VIDEO – TSUNAMI SERANG KONSERT

Video dimuat naik daripada YouTube

Konsert kumpulan muzik rock popular Seventeen punah-ranah apabila diserang ribut kencang Tsunami di Tanjung Lesung, Banten Indonesia.  

Malapetaka dilaporkan berlaku pada Sabtu 22 Disember.

Video yang dipetik dari YouTube menunjukkan pentas persembahan runtuh dan penonton kucar-kacir apabila tiba-tiba ribut kencang datang menyerang lokasi persembahan. 

Pada bencana itu pemain gitar bass Seventeen, Awal Purbani dan juga pengurus persembahan Oki Wijaya mengalami kecederaan parah menyebabkan mereka meninggal dunia. Tiga lagi anggota Seventeen setakat ini dikatakan masih belum ditemui. 

Sudah tentunya bencana tersebut juga telah meragut nyawa penonton, namun tiada rekod yang dilaporkan.

Pihak yang bertanggungjawab tentang kaji cuaca Indonesia, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) merekodkan bahawa kematian daripada bencana tersebut yang melanda Wilayah Banten setakat ini telah meningkat kepada hampir 170 orang, 750 lagi cedera dan lebih 30 mangsa tidak dapat dikesan. 

Sekiranya ahli masyarakat masih belum mengambil teladan daripada bencana Tsunami Acheh yang melanda tidak lama dahulu, nescaya ramai lagi yang akan terkorban. 

*End*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan, jumlah kematian akibat tsunami itu meningkat dengan sekurang-kurangnya 168 orang terbunuh, 745 lagi cedera dan lebih 30 lagi hilang, dalam bencana meluas yang melanda rantau Selat Sunda itu.

Petunjuk awal tsunami itu dikatakan berlaku disebabkan runtuhan tanah di dasar laut akibat letusan gunung berapi, Anak Krakatoa pada malam Sabtu.

Turut tular ialah saat gunung berapi itu hendak memuntahkan lahar sehari sebelum ia menggegarkan wilayah terbabit.

Pihak berkuasa juga melarang orang ramai dan pelancong supaya tidak berada di pesisir pantai di sepanjang Selat Sunda sehingga 25 Disember ini. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: