HARU-BIRU APABILA MENTERI DESAK MENTERI LETAK JAWATAN

A A A ABBB DAPM123456 armada
Memorandum ARMADA kepada PM, mendesak agar Waytha Moorthy dilucutkan jawatan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sokongan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) PPBM (BERSATU) pada 19 Disember telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri menggesa agar Waytha Moorthy dilucutkan jawatannya sebagai Menteri Perpaduan Kaum.

A A A ABBB DAPM123456 armada2Rakyat Malaysia yang bencikan fitnah dan pembohongan amat marah terhadap video Waytha yang telah dirakamkan di The Hague atau Den Haag Belanda, tentang tuduhan bahawa kerajaan Malaysia mendiskriminasi kaum Hindu sehingga puluhan ribu kuil Hindu dimusnahkan.

Lemparan fitnah Waytha itu menjadi lebih parah apabila, Waytha menyatakan bahawa sekiranya ada kaum India yang mahu menjawat jawatan dalam kerajaan, atau mahu mendapatkan biasiswa ke universiti, maka mereka hendaklah memeluk agama Islam terlebih dahulu.

Anehnya, mengapakah tokoh politik yang cuba menjadi wira kaum Hindu, malah merupakan Pengerusi HINDARF (Hindu Rights Action Force) boleh diangkat oleh Tun Mahathir sebagai Menteri Perpaduan Kaum dengan sikapnya yang tidak langsung menjurus ke arah membina perpaduan itu sendiri?

Kebencian rakyat menjadi bertambah hangat apabila berlakunya rusuhan samseng di kuil Mariamman yang difitnahkan sebagai tindakan kaum Melayu-Muslim.

Sebaliknya sami yang berada di kuil ketika itu menyatakan kumpulan merusuh bukan kaum Melayu tetapi pendatang Sabah, Kampuchea dan pendatang negara lain.

Insiden rusuhan tersebut datang hampir serentak dengan desakan Ahli Parlimen DAP, Kasthuriraani Patto dan juga Waytha yang mahu ICERD diratifikasikan dan sekali gus mencabar perkara dasar dalam Perlembagaan Persekutuan tentang Perkara Hak Istimewa Melayu-Bumiputera, Kedudukan Raja-Raja Melayu, serta Kedudukan Agama Islam.

Kira 1.97 juta umat Islam telah membantah usaha kerajaan yang mahu meratifikasikan ICERD dalam satu Perhimpunan Aman 812 di tengah-tengah kota Kuala Lumpur 8 Disember lalu.

Tindakan ARMADA menghantar memorandum kepada Perdana Menteri adalah sesuatu yang seiring dengan kehendak rakyat apabila satu petisyen telah ditanda tangani oleh 300,000 rakyat jelata, mendesak Waytha meletakkan jawatan.

Perdana Menteri sebelumnya enggan melucutkan jawatan Waytha Moorthy atas alasan bahawa dia masih baru.

Sebelum ini pada Feb 2014, Waytha pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan telah meletakkan semua jawatan dalam kerajaan termasuk senator. Nampaknya jawatan Menteri kepada Waytha seakan-akan membawa ‘sial’ kepada dirinya.

Anehnya tindakan Armada yang diketuai Syed Saddiq telah mendapat tentangan daripada ADUN DAP, P Ramasamy yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Malah tentangan Ramasamy ke atas Saddiq telah menjadi perbalahan antara mereka berdua.

Ramasamy pula mempunyai rekod yang amat buruk sebelum ini kerana penglibatannya dengan kumpulan Pengganas Tamil Eelam Sri Lanka.

Dia telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan sokongannya kepada Tamil Nadu, seakan-akan dia adalah ADUN Tamil Nadu.

Malahan Ramasamy pernah mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekiranya berlaku 13 Mei lagi sekali, pengganas LTTE akan membantu DAP.

A A A ABBBLTTE 3

Adakah maksud Ramasamy bahawa pengganas LTTE yang telah membunuh Perdana Menteri Rajiv Gandhi di Chennai, Tamil Nadu, sudah bertapak di Malaysia?

Ramasamy memberikan alasan bahawa Syed Saddiq cuba menghina kebijaksanaan Mahathir. Malah Ramasamy mahu tindakan diambil ke atas Syed Saddiq.

Hairan juga kenapakah Ramasamy beria-ia menyokong Waytha Moorthy? Apakah Ramasamy merupakan dalang rusuhan di kuil Mariamman yang disertai oleh kumpulan Tamil Eelam untuk membela penganut Hindu? Manakala Waytha Moorthy kononnya adalah wira Hindu Malaysia?

Syed Saddiq membidas Ramasamy dan sedia diambil tindakan jika penyerahan memorandum itu salah. Dia mahu kebebasan bersuara disemarakkan untuk menegur apa yang baik dan apa yang salah dalam kerajaan.

Malahan Syed Saddiq mencadangkan Ramasamy agar mengambil tindakan yang sama ke atas Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari PKR, Pemuda Amanah Terengganu dan Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk Abdul Kadir Jasin kerana mereka semuanya juga mendesak agar Waytha meletakkan jawatan.

A A A ABBBLTTE 2
P Ramasamy sedang mengadakan upacara menyembah AK47, satu upacara yang diamalkan oleh pengganas LTTE

Syed Saddiq juga membangkitkan isu tindakan Pemuda DAP yang sebelum ini mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan.

Namun pemerhati politik melihat, senario antara Syed Saddiq, Ramasamy dan Waytha Moorthy sebagai satu lakonan yang mahu menutup tindakan kerajaan PH yang sedang sibuk menjual pelbagai aset milik kerajaan termasuk Tabung Haji, Khazanah Nasional, Hospital IHH dan lain-lain.

Semuanya cuba dipesongkan daripada perhatian rakyat, kerana masing-masing sibuk memberikan perhatian ke atas isu Waytha Moorthy, ratifikasi ICERD dan kuil Hindu.

*END*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: