VIDEO: CIA (AS) DAKWA MAHATHIR TERLIBAT SKANDAL BMF

AGENSI PERISIKAN CIA DI AMERIKA SYARIKAT MENDAKWA MAHATHIR TERLIBAT DALAM SKANDAL BANK BUMIPUTRA-BMF

Berita TV3 -dimuat naik daripada Gagasan Melayu

CIA (Agensi Pusat Perisikan Amerika Syarikat) mendakwa ada bukti pembabitan Tun Mahathir Mohamad dalam skandal BMF yang turut membabitkan pembunuhan seorang akauntan, Jalil Ibrahim di Hong Kong.

Dokumen CIA dedah kaitan Tun M dengan skandal BMF.

Agensi Pusat Perisikan Amerika Syarikat (CIA) mendakwa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) yang melibatkan wang berbilion ringgit era 1980-an.

Kesimpulan itu terkandung dalam laporan 13 juta muka surat daripada 800,000 fail agensi yang didedahkan kepada umum dan dimuatkan di internet minggu lalu.

Laporan itu mengatakan kedudukan Mahathir sebagai perdana menteri dalam keadaan bahaya disebabkan skandal rasuah kerana reputasi Bank Bumiputera milik kerajaan tercemar oleh operasi BMF, anak syarikat milik sepenuhnya di Hong Kong, “yang dipertikaikan.”

a a a abmf 2

“Keterangan bukti menunjukkan skandal itu terkait dengan pentadbiran Mahathir. Sebagai bank milik kerajaan, Bank Bumiputera dipantau secara dekat oleh Kementerian Kewangan dan bank pusat dan tidak ada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata laporan itu, setebal sembilan muka surat, bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”

“Tidak mungkin kerajaan tidak sedar peningkatan had pemberian pinjaman Bank Bumiputera kepada cawangan-cawangannya di luar negara bagi membolehkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” kata laporan CIA.

Laporan Asian Correspondent memetik fail Agensi Pusat Perisikan (CIA) Amerika Syarikat mendedahkan, Dr Mahathir terlibat secara langsung dengan spekulasi hartanah oleh anak syarikat Bank Bumiputra yang berpangkalan di Hong Kong – Bumiputra Malaysia Finance Ltd (B.M.F.).

Modus operandi jenayah kleptokrasi yang dikenali sebagai Skandal BMF itu menggunakan Carrian Investment Limited (Carrian Group) sebagai salah satu pemilik hartanah di Hong Kong antara 1979 dan 1983.

Bank Bumiputra dan anak syarikatnya BMF membiayai berbilion ringgit kepada Carrian untuk membeli hartanah di negara berkenaan sebelum dana berkenaan lesap dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, George Tan mengumumkan status bankrap.

“Sewaktu BMF membiayai pinjaman dengan banyak kepada spekulator hartanah semasa peningkatan nilai hartanah Hong Kong lewat 70-an, BMF kata CIA – tidak seperti bank British lain – terus mengeluarkan pinjaman perumahan sungguhpun amaran pasaran lemah dikeluarkan,” tulis laporan berkenaan.

“Hasilnya, Bank Malaysia yang awalnya ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup orang miskin Malaysia terutama dari komuniti Melayu telah kehilangan USD 1 bilion dan siasatan skandal berkenaan mengambil masa yang begitu panjang sekali”.

Dokumen CIA bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?” adalah antara 13 juta dokumen siasatan yang didedahkan badan penyiasat itu untuk rujukan umum.

Walau bagaiamanapun dokumen CIA menerangkan bahawa, sebagai syarikat berkaitan kerajaan, Bank Bumiputra melaporkan terus operasinya kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian menyampaikan laporan berkenaan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan (Dr Mahathir).

“Tak mungkin kerajaan tidak mengetahui peningkatan had pinjaman Bank Bumi kepada cawangan luar negaranya bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” kata dokumen berkenaan.

Kemelut skandal BMF juga didakwa menjadi punca kepada pembunuhan salah seorang Pegawai Bank Bumiputra, Jalil Ibrahim, ‘yang tahu terlalu banyak’ mengenai pelaburan antara Hong Kong, Malaysia dan Korea Selatan.

a a a abmf 3

Portal citvasia.com berkata, Jalil ditemui mati pada Julai 1983 dengan kesan jerut di lehernya di salah satu ladang di Hong Kong, tanpa pengenalan diri kecuali beberapa duit syiling mata wang Malaysia di dalam poket seluarnya.

“Pihak polis tidak mempunyai banyak maklumat untuk meneruskan siasatan, sehingga mereka menemui diari peribadi dan surat pegawai bank berkenaan. Mereka mendapati pegawai berkenaan menghadapi kecelaruan minda dan berpendapat bahawa beliau mengetahui sesuatu rahsia besar.

“Setelah polis mengkaji dokumen berkenaan, mereka mulai mengesyaki Jalil mungkin mengetahui rahsia besar – penyelewangan kewangan dan hubungan berbahaya yang bukan sahaja boleh mengancam nyawanya bahkan memusnahkan bank dan negaranya.

Sementara itu, dalam salah satu laporannya, The Third Force menggesa agar jenayah kleptorasi hasil pendedahan CIA itu yang melibatkan Tun Mahathir hendaklah dibuka semula. 

Sebagaimana yang dilaporkan oleh The Third Force, CIA telah mendedahkan tentang penglibatan Dr. Mahathir dalam jenayah kleptokrasi menerusi dokumen enam halaman yang dinyah klasifikasikan pada Januari 2017 melibatkan penyaluran berbilion ringgit daripada anak syarikat BBMB, bank yang telah dilupuskan oleh Mahathir, kepada spekulator hartanah Hong Kong, Carrian Group.

Jenayah kleptokrasi tersebut telah membunuh Pembantu Pengurus Besar BBMB, Abdul Jalil Ibrahim yang sebelum dibunuh, tidak sempat menghabiskan surat yang ditulis kepada isterinya yang memaklumkan tentang gangguan ‘orang atasan’ terhadapnya.

Memandangkan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu hendak dibuka semula setelah kegagalan besar mencari bukti 1MDB, SRC dan RM2.6 bilion, elok benarlah sekiranya kes pembunuhan Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim juga dibuka sama.

Lagipun, Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan dua watak yang wujud dalam kes tersebut, masih hidup lagi.

Seperti Altantuya Shaaribu, Abdul Jalil Ibrahim dan waris serta ahli keluarganya juga perlukan pembelaan. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya juga berhak tahu perkara sebenar.

SUMBER:

BMF scandal ‘extended’ into Malaysian ex-PM Mahathir’s govt – CIA files
https://asiancorrespondent.com

How the mysterious death of an auditor in 1983 led to Malaysia’s first banking scandal
https://cilisos.my/how-the-mysterious-death-of-an-auditor-in-1983-lead-to-malaysias-first-banking-scandal/

Malaysia Discloses Details Of Bank Scandal
https://www.nytimes.com/1985/01/08/business/malaysia-discloses-details-of-bank-scandal.html

BMF Scandal ‘Extended’ Into Malaysian Ex-PM Mahathir’s Govt – CIA Files
https://www.malaysia-today.net/2017/01/24/bmf-scandal-extended-into-malaysian-ex-pm-mahathirs-govt-cia-files/

MACAM MANA KEMATIAN SEORANG JURUAUDIT MEMBONGKAR SKANDAL BMF
https://soscili.my/macam-mana-kematian-seorang-juruaudit-membongkar-skandal-bmf/

CIA LINK DOCUMENT:
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.cia.gov/library/readingroom/docs/CIA-RDP85T01058R000101050001-9.pdf&ved=2ahUKEwiOituR-NbfAhWMpY8KHcK0Bf4QFjAAegQIARAB&usg=AOvVaw0odsda4eWSGX8c49hvjkOJ

*End*

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: