Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull mengingatkan pelaku rasuah, penerima rasuah serta pegawai dalam SPRM sendiri, supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah, kejujuran, dan berintegriti kerana masing-masing akan disoal di akhirat kelak.
Allah sentiasa memerhatikan setiap tingkah-laku hamba-Nya.
Sekiranya tuduhan dibuat tanpa siasatan dan tidak berasaskan kepada prima facie, ia boleh menjadi mala fide (fitnah).
Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam urusan undang-undang setiap antara kita hendaklah berlaku adil dan saksama, jangan menganiaya sesiapa juga.
Nasihat Mohd Shukri tidak terkecuali pada dirinya juga.
*END*
Tinggalkan Jawapan