PH HANYA BERJAYA LAKSANAKAN SST SEBAGAI MALAPETAKA KEPADA RAKYAT DAN NEGARA

Tahniah kepada ILHAM Centre dan Penang Institute yang jujur mendedahkan dapatan kajian hasil penyelidikan ‘kumpulan fokus’ yang melibatkan 125 respondent, walaupun kita tahu kedua-dua badan itu adalah ditaja oleh kerajaan PH dan parti komponennya, DAP.

Pelaksanaan cukai SST dan beberapa cukai yang terdesak ke atas rakyat, menggantikan GST adalah satu-satunya perubahan jelas yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), menurut pandangan pengundi Melayu dalam kajian itu.

Respondent yang merupakan pengundi PRU14 yang mengambil bahagian dalam  kajian yang diadakan pada November lalu menyatakan bahawa mereka tidak melihat perubahan lain selain pelaksanaan SST setelah kerajaan bertukar daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH selepas PRU14.

Walaupun itu satu-satunya perubahan yang ketara dibuat oleh PH, namun ia tidak membawa kebaikan langsung kepada rakyat dan negara.

Malahan ia merupakan satu malapetaka besar kerana harga barang tidak turun, kos sara hidup meningkat, nilai komoditi ekonomi komersial negara jatuh merudum, nilai ringgit jatuh merudum, aset negara dijual, 10 janji 100 hari tidak ditunaikan, tol tidak dimansuhkan, pemansuhan hutang PTPTN hanya retorik politik, fitnah hutang RM1 trilion terbongkar, berlaku rusuhan kuil yang cuba menyalahkan kaum Melayu-Islam, kemelut politik dalam PH menjadi-jadi, keluhuran perlembagaan dicabul, tuduhan politik hanya terpilih kepada musuh Mahathir, 1MDB hanya dijadikan kambing hitam dan banyak lagi buruknya kerajaan PH yang dilihat tidak layak untuk memimpin negara ini.

Dimuat naik daripada YouTube

Pelantikan Mahathir yang sudah tua dan kadangkala tersasul, juga merupakan satu kesilapan yang amat besar kepada rakyat dan negara.

Respondent mendakwa kerajaan PH kurang berusaha dalam membantu rakyat untuk mengatasi kos sara hidup yang kian meningkat tinggi.

“Hanya pemansuhan GST yang digantikan dengan SST, namun harga kebanyakan barangan keperluan harian, petrol dan tol tidak turun.

“Ini sangat mengecewakan mereka,” kata ketua penyelidik dan felo Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim, yang mendedahkan dapatan kajian itu.

Sepatutnya PH berterus-terang bahawa GST yang diamalkan oleh lebih 100 buah negara di seluruh dunia yang dapat mencegah penyelewengan cukai oleh para peniaga, adalah satu-satunya sistem pencukaian yang terbaik untuk kemakmuran negara dan kebajikan rakyat sebagaimana yang terlihat dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Sebaliknya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sibuk menjual aset negara atas alasan untuk bayar hutang negara sedangkan badan penarafan antarabangsa telah mengiktiraf hutang Malaysia bukan RM1 trilion sebaliknya hanya RM786 bilion, yang merupakan kadar hutang yang lebih rendah daripada kadar 55% KDNK. Berbanding dengan Singapura, Jepun dan negara tetangga, hutang Malaysia adalah relevan dan tidak membebankan.

Namun isu hutang itu dijaja oleh Lim Guan Eng dan Mahathir sehingga menjadi fitnah dan pembohongan, semata-mata mahu mewajarkan penjualan aset negara, termasuk aset kaum Melayu-Islam seperti Tabung Haji dan Khazanah.

a a a asst2
Keluhan rakyat yang dimuatnaik daripada media sosial -Foto oleh Mohd Misnan Mohamad

Hal hutang negara yang kurang dari RM1 trilion telah pun diperakui sendiri oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2019, dan dengan itu terbongkar pembohongan Lim Guan Eng, Mahathir dan kerajaan PH.

Hendak berbohong pun tidak pandai, apatah lagi mengendalikan kewangan negara?

Ekonomi negara sedang merosot teruk, berbanding rekod sepuluh tahun kebelakangan yang membuktikan kelemahan dan ‘rompakan’ kerajaan PH pimpinan Mahathir dengan pemimpin cauvinis Cina yang mengabaikan kebajikan rakyat Melayu-Bumiputera.

Respondent yang menjadi kumpulan sasar kajian itu juga merungut tentang kejatuhan harga kelapa sawit, getah dan kelapa, yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat kelas bawahan seperti pekebun kecil, peneroka dan petani.

Jelas Yusri lagi, “Penurunan drastik harga komoditi ini memberikan impak besar kepada masyarakat. Penurunan pendapatan dan kos sara hidup yang tinggi menjadikan kehidupan rakyat semakin sukar.

“Ini berlaku selepas pertukaran kerajaan daripada BN kepada PH, rakyat kini meragui sama ada kerajaan PH adalah lebih baik atau lebih buruk berbanding BN.”

Di samping gagal menjaga kebajikan rakyat dengan pengurangan dan dasar negatif  terhadap BR1M, PH juga telah memansuhkan elaun sara hidup dan bantuan kepada nelayan, bantuan pemandu teksi, golongan bujang, klinik rakyat, kedai rakyat yang dinikmati golongan bawahan ketika pentadbiran sebelum ini.

“Respondent telah membandingkan dasar baharu dengan dasar BN sebelum ini, dan mengatakan pentadbiran PH tidak bagus dari segi tadbir urus.

“Sehingga kini, mereka menyatakan tidak nampak usaha yang dibuat oleh kerajaan PH untuk membantu mereka berdepan dengan kos sara hidup. Ini merupakan pandangan majoriti peserta,” tambah Yusri.

PH bergantung penuh kepada sokongan bukan Melayu dan bukan Islam dan pengundi bandar untuk menang PRU14 yang lalu. Kebanyakan Melayu-Islam di kawasan luar bandar memberi undian mereka kepada BN dan parti Islam PAS.

Ilham Centre mendapati hanya satu daripada lima pengundi Melayu-Islam mengundi PH pada PRU14.

Di negeri Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, lebih 60% daripada 90% pengundi Melayu-Islam memberi sokongan kepada BN dan PAS.

Rakyat percaya bahawa ekonomi bukanlah faktor utama yang mempengaruhi keputusan peserta kumpulan sasar berhubung parti mana untuk diundi pada PRU14, sebaliknya banyak retorik dan pembohongan dalam manifesto PH yang telah memperdayakan pengundi.

Misalnya 10 janji dalam 100 hari hanyalah pembohongan PH semata-mata, tetapi ditolak dengan cara yang amat tidak bertanggungjawab oleh Mahathir dengan alasan ‘manifesto bukan kitab suci.’

Malahan Mahathir juga mengatakan bahawa PH membuat janji manifesto tanpa keyakinan bahawa mereka boleh menang PRU14. Dalam erti kata yang lain, manifesto PH hanyalah umpan kosong dan pembohongan untuk menarik undi.

Skandal 1MDB telah diperbesar-besarkan sebagai bahan fitnah PH untuk memusnahkan kebahagiaan dan keselesaan hidup rakyat yang dinikmati pada era BN yang terdahulu.

Kecelakaan dan malapetaka bukan sahaja datang menimpa rakyat melalui kemelesetan ekonomi, malahan perpaduan kaum juga terjejas teruk dengan cara kepimpinan DAP, parti cauvinis Cina dalam PH.

Mahathir sepatutnya bertanggung jawab dan meletakkan jawatan serta-merta atau lebih baik lagi jika parlimen dibubarkan sahaja.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: