VIDEO – ADA KOMPLOT TERANCANG DI SEBALIK RUSUHAN KUIL MARIAMMAN?

Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran waras, kritikal dan sensitif, kami ingin berkongsi tentang apa yang kami fikirkan berkaitan kes rusuhan di Kuil Mariamman, Seafield.

Jauhlah daripada hasrat kami untuk mengganggu siasatan polis apatah lagi membangkitkan emosi dan sensitiviti kaum.

Kami sekadar mahu khalayak media atau netizen berlaku adil, baik kepada mangsa mahupun sesiapa sahaja yang terlibat.

Daripada pengamatan kami yang dirujuk kepada pelbagai berita, banyak kemusykilan yang terbangkit daripada kes rusuhan Kuil Mariamman Seafield itu.

Kami kemukakan SEBELAS persoalan untuk dikongsi bersama, seperti berikut:

SATU. Kemusykilan tuduhan rusuhan ke atas kaum Melayu-Islam oleh Ahli Parlimen DAP, Ganabatirau, tetapi kemudiannya dinafikan oleh salah seorang sami kuil.

DUA. Banyak video yang dipaparkan, tetapi tiada satupun yang menunjukkan wajah samseng Melayu-Islam yang dikatakan merusuh kuil.

TIGA. Banyak kad pengenalan (berwarna merah pun ada) ditemui bersama sijil silat dan sebagainya. Perusuh atau samseng manakah yang sebodoh itu yang lalai meninggalkan kad pengenalan dan sijil peribadi, kecuali ia dirancang untuk mengelirukan pihak penyiasat dan agenda merasionalkan identiti perusuh?

 

EMPAT. Bomba yang datang untuk memadam api dihalang sehingga seorang petugas menjadi mangsa keganasan samseng Hindu.  Adakah untuk menghalang Bomba dan menutup bukti kejadian, supaya kereta yang dikatakan milik perusuh dibakar bersama bahan bukti?

LIMA. Laluan utama ke tempat kejadian dihalang, pasukan pertama kereta peronda polis tidak dapat akses ke tempat kejadian. Mungkinkah ada alasan lain untuk merasionalkan kelewatan pihak polis?

ENAM. Bagaimanakah dalam masa singkat sahaja kira-kira dua ribu samseng India dapat berkumpul di lokasi kejadian, kecuali mereka sudah mendapat maklumat jauh lebih awal?

TUJUH. Bagaimanakah seorang sami utama di kuil itu boleh membuat kesimpulan bahawa Almarhum Adib, pegawai Bomba yang menjadi mangsa serangan samseng India-Hindu, dilanggar oleh kereta Bomba sendiri, sedangkan dia tidak melihat kejadian?

A A A ADIB 1

LAPAN. Kes rusuhan kuil berlaku ketika isu video fitnah Waytha Moorthy di The Hague, sedang hangat dikritik media massa dan juga media sosial. Adakah kes rusuhan dirancang dan dilakonkan untuk merasionalkan video Waytha Moorthy di The Hague, Belanda itu yang mengatakan bahawa kerajaan Malaysia zalim kepada penganut Hindu?

SEMBILAN. Sekiranya Waytha sanggup menyalahkan pihak polis kerana lewat sampai ke tempat kejadian, kenapakah dia sendiri tidak memberi respons pada permintaan samseng India-Hindu yang kononnya cuba mempertahankan kuil? Mengapakah Waytha perlu takut sekiranya dia sendiri adalah Pengerusi pertubuhan Hindu Hindraf yang memperjuangkan hak penganut Hindu. Dialah wira Hindu Malaysia!

SEPULUH. Daripada Blog Patriots telah berlaku perbalahan antara dua kumpulan pengurusan kuil yang dikepalai oleh Chellappa Kalimuthu dan Nagaraju Merganathan. Pada tahun 2001, Nagaraju telah ditangkap mencuri duit dan barang dapur kuil oleh penjaga kuil. Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli jawatankuasa kuil termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan. Persoalannya, adakah Chellapa dan Nagaraju bebas daripada insiden keganasan samseng yang dikatakan menceroboh? Malah kumpulan mereka nampaknya berkonflik sejak lama.

SEBELAS. Satu laporan kepada Konsulat Malaysia di India telah dibuat oleh pemimpin politik India dari Parti Rakyat Hindu (Hindu People’s Party), Arjun Sampath, yang melemparkan tuduhan melulu bahawa wanita dan kanak-kanak telah disembelih dan dibunuh secara kejam (oleh perusuh Islam) dalam insiden kuil Seafield itu. Adakah ini juga untuk merasionalkan video di The Hague walaupun Waytha telah menafikan tuduhan? Fikirkanlah mengapakah PM masih mempertahankan jawatan Waytha sebagai ‘Menteri Perpaduan?’

*End*

Nota: Semua video adalah bahan media yang dimuat naik dari YouTube

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: