RAMLI ADALAH IDOLA KAUM PRIBUMI DI PRK CAMERON HIGHLANDS

Penamaan calon telahpun berlangsung semalam dan disahkan bahawa PRK Cameron Highlands adalah merupakan pertandingan empat penjuru, Ramli Mohd Nor (BN), M Manogaran (PH-DAP) dan dua calon bebas iaitu Sallehuddin Ab Talib dan Wong Seng Wee.

a a a aprk cameron 1

Calon PRK, Ramli Mohd Nor (mengangkat tangan) bersama Timbalan Presiden UMNO dan penyokong BN- Foto dipetik daripada Utusan Online

Pertandingan yang menjadi perhatian umum dan dilihat sebagai ‘pertandingan hakiki’ adalah antara calon BN iaitu Ramli dengan calon PH Manogaran, sedangkan dua calon bebas hanyalah calon tempelan untuk memecahkan undi pada skala kecil sahaja.

Manogaran adalah daripada parti DAP yang telah gagal dalam tiga pilihan raya sebelumnya. Namun kali ini Magoran menggunakan simbol PH. Adakah Manogaran mahu mengelabukan pengundi dengan kegagalan DAP mengendalikan ekonomi negara dan kebajikan rakyat setelah PH memenangi PRU14?

Pada PRU14, Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi). Sivaraajh telah menang dengan majoriti 597 undi.

Manogaran mempunyai rekod sejarah yang negatif kerana sudah 3 kali gagal bertanding sebagai calon DAP. Setelah gagal PRK14 Mei lalu, Manogaran menggunakan helah rasuah ke atas calon BN supaya pilihan raya diadakan semula. Tidaklah pelek sekiranya dia kalah lagi kali ini, dia akan gunakan juga modus operandi yang sama.

BN harus berwaspada dengan tokoh politik tidak matang seperti ini dan memantau kebolehpercayaan jentera pilihanraya SPR.

Walaupun ini adalah kali pertama Ramli Mohd Nor bertanding sebagai calon BN, namun latar belakang Ramli sebagai pegawai tinggi polis, beragama Islam, pendidikan tinggi dan asal-susul keturunannya daripada kaum Orang Asli, semua kriteria tersebut akan memberikan dampak yang tinggi kepada sokongan pengundi baik di DUN Tanah Rata, mahupun di Jelai.

Ramli mempunyai hubungan yang mesra dengan kaum orang Asli di Tanah Rata, dan pastinya akan memenangi hati pengundi di Jelai yang majoritinya adalah daripada kaum Melayu-Islam.

Ramli boleh diterjemahkan sebagai idola kaum Orang Asli yang telah menikmati kebajikan daripada BN sehingga membawa kejayaan akademik dan kerjayanya, sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke London. Latar profesion dan akademiknya adalah kejayaan yang amat hebat dan mengagumkan.

Ini adalah fakta yang membuktikan bahawa pemerintahan BN sebelum diambil alih PH, adalah kerajaan yang amat prihatin terhadap kaum Orang Asli serta kebajikan mereka.

Disokong dengan keputusan PAS yang tidak akan bertanding pada PRK ini untuk memberikan laluan kepada calon BN, pastinya undi PAS (3587) akan berpindah kepada Ramli.

Malahan dengan sokongan daripada penyokong MIC yang dahulunya diwakili oleh Sivaraajh, BN mempunyai kekuatan yang kental untuk menarik undi daripada kaum India, sekiranya pola pilihan pengundi PRU14 kekal.

Dalam konteks Tan Sri M Kaveas Presiden parti MyPPP yang telah menarik diri sebagai calon, dia telah dilihat sebagai sedar bahawa amat tipis untuk mengalahkan calon BN.

Kawasan Parlimen Cameron Highlands (P78) mempunyai pengundi berdaftar sejumlah 32,048 dengan peratus pengundi Melayu 34%, Cina 29% India 15 % dan kaum Pribumi Orang Asli 22% (merujuk pada rekod PRU14). 

Faktor yang menyokong calon BN boleh ditanggapi seperti berikut.

Pertama, sekiranya masyarakat kaum Orang Asli yang terdiri daripada 22% (7050) menyokong Ramli kerana faktor tokoh keturunan Orang Asli, maka BN secara kasarnya boleh menggarap majoriti undi daripada 56% (34%+22%) atau 17,947 undi bagi menentang kaum Bukan-Melayu 44% (29%+15%) atau 14,101 undi. 

Perkiraan kasar ini juga mengambil kira undi daripada penyokong PAS (3587) serta sentimen masyarakat Islam terhadap parti DAP yang dilihat sebagai anti-Melayu-pribumi-Islam.

Keduanya, Himpunan rakyat 812 yang menolak ratifikasi ICERD juga harus dijadikan sandaran oleh kaum pribumi Cameron Highlands tentang niat jahat DAP dan PH yang mahu memusnahkan hak keistimewaan kaum pribumi.

Ketiganya, kaum Orang Asli harus menilai BN daripada pembangunan infrastruktur yang digerakkan oleh BN sebelumnya. Tiada apa pun sumbangan baik daripada PH apatah lagi DAP, kecuali retorik kosong yang menjanjikan bulan-bintang.

Keempatnya, agak aneh sekiranya DAP mahu mengangkat calonnya sebagai wira yang memperjuangkan kebajikan Orang Asli, malah DAP amat memusuhi kaum Melayu-Pribumi. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada kaum Melayu-pribumi di Pulau Pinang yang berada di bawah kuasa DAP.

a a a aprk cameron 2

Kelimanya, kaum Orang Asli di Tanah Rata dan juga di Jelai hendaklah disedarkan bahawa kedudukan mereka amat terancam sekarang ini. Malah sudah ada suara-suara cauvinis daripada senator DAP, Bob Manolan, yang mengugut Tok Batin untuk tidak dibayar gaji dan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mengundi DAP-PH. 

Calon DAP yang menggunakan simbol PH dilihat sebagai muslihat untuk membutakan pengundi Melayu di parlimen Cameron Highlands, kerana DAP mempunyai rekod yang amat buruk dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam dan kaum pribumi.

Keenamnya, dalam konteks rekod pentadbiran, PH juga dilihat oleh rakyat sebagai penipu, pemfitnah dan pembohong, berdasarkan kegagalan menunaikan janji mereka serta keadaan taraf hidup rakyat yang meningkat tinggi.

Dari aspek ekonomi makro juga, banyak kelemahan PH yang kini sedang memusnahkan negara, dengan jatuhnya nilai ringgit, pelabur yang tidak yakin dengan kerajaan baru, susutnya rizab antarabangsa Bank Negara, harga komoditi getah dan kelapa sawit yang jatuh, mengabaikan bantuan kepada nelayan dan petani, serta banyak lagi kegenjotan PH yang dilihat sebagai bencana dan malapetaka kepada rakyat jelata.

Apakah rakyat Cameron Highlands termasuk kaum pribumi Orang Asli, juga mahu membiarkan Manogaran beretorik dengan janji bulan bintang?

*End*

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: