LOMPAT PARTI ADALAH SATU PENIPUAN BESAR KEPADA PENGUNDI

A A A ALOMPAT 1Apabila rakyat atau pengundi masuk ke dewan mengundi pada PRU 9 Mei lalu, mereka diberikan kertas mengundi yang tercatat bukan sahaja nama calon tetapi juga lambang parti.

Kalau rakyat memilih calon dari parti UMNO, maka rakyat telah meletakkan kepercayaan bukan sahaja kepada calon, tetapi juga kepada parti UMNO, hala tuju, prinsip, dan falsafah yang dikendong dalam manifesto UMNO.

Apabila rakyat memangkah parti UMNO dengan makna bahawa rakyat menolak sekeras-kerasnya parti DAP, parti PPBM, PKR, PAN atau lain-lainya serta segala hala tuju, manifesto serta dasar falsafah yang parti-parti itu kendong.

Maka atas dogma demokrasi, calon yang dipilih bertanggung jawab untuk mempertahankan kepercayaan pengundi kepadanya.

Setelah keputusan diumumkan, calon parti UMNO menang, maka termaktublah janji-setia calon parti UMNO itu kepada rakyat, untuk dia dan partinya membawa suara rakyat, berjuang mempertahankan hasrat dan kehendak rakyat.

Bagi pengundi, soal parti UMNO itu terpilih sebagai kerajaan negeri, atau kerajaan persekutuan bukanlah soal utama, yang penting ialah di kawasan pemastautinan mereka, pengundi telah memilih parti UMNO, bukan parti PKR, DAP, PPBM, PAN dan lain-lainnya, atas kepercayaan yang diletakkan pada bahu wakil rakyat UMNO itu.

Namun setelah memenangi PRU, calon parti UMNO yang telah dipilih rakyat telah bertukar parti atau dengan kata-kata lain melompat parti, maka tertipulah rakyat atau pengundi yang telah memilihnya. Penipuan ini telah secara tuntas, mencabul prinsip demokrasi dan janji wakil rakyat kepada pengundi.

A A A ALOMPART PARTI

Meskipun dari aspek undang-undang ia tidak diterjemahkan sebagai satu jenayah penipuan, namun dari segi moral ia satu penkhianatan, penipuan, dan pencabulan janji yang tidak boleh dimaafkan.

Sebelum 9 Mei lalu, rakyat sudah menjangkakan bahawa PH, dan parti gabungannya akan memusnahkan Tabung Haji, akan mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu, akan membatalkan projek ECRL, akan menipu janji-janji manifestonya yang digambarkan bagai bulan-bintang, tidak akan memansuhkan tol lebuh raya yang banyak menyelinap di tengah bandar, memansuhkan BR1M, serta menipu itu dan ini.

Apatah lagi PH menggugat agama dan akidah kepercayaan dan keimanan mereka, lantas mencabul Perlembagaan Persekutuan berkenaan bangsa mereka, Raja-Raja mereka dan agama mereka dengan muslihat menegakkan keadilan dan kesamarataan, sedangkan sama rata bukan keadilan.

Tiba-tiba wakil rakyat, sama ada Ahli Parlimen atau ADUN yang mereka pilih telah berpindah parti dari UMNO kepada PPBM dalam gabungan PH yang mereka benci dan dipimpin oleh tokoh yang mereka benci juga.

Maka jadilah golongan yang melompat parti ini sebagai wakil rakyat yang menipu, mengkhianati dan mencabul janji hakiki sebelum PRU14, pada 9 Mei tempoh hari.

Jika alasan yang diberikan oleh wakil rakyat yang melompat parti itu ialah ‘UMNO tidak mempunyai hala tuju’ maka hala tuju apakah yang dipertahankan oleh PH?

Situasi kegenjotan ini diparahkan lagi oleh segala noda dan kekotoran PH yang kini terdedah satu-persatu walaupun mereka baru memerintah negara selama 7 bulan.

Mereka mengendong niat menjadikan negara ini negara republik, mereka membawa hala tuju yang tidak mahu membela pribumi, mereka mahu menjadikan negara ini negara Kristian, kuil Hindu yang lebih banyak dari masjid dibela, zakat Baitulmal juga mahu diberikan kepada kaum kafirun atas alasan mereka juga membayar cukai, ekonomi negara mula merudum, harga barangan terus naik, harga getah dan kelapa sawit merudum jatuh, mereka tidak prihatin kepada nelayan, pekebun, penternak dan petani miskin, nilai ringgit jatuh dan banyak lagi kegenjotan pemerintahan PH.

Mereka juga mahu merosakkan Tabung Haji kerana hibah Tabung Haji kepada penyimpan menjadi faktor cemburu mereka, dan kejayaan Tabung Haji menjadikan mereka tamak haloba, lalu mereka meletakkan Tabung Haji pada kuasa tangan kafirun, mereka menyokong LGBT, menyamakan Tuhan pada semua agama, menyokong gerakan pencabulan hak Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan, serta banyak lagi kecelakaan yang akan merosakkan hidup rakyat Melayu-Islam.

Namun apa yang paling menyakitkan hati dan mengecewakan rakyat ialah pemimpin tertinggi PH pernah dipersepsikan sebagai “Bapa Perompak” dan “Bapa Pelingkup Negara” serta disaluti dengan skandal kewangan yang dilupakan begitu sahaja.

Anehnya mereka menjadikan alasan ‘UMNO tiada hala tuju’ sebagai tanggung jawab Presiden, lalu mendesak Presiden meletakkan jawatan.

Adakah mereka lupa ‘hala tuju’ parti yang direncanakan oleh Presiden, DS Zahid semasa PAU yang baru lalu.

Kontradiknya mereka buta untuk melihat hala tuju PH yang lintang-pukang dengan janji-janji palsu mereka, serta manifesto yang dianggap bukan kitab suci yang perlu disempurnakan sebaliknya hanyalah kain buruk busuk reput yang boleh dibuang ke longkang. Malah mereka cuba menyamakan alasan pembohongan mereka dengan Nabi!

Namun yang paling utama, mereka juga lupa apakah ‘hala tuju’ mereka sendiri sebagai wakil rakyat?

Wakil rakyat yang melompat parti memberikan pula alasan mengatakan bahawa PH memerlukan jumlah 2/3 ahli untuk merealisasikan kehendak rakyat.

Jelaslah ia menjadi pembohongan besar kerana untuk merealisasikan dan melaksanakan kebajikan kepada rakyat, mereka tidak perlukan kuasa 2/3, kerana PH adalah kerajaan.

Yang penting ialah sama ada mereka benar-benar ikhlas mahu memenuhi kehendak rakyat atau tidak. Atau sebenarnya PH yang didominasi DAP mahu melihat kehancuran Melayu-Islam.

Sebenar-benarnya, jelaslah bahawa mereka hanya mahu merealisasikan kehendak dan ugutan Perdana Menteri yang lewah menggunakan SPRM dan undang-undang dengan agenda halus membunuh UMNO.

Mereka diberikan altermatum yang sekiranya mereka tidak melompat parti, mereka boleh dituduh di mahkamah walaupun belum ada siasatan dan tiada sesiapa pun yang membuat aduan atas salah-laku mereka.

Maka golongan yang mempunyai rekod ‘buruk’ atau kontrak perniagaan dengan kerajaan, atau sumber pendapatan yang boleh digugat dengan tuduhan mahkamah, akan rasa gelabah dan terdesak mencari jalan untuk lompat parti.

Tiada apa lagi yang lebih jijik untuk melabelkan pelompat katak ini kecuali penipu atau pencabul kepada janji-janji sebelum PRU 9 Mei lalu yang diasak oleh kezaliman pemimpin tertinggi PH.

Anehnya, dalam keghairahan mereka melompat parti itu, pemimpin PH melihat wakil rakyat UMNO yang melompat itu sebagai sampah, parasit, tikus, monyet dan macam-macam lagi.

Lantas, daripada melompat parti dan menodai prinsip demokrasi, lebih baik sekiranya Ahli Parlimen dan ADUN ini meletakkan jawatan mereka supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.

Bertambah aneh lagi, media massa menghebohkan bahawa PH tidak mahu menerima katak-katak yang melompat itu pula. Lantas mereka yang melompat parti itu sendiri menjadi mangsa penipuan dan janji-janji palsu PH.

********

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: