LAPORAN POLIS – PENJAGA KUIL MARIAMMAN LARIKAN WANG PAMPASAN

A A AKUILCELAKA 1

Dipetik dari Sumber

Seorang wanita tampil mendedahkan laporan polis yang telah dibuatnya pada 28 November 2018, berhubung rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield.

Dalam salinan laporan polis yang tular itu, wanita berkenaan ada menyebut nama Pengerusi Jawatankuasa Penjaga Kuil Seafield, K. Chellappa dan seorang lagi bernama M. Nagaraju yang disebut sebagai individu yang menjaga kuil.

Dakwanya kedua-dua penama tersebut telah mengambil duit dan tanah.

Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kuil Seafield telah menerima wang pampasan RM1.5 juta dan 1 hektar tanah sebagai persetujuan untuk memindahkan kuil berkenaan ke lokasi baru.

Berdasarkan salinan laporan polis yang didedahkannya, Chellapa didakwa telah melarikan diri.

“Saya juga mahu penama (K. Chellappa dan M. Nagaraju) mereka adalah penjaga kuil tersebut dan telah mengambil duit dan diberikan tanah, tetapi K. Chellapa telah melarikan diri.” tulis laporan itu.

Laporan itu turut menyebut seorang lagi individu bernama Manimaran Manickam yang didakwa telah mengetuai rusuhan di kuil berkenaan.

“Saya juga mendapati penama tersebut iaitu (Manimaran Manickam) adalah yang mengetuai rusuhan tersebut dan saya mahu tindakan diambil terhadap beliau dan rakannya yang lain,” tulis laporan itu.

*End*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: