VIDEO: PENGGANAS TAMIL EELAM DALAM KERAJAAN PH- SEBAGAIMANA DAKWA ELFI NG DAN ZAMRI VINOTH

Dimuat naik dari YouTube

Isu LTTE atau pengganas Tamil Eelam ini dibangkitkan bukanlah bertujuan hendak menghasut.

Sebaliknya kami mahu pihak kerajaan dan rakyat supaya berhati-hati, kerana ada pihak di Chennai Tamil Nadu, yang cuba mengaitkan kejadian rusuhan di Kuil Mariamman Seafield sebagai satu rusuhan kaum yang melibatkan kematian wanita dan kanak-kanak yang didakwa telah disembelih dan dibunuh.

Di Chennai jugalah lokasi bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi dibunuh oleh pengganas Tamil Eelam.

Video yang dipaparkan membangkitkan beberapa persoalan dan kenyataan seperti berikut:

SATU. Elfi Ng dan Zamri Vinoth mendakwa bahawa pemimpin Tamil Eelam atau LTTE (The Liberation Tigers of Tamil Eelam) yang berpusat di Sri Lanka, sudah meresap masuk ke dalam parti DAP, parti komponen PH.

DUA. P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang didakwa terlibat dalam kumpulan LTTE. Zamri Vinoth mendakwa Ramasamy sering keluarkan kenyataan tentang Tamil Nadu, seakan-akan dia adalah ADUN Tamil Nadu.

TIGA. LTTE menepis dakwaan bahawa mereka sebagai  pengganas dan pertubuhan mereka tidak terlibat dengan aktiviti pengganas.

EMPAT. Walau bagaimanapun lebih daripada 30 buah negara telah mengharamkan pertubuhan ini, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, France, Italy, Australia, Sweden, German, Canada, India, negara-negara kesatuan Eropah, dan banyak lagi.

LIMA.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) telah mengisytiharkan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

ENAM. Malahan pembunuhan mantan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi, oleh pengebom berani mati, didakwa sebagai perancangan dan tindakan aktivis LTTE. Pengeboman itu juga telah membunuh 14 orang yang berada bersama mendiang Rajiv ketika itu.

TUJUH. LTTE bukan sahaja terlibat dengan keganasan, malahan menggunakan wanita sebagai pengebom berani mati.

A A A ABBBLTTE 1

LAPAN. Bekas Ketua Polis Negara,  Tan Sri Musa Hassan juga pernah dilaporkan mengesan kewujudan beberapa pemimpin kanan LTTE yang menggunakan Malaysia sebagai tempat perlindungan dan pusat logistic.

SEMBILAN. Zamri Vinoth telah menularkan gambar Ramasamy menyembah replika AK47, dan gambar Ramasamy terlibat dalam satu sidang yang dikendalikan LTTE. Upacara menyembah AK47 adalah salah satu daripada amalan kumpulan pengganas LTTE.

A A A ABBBLTTE 2

SEPULUH.Ramasamy cuba memberi alasan bahawa dia dijemput oleh kerajaan Sri Lanka, sebaliknya satu kenyataan yang dibuat sendiri oleh Ramasamy ialah dia telah dilantik oleh LTTE dan mempunyai jawatan dalam pertubuhan tersebut.

SEBELAS. Vinoth membangkitkan betapa bahayanya LTTE dan Ramasamy, kerana mereka mempunyai potensi untuk mewujudkan keadaan huru-hara untuk mengganggu keamanan negara yang berbilang kaum ini.

DUA BELAS. Ramasamy pernah mencabar kaum Melayu untuk mencetuskan 13 Mei (II) dan mendakwa bahawa Tamil Eelam akan membantu DAP.

A A  A ABBBLTTE 3.png

TIGA BELAS. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan pernah membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan.

EMPAT BELAS. Ramasamy pernah mencabar kaum Melayu untuk mencetuskan 13 Mei (II) dan mendakwa bahawa Tamil Eelam akan membantu kaum India dan DAP.

LIMA BELAS. Kini terbangkit soalan, mengapakah P Ramasamy marah apabila Armada PPBM yang diketuai oleh Syed Saddiq, cuba menasihati agar  Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy supaya meletakkan jawatan?  Syed Saddiq dan kepimpinan tertinggi Armada telah mengadakan perbincangan bersemuka dengan Perdana Menteri tentang gesaan rakyat supaya Waytha Moorthy meletakkan jawatan, ekoran peristiwa rusuhan di kuil Mariamman Seafield. Adakah P Ramasamy salah seorang individu yang berada di sebalik tabir peristiwa rusuhan kuil itu, rentetan daripada rancangan umat Islam untuk mengadakan Perhimpunan 812 Bantah ICERD?

ENAM BELAS. Mengapakah pemimpin Parti Rakyat Hindu, Arjun Sampath, di Chennai Tamil Nadu, telah menyebarkan fitnah bahawa kaum Islam Malaysia telah membunuh dan menyembelih wanita dan kanak-kanak di Kuil Mariamman? Di Chennai Tamil Nadu ini jugalah Rajiv Gandhi telah dibunuh oleh pengebom berani mati LTTE.

TUJUH BELAS.  A A A ABBBLTTE 5Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga pernah membangkitkan kes tiga rakyat asing yang ditahan pihak berkuasa sebagai anggota pengganas LTTE. Khalid mendakwa suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa. Khalayak media juga hairan mengapakah Ramasamy bersungguh-sungguh mempertahankan rakyat asing itu?

*End*

Nota: Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Elfi Ng,  Zamri Vinoth dan YouTube.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: