PILIHAN RAYA PBT- AGENDA TAMAK KUASA DAP, SELEPAS ICERD

DAP nampaknya bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PR PBT), meskipun Perdana Menteri menolaknya.

Setelah perjuangan meratifikasikan ICERD, parah ditolak rakyat Melayu-Bumiputera Islam, kali ini DAP mencari jalan lain pula untuk mendominasi kekayaan negara dan menghapuskan hak Melayu. Dengan menguasai kekayaan negara, seterusnya mereka akan menguasai politik negara.

Malahan ada kecenderungan DAP untuk keluar daripada PH sekiranya agenda PR PBT ini tidak dapat dilaksanakan.

A A APBT TAMAK2

Sebagaimana kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, PR PBT akan dilaksanakan dalam jangka masa tiga tahun akan datang, sekurang-kurangnya bermula di Pulau Pinang dan Selangor.

Rasional konco-konco DAP bahawa 101 daripada 192 buah negara di dunia mengamalkan PR PBT, lalu mengapa tidak Malaysia?

Mereka masih menutup mata tentang kontrak sosial sebelum kemerdekaan. Mereka tidak sedar bahawa tidak ada peruntukan dalam perlembagaan untuk sekolah vernakular Cina dan Tamil, sebaliknya ia berdiri atas ihsan pemimpin Melayu-Bumiputera.

Mereka lupa persetujuan memberikan kewarganegaraan adalah terikat kepada persetujuan mempertahankan kedudukan Melayu, Raja-Raja dan agama Islam.

Mereka lupa bahawa pelanggaran kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan itu boleh membatalkan kewarganegaraan masing-masing.

Mereka tidak nampak bahawa defininisi kaum hari ini membabitkan juga penempatan sesuatu kaum utama itu sendiri, misalnya bandar didominasi kaum Cina manakala luar bandar didominasi kaum Melayu dan India.

Banyaklah alasan lain yang diberikan untuk melaksanakan PR PBT atas dasar bahawa ia berdiri atas prinsip demokrasi untuk memberi kuasa kepada rakyat bagi menentukan pentadbiran bandar dan luar bandar.

Namun pihak yang dungu seperti Zuraida tidak akan nampak bahawa PR PBT akan hanya memperkukuhkan kuasa kaum Cina di bandar kerana merekalah yang mendominasi kebanyakan bandar di Malaysia.

Kaum Melayu yang menjadi mangsa agenda perkauman PR PBT ini pula akan sekadar menguasai bandar seperti Baling, Gua Musang, Kuala Berang, Tembeling, Kodiang, Dabong, atau Lubuk Antu atau bandar-bandar ‘koboi’ yang lain.

Namun itu juga bukan persoalannya. Persoalannya ialah kekayaan bandar akan dimonopoli oleh kaum cauvinis dan kapitalis Cina, sedangkan yang menyemarakkan ekonomi sebagai pengguna dan juga jentera perbandaran adalah kaum Melayu-Bumiputera yang membina 65% populasi negara tanpa mahu menolak peranan kaum India juga, meskipun ramai buruh asing yang berselerak.

Kuasa kaum Cina itu satu hal, tetapi kuasa DAP itu satu lagi hal.

Mereka yang memperjuangkan PR PBT itu boleh sahaja mengangkat rasional bahawa, mungkin juga ada pihak yang tidak mempunyai parti boleh dipilih oleh rakyat bukan semata-mata DAP. Ini satu lagi opera DAP untuk menegakkan yang benang basah.

Lihat sahaja kuasa Menteri Kewangan yang telah diberikan kepada Lim Guan Eng, segala kebenciannya terhadap Melayu-Islam dilampiaskannya dengan melelong dan menjual aset yang menjadi sandaran kaum Melayu-Islam, malah dia meletakkan kuasa pengurusan Tabung Haji di dalam genggamannya. Islamkah Tabung Haji sekarang ini?

Alasan dangkal yang diberikan ialah negara muflis, negara tiada wang, pembohongan hutang negara RM1 trilion, dan macam-macam lagi.

Sedangkan badan penarafan antarabangsa telah mengklasifikasikan Malaysia sebelum Mei lalu sebagai antara negara Asia Tenggara yang cemerlang pengurusan ekonominya.

Sebaliknya, hari ini, setelah Guan Eng mengendalikan ekonomi, pencapaian negara merudum terendah berbanding pencapaian 20 tahun kebelakangan ini. Kos sara hidup meningkat, harga minyak dunia turun, tapi harga minyak di Malaysia tetap tinggi seakan-akan merompak wang rakyat secara senyap, sedangkan harga telur turun 2 sen, PH riuh sedunia.

Kekayaan negara amat signifikan berada di bandar-bandar utama negara ini. Orang Melayu hanya mampu berada di kawasan pinggir bandar, namun dengan kenaikan harga rumah yang dikawal oleh kapitalis Cina, kita tidak hairan sekiranya nanti kaum Melayu-Bumiputera akan tertolak dan kekal di PPRT dan kawasan setinggan sahaja.

A A APBT TAMAK1

Sebagaimana apa yang Lim Guan Eng lakukan kepada orang Melayu Pulau Pinang, tanah masjid pun dirampas, begitulah yang akan kita lihat nanti setelah kuasa jatuh ke tangan pejuang sama rata, Malaysian Malaysia ini.

Jika pada masa ini di KL misalnya rumah ibadat bukan-Islam ada lebih 1,600 buah, kuil haram dengan mudah dibina di tanah-tanah haram milik orang, manakala terdapat hanya 700 buah masjid sahaja, bagaimanakah nanti apabila kuasa pengurusan bandar jatuh ke tangan golongan cauvinis kapitalis ini?

Sebagai Perdana Menteri yang mempunyai kuasa midget dalam PH, apa yang Mahathir boleh buat?

Akhbar Cina sendiri mengkritik keras kelembapan ekonomi dan perbalahan kaum negara dengan meletakkan Mahathir sebagai punca kemelut.

Golongan gila kuasa ini, adalah ibarat kata bidalan ‘sudah diberikan daging, tulang pun mahu dikunyahnya.’

Kaum Melayu harus sedar dan bangkit menentang PR PBT yang akan menjadi satu lagi frasa rompakan dan penjajahan DAP ke atas negara ini.

*END*

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: