SYED SADDIQ ATAU SITI KASSIM YANG BERMASALAH?

Pada Ahad 23 Disember, tersebar dalam media, serangan daripada aktivis sosial kontroversial yang juga merupakan seorang peguam, Siti Kassim ke atas Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, kerana tindakan Saddiq yang menyokong desakan supaya Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Menteri Perpaduan.

A A CT KASSIM 2
Dipetik dari UtusanOnline

Sebelumnya pada 21 Disember Saddiq bersama kepimpinan ARMADA PPBM dilaporkan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menyerahkan memorandum menuntut Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy meletakkan jawatan kerana fitnah yang dilemparkan ke atas kerajaan, pendiriannya yang menyokong ratifikasi ICERD dan kelemahan menyelesaikan kes rusuhan kuil Mariamman, Seafield.

Serangan Siti Kassim berkontradik dengan petisyen yang ditanda tangani oleh 300 ribu rakyat jelata yang mendesak supaya Waytha meletakkan jawatan, tetapi yang diserang oleh Siti Kassim hanyalah Saddiq.

Siti Kssim menyelar Saddiq kerana baginya Saddiq tidak mewakili ‘seluruh rakyat’.

Apakah yang dimaksudkan oleh Siti Kassim dengan kosa kata ‘seluruh rakyat’, sekiranya Perhimpunan 812 Bantah ICERD yang disertai oleh 1.97 juta rakyat serta beratus ribu lagi di seluruh negara juga digerakkan dengan tujuan mendesak Waytha meletakkan jawatan?

Adakah Saddiq bermasalah kerana ‘seluruh rakyat’ itu tidak termasuk Siti Kassim atau sebaliknya Siti Kassim yang bermasalah?

Genjotnya pemikiran Siti Kassim yang dikongkong oleh fahaman liberalisme dan pluralisme agama, apabila dia gagal melihat gelombang umat Islam yang melihat agama mereka dinodai, dan prinsip serta falsafah asas Perlembagaan Persekutuan cuba dibunuh oleh ICERD dengan perancangan halus puak pemimpin Hindu seperti Waytha.

Bertentangan dengan pendirian Waytha, cendekiawan daripada kaum bukan-Melayu seperti Tan Sri Prof Khoo Kay Kim dari UM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dari UKM dan Prof Dr Ridhuan Tee turut bersama menolak ICERD.

Apakah Siti Kassim buta dan tuli (pekak badak) dengan fitnah yang telah dilemparkan oleh Waytha di Dan Haag, Belanda?

Bagaimanakah seorang aktivis sosial seperti Siti Kassim mahu membela Waytha yang terang-terangan memfitnah bahawa untuk menjawat jawatan dalam kerajaan dia mesti menukar agama Hindu kepada Islam?

Apakah Waytha lupa bahawa dia juga telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada era BN, tanpa perlu menukar agama?

Waytha juga memfitnah bahawa puluhan ribu kuil Hindu telah dimusnahkan oleh kerajaan, sedangkan puluhan ribu kuil haram telah didirikan atas tanah milik orang secara wewenangnya.

Kemudian rakyat sedang perhatikan bagaimana pihak tertentu dalam kes kuil Mariamman yang menggunakan samseng untuk merusuh, dan samseng juga digunakan untuk menentang pihak yang merusuh.

Untuk melengkapkan agenda mereka, konco-konco Waytha seperti Ganabatirau, telah menuduh kaum Melayu-Muslim yang merusuh, sedangkan pihak sami di kuil itu memperakui bahawa pihak yang merusuh bukan kaum Melayu tetapi pendatang dari Sabah dan Kampuchea. Akibatnya seorang anggota Bomba yang cuba memadamkan api telah dibunuh oleh samseng Hindu. 

Lebih hebat lagi Waytha disokong oleh P Ramasamy yang mempunyai rekod kontroversial sebagai aktivis pengganas LTTE dan pernah mencabar kerajaan sekiranya berlaku 13 Mei lagi sekali, LTTE akan membantu kaum Cina dan India DAP.

Sebagai Pengerusi HINDRAF yang memperjuangkan hak penganut Hindu, dan kapasitinya sebagai Menteri Perpaduan, Waytha mesti bertanggung jawab dan meletakkan jawatan.

Anehnya khalayak melihat Waytha cuba muncul sebagai wira Hindu, tetapi kehadirannya di kuil Mariamman itu juga tidak disenangi oleh pihak kuil.

Sekiranya Siti Kassim melabelkan Saddiq sebagai ‘dungu’ dan bermasalah, maka rakyat jelata pula melihat Siti Kassim sebagai munafik, kerana dialah antara yang menyokong ‘Pesta Arak Oktober’, yang membenarkan ‘rakyat Malaysia’ mabuk sebagaimana budaya masyarakat India di tanah besar India yang tidak boleh menolak todi.

A A CT KASSIM 3

Saddiq dan ARMADA juga telah menggerakkan petisyen membantah Pesta Arak Oktober, yang amat diperjuangkan oleh Siti Kassim.

Siapakah Siti Kassim yang terdesak sehingga mengugut bahawa kerjaya politik Saddiq tidak akan kekal lama?

Adakah aktivis sosial kontroversi seperti Siti Kassim mempunyai kuasa veto untuk menentukan kerjaya politik Syed Saddiq atau rakyat yang berpegang kepada prinsip demokrasi?

A A CT KASSIM 1Jika pendirian Saddiq dibantah keras oleh Siti Kassim maka dia juga hendaklah mengambil tindakan yang sama ke atas Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin dari PKR, Pemuda Amanah Terengganu dan bekas Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk Abdul Kadir Jasin kerana mereka semuanya juga mendesak agar Waytha meletakkan jawatan.

Atas perkiraan yang sama juga, Siti Kassim hendaklah menyerang tindakan Pemuda DAP yang mendesak agar Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan.

Inilah yang dimaksudkan oleh Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman bahawa ‘Kelemahan orang Islam bukan kerana kuatnya orang kafir, tetapi kerana adanya orang munafik dalam kalangan orang Islam.’

*END*

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: