DAP TAK KISAH ADIP MATI SEBAB ADIP MELAYU

Kes kematian Teoh Beng Hock akan dibuka semula atas saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang dengan persetujuan Perdana Menteri dan jemaah menteri.

a a a adapcauvinis 2

Beng Hock telah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14, bangunan sama.

Mendiang adalah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Seri Kembangan ketika itu.

Setelah sepuluh tahun berlalu Guan Eng, pada 20 Jun 2018 telah membuat kenyataan akhbar bahawa “Pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Peguam Negara yang mengendalikan terma perundangan dan ia akan diumumkan kemudian.”

Agak menghairankan apabila Guan Eng menggunakan kata ganti ‘pihaknya’. Siapakah pihaknya? Adakah pihak kaum Cina DAP atau Kementerian Kewangan?

Nampaknya Guan Eng amat mengambil berat tentang kes kematian Beng Hock yang bukan berada dalam portfolionya sebagai Menteri Kewangan. Seakan-akan Guan Eng dan ‘pihaknya’ sudah menjadi Ketua Polis Negara pula.

Persoalannya, kenapa DAP mahupun Guan Eng amat prihatin terhadap kematian Teoh Beng Hock sepuluh tahun lalu, walaupun mahkamah Rayuan telah pun membuat keputusan supaya SPRM membayar ganti rugi sejumlah RM600,000 kepada keluarga Beng Hock?

Adakah kerana Peguam Negara, Thomy Thomas berada di pihak DAP sekarang ini?

Sedangkan dalam kes Beng Hock Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematiannya.

Adakah pampasan RM600,000 yang diberikan kepada keluarga Beng Hock tidak mencukupi?

Mengapakah DAP tidak langsung prihatin terhadap kematian pegawai Bomba, Muhammad Adip Kassim yang secara kasarnya, jelas dibunuh oleh samseng Hindu?

Beng Hock adalah saksi kes rasuah, sedangkan Adip adalah penjawat awam yang cuba menyelamatkan sebarang bahan kebakaran yang mungkin terdapat orang awam yang menjadi mangsa.

Adakah kerana Beng Hock berbangsa Cina, dan Adip berbangsa Melayu?

Seperkara lagi, terdapat juga kes seorang pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang mati dipercayai jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane di ibu negara pada pagi 6 April, 2011.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar.

Kes kematian Sarbani yang dipercayai terjatuh dari bangunan SPRM juga tidak jauh bezanya dengan punca kematian Teoh Beng Hock.

Namun adakah DAP kisah dengan kematian Sarbani yang berbangsa Melayu itu?

Inikah sikap DAP terhadap rakyat berbangsa Melayu?

Kita masih ingat lagi pada peristiwa berdarah 13 Mei apabila perarakan mayat seorang kaum Cina di Jinjang, Kepong, yang mati akibat akibat sakit tua telah bertukar menjadi perarakan yang menghina Melayu.

Adakah begitu juga sikap Guan Eng dan kaum Cina DAP terhadap rakyat kaum Melayu?

Bagaimanakah pemimpin begini boleh diangkat sebagai pemimpin negara yang berbilang kaum?

Secara mudahnya cukuplah kalau disimpulkan bahawa Guan Eng dan DAP hanya mementingkan kaum Cina, atau dengan kata-kata lain Lim Guan Eng adalah cauvinis Cina dan DAP sebagai parti cauvinis Cina.

Kalau beginilah tingkah-laku Guan Eng, rakyat tidak hairan jika kaum Melayu juga diabaikan dalam pembangunan negara di bawah kementeriannya.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: