (petrol money) as it constitutes to bribery. The money was given to the voter to induce the voter to vote,” kata Hakim yang menjatuhi hukuman sabitan rasuah terhadap Sivaraajh. Hukuman sedemikian sudah tentu terpakai juga kepada calon DAP kali ini.

a a a acameron 5

Dengan itu diharapkan rakyat CH tidak turut tertipu dengan janji-janji palsu PH-DAP yang sudah mual bagi masyarakat luar CH.

Setelah lapan bulan memerintah, PH telah banyak membawa malapetaka kepada rakyat dan negara apabila ekonomi meleset, pelabor lari keluar negara, nilai ringgit jatuh merudum, bursa saham juga jatuh, berpuluh bilion ringgit rizab antarabangsa Bank Negara hilang lesap, banyak aset Melayu-Bumiputera dijual, harga barang keperluan terus naik, agama Islam dihina, Raja-Raja Melayu dihina, menaikkan tarif air dan tak lama lagi tarik elektrik, memansuhkan bantuan kewangan kepada petani dan nelayan, malah cuba pula berjuang menjadikan negara ini negara Kristian.

Alasan pembohongan mereka ialah negara berhutang RM1 trilion, sedangkan badan penarafan antarabangsa serta Bajet 2019 PH secara terang-terangan menafikan jumlah hutang tersebut.

Adakah ini modus operandi DAP-PH untuk menjual aset negara bagi mengisi tembolok orang-orang politik mereka serta kroni-kroni mereka?

PH gagal memberikan tumpuan untuk membangunkan negara, sebaliknya sibuk berpolitik dengan hala tuju menjatuhkan UMNO-BN, seakan-akan PH-DAP masih berdiri sebagai pembangkang dan lupa bahawa mereka kini adalah pemerintah.

Kita harap pengundi CH baik di DUN Tanah Rata mahupun di DUN Jelai, tidak lagi tertipu sebagaimana rakyat tertipu pada PRU14 dahulu.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: