VIDEO- DTK AZWANDDIN POPULARKAN ‘PARIAH MOORTHY’

Dimuat naik daripada YouTube
  • Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar dalam ucapannya bagi membela anggota Bomba yang mati dibunuh, Almarhum Muhammad Adip Mohd Kassim, telah mempopularkan nama Menteri Perpaduan Kaum , Waytha Moorthy sebagai ‘Pariah Moorthy’.
  • Waytha telah dilihat gagal memainkan peranannya sebagai Menteri yang mengendalikan portfolio ‘perpaduan’ sebaliknya ramai yang melihat dia lebih condong kepada ‘Menteri Perpecahan Kaum’ berdasarkan video yang dirakamkan di Den Haag, Belanda.
  • Video Waytha sarat dengan fitnah dan pembohongan, antara lain menuduh kerajaan menindas kaum India dengan memusnahkan puluhan ribu kuil Hindu, sedangkan sebahagian besar rumah penyembahan dan kuil Hindu didirikan di atas tanah milik orang secara wewenangnya. Malah Waytha menuduh bahawa sesiapa daripada kalangan orang Hindu yang mahu bekerja sebagai penjawat awam dikehendaki memeluk agama Islam terlebih dahulu.
  • Insiden rusuhan kuil Mariamman di Seafield, Subang Jaya telah meletus akibat daripada isu yang sama iaitu mendirikan kuil haram di tanah milik orang.  Wakil rakyat DAP telah menuduh bahawa rusuhan dicetuskan oleh kaum Melayu-Islam, tetapi kemudiannya dinafikan oleh sami kuil berkenaan.
  • Seorang pemimpin Parti Rakyat Hindu, di Tamil Nadu, Arjun Sampath, telah turut diselar oleh pihak Malaysia, kerana memfitnah dengan melaporkan bahawa kaum Melayu-Islam telah menyembelih wanita dan kanak-kanak Hindu semasa kes rusuhan tersebut.
  • Sebaliknya, dalang rusuhan kuil tersebut yang berbangsa India, telah ditangkap di terminal KLIA2, dan merupakan Ketua Kongsi Gelap di Bukit Bintang .
  • Lebih hangat lagi apabila satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita  yang tidak mahu namanya didedahkan, bahawa Ketua Penjaga kuil bernama Chelapa telah melarikan wang pampasan yang dibayar oleh syarikat pemaju OneCity berjumlah RM1.5 juta.
  • Laporan itu turut menyebut seorang lagi individu bernama Manimaran Manickam yang didakwa telah mengetuai rusuhan di kuil berkenaan.
  • Video tersebut mendapat respons daripada kira-kira 500 komentar, dan majoritinya menyokong Azwanddin, dan mereka percaya bahawa keadilan perlu ditegakkan untuk Almarhum Adip. 
*End*

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: