UMNO, TOLONGLAH SEDAR

A A A ABBB DAPM123Pemimpin datang dan pergi. Namun ada juga yang pergi untuk sementara dan kemudiannya datang kembali.  Walau apapun sepak-terajang yang berlaku, UMNO tetap wujud, dan UMNO sebagai parti Melayu keramat tetap di hati rakyat, untuk membela kaum Melayu-Islam.

Dengan perkembangan terkini yang telahpun dilaporkan oleh media lewat siang tadi (18 Disember 2018), Datok Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyerahkan kuasa Presiden UMNO kepada Timbalan beliau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebagaimana yang beliau umumkan kepada media, langkah yang diambil adalah demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan kepimpinan di semua peringkat terutama Ahli Parlimen, ADUN serta Bahagian.

Ahli-ahli akar umbi harus menerimanya dengan baik sekiranya itulah langkah pengorbanan drastik yang harus diambil untuk menyelamatkan UMNO.

Lantas segala polemik mengenai kepimpinan tertinggi hendaklah dihentikan supaya jentera parti di peringkat akar umbi dapat memberikan fokus untuk memperkasakan parti.

Tiada apa lagi persepsi yang harus diperkukuhkan selain daripada kepercayaan bahawa UMNO boleh bangkit dan bingkas bangun semula jika perpaduan terus dimantapkan serta menyatukan pemikiran dalam sebuah pasukan UMNO yang kini dilihat kembali signifikan dan kuat.

Hari ini rata-rata rakyat Melayu-Islam amat berharap kepada UMNO, walaupun tidak dinafikan bahawa PAS juga menjadi sandaran.

Lihatlah FB dan perhatikan ‘arah pemikiran’ atau paradigma yang tergambar pada minda rakyat. Ia jelas memperlihatkan sandaran harapan rakyat Melayu-Islam terhadap UMNO yang meluap-luap.

Tidak ada analisis empirikal untuk membuktikan signifikannya antara dua pemboleh ubah ‘sokongan rakyat Melayu-Islam dalam FB’ dengan ‘rakyat Melayu-Islam yang menghadiri Perhimpunan 812 Bantah ICERD’.

Namun kami percaya bahawa signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah itu amat tinggi.

A A A ABBBLOMPAT 1

Golongan rakyat, mahupun akar umbi UMNO, tidak kisah dengan gejala lompat parti. Malah bagi mereka golongan yang lompat parti itu adalah parasit, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, pengkhianat, penipu rakyat yang mengundi mereka, malahan mereka dilabelkan sebagai pencabul demokrasi.

Satu gelombang sokongan terhadap UMNO sudah menjadi amat signifikan, bukan sahaja daripada ahli-ahli akar umbi UMNO, malah golongan bukan ahli.

Apabila ada pihak dalam PH mahu memaktubkan undang-undang ‘Lompat Parti’ golongan akar umbi ini amat menyokong.

Bagi golongan bawahan ini, biarlah ada undang-undang yang mencegah lompat parti. Cegahlah gejala lompat parti, dan sekiranya ia dilanggar, maka pihak yang melompat hendaklah digugurkan taraf mereka sebagai Ahli Parlimen, maka dengan itu ‘Pilihan Raya Kecil’ hendaklah diadakan.

Rakyat amat mengalu-alukan Pilihan Raya Kecil, malah Pilihan Raya Umum sekali pun, kerana dalam tempoh tujuh bulan PH berkuasa ini, rakyat amat terasa tekanan, seksaan, kezaliman kerajaan PH, kekacauan sosial, keruntuhan ekonomi, undang-undang yang tidak lagi luhur, fitnah PH, pembohongan PH dan pelbagai penyelewengan yang merosakkan periuk nasi rakyat.

Dengan itu kepimpinan UMNO yang masih berada dalam parti, tolonglah sambut kepercayaan rakyat dan akar umbi ini yang mahu UMNO kembali memerintah atau setidak-tidaknya berganding dengan PAS.

Lupakanlah kemelut lompat parti itu kerana parti baru yang menjadi dahan tempat mereka lompat juga melabelkan mereka sebagai katak, beruk, parasit, tikus, pengkhianat dan perompak yang tiada lagi wang UMNO untuk dirompak.

Kepimpinan UMNO tidak usah lagi menghabiskan masa menuding jari siapa salah, siapa benar, siapa yang menjadi penyebab itu dan ini, bak kata perpatah Melayu ‘sudah tercalit janganlah memalit’.

Gejala menuding jari ini amatlah memalukan kerana satu jari dituding kepada orang lain, tiga lagi jari menuding kepada diri sendiri. Patuhlah pada ibu jari yang berkecuali. Jadikan satu genggaman padu bersama dengan ibu jari supaya terbentuk buku lima yang utuh untuk melibas pihak musuh.

Gejala menuding jari hanya akan memberikan persepsi bahawa UMNO kini berpecah, sedangkan itulah agenda pihak musuh laknatullah. Lawanlah agenda itu.

Undang-undang rimba PH telah mula menunjukkan bahawa ia dikawal oleh tangan ghaib yang dilaknati Allah, apatah lagi apabila Peguam Negara adalah kafirun yang pernah membela Chin Peng yang tercatat dalam sejarah sebagai musuh rakyat, musuh Melayu, musuh UMNO, dan musuh Islam.

Ada hikmah yang besar akibat daripada kekalahan BN-UMNO pada PRU-14 tempoh hari.

Pertamanya Allah mahu tunjukkan dan mendedahkan siapakah pengkhianat bangsa Melayu-Islam yang berada dalam DAP, PPBM, PAN dan PKR.

Keduanya Allah mahu UMNO berganding tangan dengan PAS. Lupakan pihak kafirun yang bersekutu dengan UMNO dalam BN sebelum ini. Lupakan UMNO Sabah yang ramai dengan golongan kafirun, kalau mereka sendiri sudah minta cerai, janganlah UMNO menjadi gila talak.

A A A ABBB DAPM1

Janganlah kepimpinan UMNO lupa, bahawa apa yang jelas pada PRU14, bukanlah kekalahan yang besar dari aspek angka. UMNO masih kuat, cuma UMNO kalah menangkis fitnah, penipuan dan pembohongan.

Kepimpinan Melayu dalam PH hari ini pula, dilabelkan oleh rakyat Melayu-Islam sebagai kaldai DAP.

Kalau tidak percaya masuklah alam maya FB Melayu-Islam dan perhatikan kehendak dan harapan tinggi mereka terhadap UMNO atau setidak-tidaknya PAS.

Kami sarankan sedemikian kerana jumlah FB pada tahun 2019 akan mencecah 13.57 juta, yang cukup untuk mewakili suara rakyat yang mengundi.

A A A ABBBSEDARLAHUMNO1

Perkasakanlah UMNO, kerana mekanisme pemerkasaan dan jentera dari rakyat bawahan sudah tersedia.

Ramai yang tertipu menyokong ‘Bapa Pelingkup Negara’ dan ‘Bapa Perompak Negara’ sudah sedar dan tidak sabar untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pihak UMNO atau BN, atau setidak-tidaknya gabungan baharu UMNO-BN-PAS.

Jika kita percaya bahawa rakyatlah yang sebenar-benarnya berkuasa menentukan siapa yang seharusnya diberikan mandat untuk memerintah, maka percayalah bahawa rakyat sekarang tidak sabar menunggu PRU15, untuk menjatuhkan kerajaan PH.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: