LIM GUAN ENG TIDAK BIJAK MENANGANI MASALAH: PENGUSAHA STESEN MINYAK AKAN BOIKOT

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan kaedah penetapan harga minyak bulanan tidak akan digunakan lagi sebagai tindak balas kepada penurunan harga minyak mentah dunia yang berterusan.

Walau bagaimanapun Guan Eng dilihat hanya bertindak setelah rakyat marah dengan amalan kerajaan PH yang diterjemahkan sebagai ‘diberikan subsidi minyak oleh rakyat’, berbanding amalan kerajaan BN yang sentiasa prihatin terhadap penurunan harga minyak mentah dunia.

Ketidakprihatinan kerajaan PH juga dikritik oleh konco-konco dalam kepimpinan parti komponen seperti Rafizi Ramli. Hanya setelah heboh dalam media baharulah Lim Guan Eng bertindak terkocoh-kocoh.

Walau bagaimanapun kaedah yang telah diumumkan oleh Guan Eng tidak begitu diterima oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) sehingga mereka bertekad akan memboikot pembekalan minyak kepada orang awam.

A A A PETROL BOIKOT1
Dipetik dari FMT

Guan Eng dilaporkan akan menggantikan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dengan formula mingguan setelah sekian lama pihak kerajaan tidak responsif kepada penurunan harga minyak mentah dunia.

Pihak media juga melaporkan bahawa pihak kerajaan PH mula gelabah lalu perbincangan demi perbincangan diadakan dengan PDAM untuk mengelakkan tindakan boikot pembekalan minyak kepada orang awam.

Sekiranya tindakan boikot seluruh negara itu berterusan, nescaya ekonomi negara yang sedang lemah pada masa ini akan terus lumpuh, apabila sistem pengakutan awam mahupun individu, serta semua mekanisme yang digerakkan oleh petrol akan terjejas teruk.

Tindakan Guan Eng pastinya akan memberi impak yang besar kepada pengusaha stesen minyak apabila mereka berterusan membeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan, ekoran penurunan mingguan harga petrol yang ditetapkan oleh kerajaan.

A A A PETROL BOIKOT2.png
Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz -Dipetik dari UtusanOnline

Menurut Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, pengguna boleh menikmati perubahan harga lebih cepat, selaras perubahan harga petrol di pasaran dunia dan harga runcit minyak dijangka turun setiap minggu mulai 1 Januari ini, jika trend penurunan harga minyak dunia berterusan.

Bagi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera (Bumipeda), Datuk Abu Samah Bachik memberi amaran bahawa pemilik kenderaan mungkin berdepan masalah mendapatkan bekalan minyak mulai Selasa depan kerana pengusaha stesen minyak enggan menambah simpanan hujung bulan ini.

Tindakan untuk tidak menambah simpanan petrol untuk dijual kepada pengguna adalah suatu protes yang terpaksa diambil untuk memastikan pihak pengusaha tidak mengalami kerugian berterusan kerana mereka menjual dengan harga yang lebih rendah daripada harga pembelian.

Walau bagaimanapun undang-undang telah memaktubkan bahawa pengusaha stesen minyak perlu membekalkan minyak secara berterusan atau lesen mereka boleh dibatalkan.

Apa gunanya mempertahankan lesen sekiranya kerugian pihak pengusaha pula berterusan?

Guan Eng harus bijak menangani masalah ini.

Polisi terdahulu yang memberikan subsidi minyak kepada rakyat tidak boleh diperendah-rendahkan dengan keegoan dan kesombongan.

Dalam konteks perbelanjaan penggunaan harian petrol rakyat yang berulang-alik dengan kenderaan untuk pergi kerja, bukanlah semata-mata membawa keuntungan sebelah pihak, tetapi ia merupakan suatu sinergi yang kompleks dalam hal membawa keuntungan kepada kerajaan juga.

Apa gunanya rakyat memilih kerajaan yang tidak prihatin kepada pengorbanan mereka kepada negara?

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: