JASA BN MAJUKAN HIDUP KAUM ORANG ASLI

Tuduhan yang dibuat oleh wakil Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS), Yusri Ahon, bahawa BN tidak mampu mengubah nasib kaum Orang Asli adalah dangkal, dan ketinggalan.

a a a aorang asli 1
Wakil JOAS, Yusri Ahon.

Yusri tidak sedar mengapakah sejak sekian lama kerajaan telah menubuhkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang sebelumnya Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) ?Tidakkah penubuhan badan tersebut adalah untuk memajukan kehidupan Orang Asli bukan sahaja di Cameron Highlands bahkan di seluruh negara?

Yusri juga tidak merujuk kepada JAKOA untuk mendapatkan maklumat tentang program memajukan kehidupan Orang Asli. Mungkin Yusri terpulau jauh di pedalaman tanpa mengetahui apakah yang sedang berlaku di luar sana.

Yusri nampaknya lupa bahawa untuk merancakkan pembangunan dan kemajuan hidup Orang Asli, kerajaan BN telah melantik tokoh orang Asli sendiri iaitu Dato’ Ajis Satin daripada kaum Semai, untuk menerajui kepimpinan JKOA.

Image result for ajis satin Pengarah JKOA

                Dato' Ajis Satin Ketua Pengarah JKOA

Ajis Satin berasal dari Kampung Orang Asli Kuala Koyan, Kuala Lipis, dan mempunyai pencapaian pendidikan dan profesional yang mengagumkan.

Ajis Sitin merupakan Orang Asli pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah setelah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah JAKOA sebelum itu.

Beliau pernah bertugas sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Hutan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Atas alasan yang sama juga BN telah mencalon Ramli Mohd Nor, dalam kalangan kaum Orang Asli dari suku Semai yang merupakan seorang bekas pegawai tinggi polis dan mempunyai latar akademik yang hebat dan mengagumkan sehingga berjaya menuntut di London. Ramli berasal dari Sungai Koyan.

a a a aorang asli 2

Sebaliknya ada rungutan bahawa sejak PH mengambil alih pemerintahan, kebajikan Orang Asli langsung tidak mendapat perhatian.

Soal mendirikan ampangan tidak boleh dilihat sebagai usaha memencilkan kehidupan Orang Asli kerana ia adalah projek mega kerajaan untuk memajukan rakyat seluruh negara bagi membekalkan kemudahan elektrik.

Ia sama juga dengan tanah milik masyarakat luar selain daripada orang Asli yang diambil untuk memajukan projek lebuh raya bagi kemudahan mobiliti rakyat baik dalam hal sosial-ekonomi mahupun soal budaya dan ketamadunan.

Jika isu pembalakan hendak dijadikan alasan untuk menolak BN, maka JOAS dan juga Yusri Ahon hendaklah bertanya diri sendiri, kaum manakah yang memiliki kilang dan memonopoli industri pembalakan? Adakah kaum Orang Asli, atau adakah kaum Melayu? Sekiranya PH terus memegang pemerintahan, nescaya semuanya akan dibolot oleh kaum Cina sahaja.

a a a aorang asli 3

Lihat sahaja kaum orang Asli di Dengkil Selangor yang telah membangun dengan pesatnya setelah mereka didedahkan dengan pembangunan kerajaan, meskipun tanah mereka telah diambil dengan bayaran pampasan untuk membangunkan projek lebuh raya.

Kerajaan BN telah pun memperkasakan masyarakat Orang Asli berbanding Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan JAKOA dan menjadikannya sekadar wakaf sahaja.

Usaha kerajaan BN sebelumnya, bukan sahaja tertumpu kepada pendidikan dan prasarana tetapi juga dari sudut memegang jawatan yang penting dalam kerajaan.

Alasan cetek untuk mengatakan bahawa jika BN menang wakil BN tidak boleh berbuat apa-apa adalah satu pertaruhan hidup yang amat bodoh, kerana alasan itulah yang diberikan oleh rakyat semasa PRU14, tetapi akhirnya seluruh negara merasai beban dan mala petaka daripada pemerintahan PH yang langsung mengetepikan kesengsaraan rakyat petani dan nelayan serta golongan kelas bawahan yang lain.

Bukan itu sahaja, sebaliknya harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit jatuh merudum, dan bantuan BR1m untuk rakyat miskin diperkecilkan skopnya.

Hari ini rata-rata rakyat kelas bawahan dan menengah merintih kerana inflasi telah meningkat, pembuangan kerja, kenaikan tarif air dan elektrik, menjual aset negara secara wewenangnya dan banyak lagi kedurjanaan kerajaan PH yang lemah dan tunduk kepada golongan kapitalis DAP.

Sekira Orang Asli hendak menolak PH pada PRU15 nanti, sebaliknya menerima PH sekarang, maka ia merupakan satu perjudian nasib yang amat malang bukan sahaja bagi kaum Orang Asli, tetapi juga kepada pengundi lainnya di Cameron Highlands.

Semasa kerajaan BN memerintah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasar untuk melahirkan kira-kira 600 usahawan Orang Asli dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) manakala terdapat 500 usahawan Orang Asli yang telah berjaya dilahirkan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga telah melaksanakan program dan kursus keusahawanan bagi membimbing kejayaan kaum Orang Asli dan sejak 2011 hingga 2016
BN telah berjaya melahirkan seramai 4,501 pelatih daripada kaum Orang Asli dalam pelbagai bidang pekerjaan serta perusahaan.

Malahan pada Mei 2018 dahulu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memperuntukkan RM60 juta untuk pelaksanaan Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK) yang melibatkan lebih 4 ribu Orang Asli seluruh negara sejak 2010 .

Telah disahkan, 100 peratus peserta daripada kalangan kaum Orang Asli telah mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.

Fikirlah dengan rasional sebelum menuduh kerajaan BN tidak membantu memajukan hidup dan nasib Orang Asli sedang PH tidak prihatin langsung kepada rakyat kelas bawahan apatah lagi Orang Asli di pedalaman.

*END*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: