KHALID SAMAD BUAT GEMPAK – BILIONAIRE QATAR AKAN LABUR USD400 BILION UNTUK KERETA NASIONAL MALAYSIA

Menggemparkan apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang selama ini bertalu-talu mengeluarkan kenyataan kontroversial kini mengeluarkan pula kenyataan bahawa seorang billionaire Qatar sanggup melabur USD400 bilion atau RM1.676 trilion untuk kereta Nasional 3 Malaysia.

Setelah berjanji menutup Kilang Arak Calsberg, kemudian menghalalkan Pesta Arak, selepas itu menyandarkan kelemahan PH menunaikan manifesto dengan Nabi, kini terpantul pula daripada mulut kepohnya bahawa bilionaire Qatar sanggup melabur RM1.676 trilion untuk projek kereta nasional.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, berkata demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018.

Sebaliknya apa yang difahamkan sebelumnya ialah Syeikh Al-Qatari, itu mahu melabur USD400 bilion di seluruh dunia sebagai satu inisiatif ekonomi, bukan semata-mata Malaysia.

Nampak sangat bahawa Khalid cuba menutup ‘pekung pada dadanya’ setelah memohon maaf atas kenyataan yang menyamakan dan membangkitkan fitnah ke atas Nabi untuk menutup kegagalan PH merealisasikan janji manifesto.

Sekiranya selama ini Proton sendiri telah menunjukkan kecondongan kelemahannya dalam pemasaran kereta Nasional, apakah pihak pelabur seperti Syeikh Qatari tidak membuat kajian awal dalam misi pelaburannya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, pertamanya benarkah Syeikh Al-Qatari memiliki kekayaan sedemikian sedangkan dalam senarai tokoh-tokoh terkaya dunia, tiada pun nama Al-Qatari yang dicatatkan.

A A A ABBB QATAR1

Jika Al-Qatari mempunyai hasrat untuk melabur USD400 bilion, pastilah dia mempunyai kekayaan yang melebihi jumlah kekayaan Jeff Bezos, Bill Gates, Warren Buffet dan Bernard Arnault.

Persoalan kedua ialah, tokoh bilionaire yang terkaya sekalipun hanya memiliki harta USD112 bilion, hanya 25% daripada jumlah pelaburan yang mahu diceburi oleh Al-Qatari.

Sekiranya mana-mana bilionaire itu mahu membeli syarikat produksi kereta berprestij seperti Daimler, mereka hanya memerlukan modal sejumlah USD90 bilion sahaja.

Apa ke bodohnya untuk melabur USD400 bilion ke atas kereta ngongek Malaysia sedangkan Al-Qatari boleh membeli semua syarikat produksi kereta berikut dengan modal USD352 bilion sahaja?

A A A ABBB QATAR 2

Pada logik akalnya, sebagai seorang bilionaire, lebih baiklah Al-Qatari melabur dalam industri pembuatan pesawat penerbangan daripada melabur pada syarikat kereta ngongek Malaysia yang terbukti sebelumnya tidak menguntungkan, sebaliknya hanya memenuhi mimpi siang hari Mahathir.

Jelaslah Khalid hanya mencari populariti pada Konvensyen Nasional Amanah itu untuk menutup keceluparan lidahnya tanpa memikirkan logiknya pelaburan yang berliabiti tinggi dalam industri kereta Malaysia.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: