DALANG YANG MENANGGUK DI AIR KERUH

Tindakan Dato Seri Zahid Hamidi yang menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada Timbalannya, Dato Muhammad Hassan (Mad Hassan), amatlah mengejutkan ahli-ahli UMNO.

Rakyat Melayu-Islam juga tersentak kerana mereka amat mengharapkan kekuatan UMNO untuk menentang golongan munafik serta kerajaan yang mereka tanggapi sebagai kaldai DAP.

Walau bagaimanapun tanpa mahu mengecilkan keupayaan dan semangat juang Mad Hassan, ramai percaya kebolehan dan kegagahan beliau untuk memacu hala tuju UMNO bagi mempertahankan hak Melayu-Islam.

Ramai yang menterjemahkan tindakan Zahid sebagai satu pengorbanan kerana beliau tidak mahu melihat lebih ramai lagi yang meninggalkan UMNO kerana golongan pengecut itu meletakkan alasan bahawa Zahid yang menjadi punca mereka melompat parti.

Setakat hari ini (19 Disember 2018), sejumlah 17 Ahli Parlimen dan ADUN UMNO telah melompat parti. Ahli Parlimen UMNO setakat hari ini yang masih setia dengan UMNO berjumlah 37 berbanding 54 yang telah memenangi kerusi parlimen pada PRU14, 9 Mei lalu.

Gejala pengecut golongan yang lompat parti itu amatlah tidak wajar menyalahkan dan menyerang Zahid sebagai Presiden yang tidak efisien dan tiada hala tuju.

Lantas, atas alasan yang dangkal itu, golongan tersebut memaksa Presiden untuk meletakkan jawatan, ibarat kata bidalan ‘tiada kayu api, tiang rumah dicantas’.

Bagaimanakah Zahid hendak melayani kehendak Ahli Parlimen yang mendesak dan menuntut kuasa, peruntukan kewangan dan jawatan, sedangkan parti bukan lagi pemerintah, dana parti dirampas, akaun parti dibekukan, dan presiden sendiri ditojoh dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas dan undang-undang ala pilih kasih?

Golongan yang ‘menangguk di air keruh’ ini lupa bahawa perkara fundamental yang harus menjadi sandaran ialah bahawasanya Presiden UMNO telah dilantik secara demokratik melalui Pemilihan Parti dengan amanah memegang tampuk pentadbiran selama 3 tahun sehingga 2021.

Namun kerana sayangkan parti, Zahid terpaksa berkorban menyerahkan kuasa Presiden kepada Timbalannya.

Tindakan Zahid adalah tindakan yang sah dari segi undang-undang parti kerana sekiranya berlaku sesuatu kepada Presiden, adalah menjadi tanggungjawab Timbalan Presiden menggalas tugas-tugas Presiden.

Begitulah juga sekiranya sesuatu berlaku kepada Timbalan Presiden, maka salah seorang Naib Presiden akan menjalankan tugas-tugas Presiden.

Namun baru sehari Zahid menyerahkan kuasa presiden kepada Mad Hassan, kini terdedah punca sebenar tindakan beberapa individu meninggalkan parti.

A A A ABBB DAPM1111111

Misalnya Ahli Parlimen UMNO Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal meninggalkan UMNO kerana beliau mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan di Kementerian Pertahanan yang diterajui oleh Presiden Amanah, Mat Sabu.

Datok Mustapa Muhamed (Tok Pa) pula melompat parti kerana tekanan ke atasnya apabila SPRM hendak bertindak menyoal siasat beliau mengenai dana politik UMNO Kelantan yang kononnya datang dari dana 1MDB. Atas alasan itulah Tok Pa terus melompat untuk bersama dengan kem Mahathir di bawah PPBM bagi menyelamatkan dirinya.

Malahan Tok Pa juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dan terhutang budi dengan Tun Daim Zainuddin yang juga berada dalam kem Mahathir.

Manakala, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan, DS Ikmal Hisham Abdul Aziz, pula adalah anak didik Tok Pa yang terpaksa mengikut jejak langkah Tok Pa. Ikmal boleh juga diterjemahkan sebagai orang kuat Tok Pa.

Di samping itu, Ikmal juga perlu menyelamatkan perniagaan kereta-kereta import beliau yang bernilai jutaan ringgit, kerana perniagaan ini memerlukan permit AP daripada MITI.

Di Sabah pula, kisah lompat Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO dipercayai disebabkan terpengaruh dengan rayuan daripada Bekas Ketua Menteri Sabah yang terdahulu.

Kebanyakan mereka terikat dengan tuduhan-tuduhan kes rasuah yang telah berlaku lebih daripada 15 tahun yang lalu.

Tindakan mereka melompat parti adalah untuk menyelamatkan kepentingan perniagaan mereka atau untuk menyelamatkan diri mereka sendiri setelah ditekan dan diugut oleh pihak-pihak tertentu.

Sesungguhnya walau apapun berlaku ke atas (pucuk pimpinan UMNO), ahli-ahli UMNO di akar umbi tetap kukuh mempertahankan perjuangan parti orang-orang Melayu ini daripada terus-menerus ditekan dan diasak oleh parti pemerintah.

Ditambah pula dengan desakan Khairi Jamaludin (KJ) yang telah kalah dalam pertandingan pemilihan Presiden yang lalu, supaya UMNO mengadakan Pemilihan Parti semula.

Walau bagaimanapun pemerhati dan penganalisis politik melihat desakan KJ hanyalah bersandarkan kepada keperluan peribadinya sahaja, bukan berdiri atas falsafah membela UMNO dengan ikhlas.

Sebelum ini juga, Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin, yang juga telah melompat keluar UMNO, seakan-akan mengugut bahawa lebih ramai Ahli Parlimen dan ADUN akan melompat parti sekiranya Zahid tidak mengundurkan diri sebagai Presiden.

Anehnya, beliau mencadangkan agar UMNO mengadakan pemilihan parti semula. Apakah locus standi Hamzah yang telah keluar parti, mahu memberikan nasihat kepada UMNO?

A A A ABBB DAPM111111

Sebagaimana kata Tan Sri Shahrir Samad, “Kalau nak keluar, keluarlah… ini yang menderhaka boleh menuntut pula kononnya jika Presiden tidak letak jawatan maka lebih ramai anggota akan keluar…Janganlah hendak mengalihkan perhatian dengan menuduh orang lain tidak patuh sedangkan yang tidak patuh ialah awak (mereka yang keluar parti).”

Golongan pengecut ini bagaikan lelaki yang ‘gila talak’ setelah bercerai.

Malangnya ramai pula dalam kerajaan PH yang tidak mahu menerima mereka untuk masuk ke dalam kandang PH.

Media sosial pula yang melabelkan mereka sebagai katak, beruk, tikus, parasit, dan perompak yang sudah tiada apa lagi yang boleh mereka rompak daripada UMNO. Maka terpaksalah mereka mencari mangsa baru.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: