Dipetik dari The Third Force
DS Anwar Ibrahim dan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang dalam perbincangan tentang kemungkinan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam perancangan mereka, Anwar akan memimpin kira-kira 20 Ahli Parlimen PKR pada waktu terdekat ini seboleh mungkin sekiranya dia berjaya mendapatkan sokongan mereka (untuk bergabung dengan UMNO).
Anwar telah mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri dan sedang membawa masuk seramai mungkin Ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM sebelum menendang keluar Ahli Parlimen DAP dan PKR.
Sekiranya Anwar berjaya meyakinkan Ahli Parlimen yang berkenaan, maka kejatuhan kerajaan PH akan membawa kepada pembentukan kerajaan sementara yang diterajui oleh Sultan Nazrin Shah. Baginda akan melantik Perdana Menteri sementara untuk mentadbir negara.
Adalah dipercayai bahawa dalam situasi sedemikian, jawatan Perdana Menteri sementara akan diberikan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
*****
Tinggalkan Jawapan