Video dimuat naik daripada YouTube oleh KelantanNews yang merupakan petikan siaran Berita TV3
DYMM SPB Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah mengingatkan Tun Mahathir Muhammad khususnya dan pemimpin politik lain amnya supaya tidak mengelirukan rakyat dan memecah-belahkan perpaduan bangsa Johor dengan mencampuri urusan negeri ini.
Meskipun titah baginda telah dirakamkan sebelum PRU14, namun kebenaran dalam titah baginda telah dapat rakyat lihat pada hari ini, apabila pelbagai kemelut politik, pencabulan sensitiviti kaum, dan kemelesetan ekonomi telah tercetus yang menyebabkan rakyat, bukan sahaja di Johor, bahkan di seluruh negara sedang merasai bahangnya akibat pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri yang lemah dan menyeleweng.
Kini rakyat menjadi saksi apabila agama Islam dihina dan dicabar, Raja-Raja dipersenda, ekonomi negara lintang-pukang, kos sara hidup meningkat, janji kerajaan PH dalam manifesto tidak ditunaikan, aset milik Melayu-Islam digadaikan, perasaan dan sensitiviti kaum dicabul dengan tragedi rusuhan kuil Hindu, nilai ringgit jatuh, ramai penjawat awam dan swasta daripada kalangan rakyat Melayu dibuang kerja, perbalahan politik dalam parti kerajaan amat ketara, undang-undang yang hilang keluhuran, penganiayaan dan kezaliman terhadap musuh politik amat jelas, kaum petani, nelayan dan peneroka menderita, nilai komoditi negara seperti getah dan kelapa sawit jatuh merudum, rizab Bank negara yang susut, dan pelbagai lagi masalah yang timbul hasil kepimpinan Mahathir yang buruk sebagai Perdana Menteri.
Mahathir tidak layak menasihati, bukan sahaja rakyat Johor sebaliknya rakyat seluruh negara. Kemenangan PH telah diterjemahkan oleh rakyat dan mush politiknya sebagai kemenangan yang berpaksikan fitnah, penipuan dan pembohongan.
Baginda bertitah mengingatkan Mahathir bahawa rakyat Johor telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai sehingga kini, justeru dia tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang patut dibuat untuk kesejahteraan rakyat negeri Johor.
Rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu-helah orang luar seperti Mahathir yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan cerita dongeng yang direka-reka.
Bagi baginda mungkin Mahathir telah lupa zamannya telah berlalu.
Dahulu, dia sering menyindir orang Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.
Dahulu dia kata pembangkang musuh ketat tetapi sekarang boleh duduk semeja menjadi kawan rapat. Dahulu kata media barat suka buat cerita sekarang cerita media barat dikatanya fakta.
Titah baginda lagi, jika dia bukan pelupa, mungkin dia ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia.
Antara sifat nyanyuk Mahathir yang dirakamkan dan diterbitkan dalam YouTube
*END*
Tinggalkan Jawapan