TIDAK DEMOKRATIK DESAK DS ZAHID LETAK JAWATAN PRESIDEN

Faktor dalaman dan luaran parti yang diasak oleh keadaan, masa dan tekanan pemerintah terus menyerang UMNO bertalu-talu telah menjadi penyebab kepada tindakan sesetengah Ahli Parlimen UMNO berpaling tadah meninggalkan parti dan mencari tempat berteduh yang mereka fikirkan ‘selamat’.

Fenomena meninggalkan parti ini amatlah tidak wajar untuk menyalahkan dan menyerang Presiden UMNO Datok Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tidak efisien.

Lantas, golongan ini yang memaksa Presiden untuk meletakkan jawatan secara semborono juga adalah satu tindakan ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’, ‘tiada kayu api, tiang rumah dicantas’.

Bagaimanakah Presiden hendak melayani kehendak Ahli Parlimen yang mendesak dan menuntut kuasa, peruntukan kewangan dan jawatan, sedangkan parti bukan lagi pemerintah, dana parti dirampas, akaun parti dibekukan, dan presiden sendiri ditojoh dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas dan pilih kasih?

Perkara fundamental yang harus menjadi sandaran ialah Presiden UMNO telah dilantik secara demokratik melalui Pemilihan Parti untuk memegang tampuk pentadbiran selama 3 tahun sehingga 2021.

Justeru mendesak Presiden supaya meletakkan jawatan adalah suatu tingkah yang  mengetepikan falsafah dan prinsip asas demokrasi.

Tindakan mendesak Presiden untuk meletakkan jawatan itu menjadi tidak demokratik apabila kehendak peribadi Ahli Parlimen berkenaan yang menuntut peruntukan kewangan, kuasa dan jawatan tidak dapat dipenuhi oleh Presiden kerana partinya yang telah berkuasa selama lebih 60 tahun, kini bukanlah lagi parti pemerintah.

Benar juga sekiranya ada pemerhati dan penganalisis politik yang mengklasifikasikan golongan ini sebagai parasit parti dan pesakit yang dihinggapi penyakit berjangkit kronik yang mewajarkan mereka keluar daripada parti supaya ahli parti yang lain tidak dijangkiti penyakit berbahaya itu.

Gejala keluar meninggalkan parti itu juga diasak oleh faktor luaran terutamanya tekanan pemerintah yang zalim, membekukan akaun parti, merampas dana parti dan mengasak Ahli Parlimen parti dengan tuduhan-tuduhan rawak tanpa bukti prima facie.

Malah PPBM yang menjadi melukut ditepi gantang PH, tetapi ironiknya dipimpin oleh Perdana Menteri, melaung-laungkan kesudian mereka untuk menerima Ahli Parlimen UMNO di samping mendesak supaya UMNO dikuburkan.

Tindakan tersebut adalah untuk memperkukuhkan kedudukan lemah PPBM dalam PH yang lebih dilihat sebagai kaldai tunggangan DAP.

Ia juga dilihat sebagai suatu tindakan diktator yang zalim, apabila tuduhan demi tuduhan dikenakan kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO demi membunuh ‘UMNO’.

A A A ABBBZAHID 12

Kontradik pula apabila parti DAP dalam PH menjadi gusar dan gelabah apabila jumlah signifikan Ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk ke parti PPBM, kerana tindakan tersebut akan memperkukuhkan kedudukan PPBM, lantas menjadikan suara PPBM dan suara Melayu lebih mantap lagi dalam PH mahupun di Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun akar umbi yang turut merasakan dampak kezaliman diktator pemerintah, ekonomi yang merudum, golongan petani, pekebun dan nelayan miskin yang bertambah tertekan, kronisme pemerintah yang terus melahap kekayaan negara, penghinaan terhadap bangsa dan agama Islam, pembohongan pemerintah dan banyak lagi kegenjotan kerajaan PH, terus tegar menyokong UMNO.

Semuanya dibuktikan oleh Perhimpunan Ummah 812 yang mencecah 1.97 juta peserta, sebagai satu sokongan jitu akar umbi dan rakyat jelata terhadap UMNO dan PAS.

Golongan rakyat yang menyokong UMNO ini tidak terkesan dengan tekanan tuduhan politik, tekanan kuasa dan peruntukan kewangan lalu mereka hairan mengapakah golongan ahli politik atasan dalam UMNO keluar meninggalkan parti.

Ahli-ahli biasa dalam UMNO juga kurang tertekan dengan desakan politik zalim pemerintah, lalu mereka juga turut kecewa dan marah dengan tindakan Ahli Parlimen UMNO yang keluar meninggalkan parti.

Namun sebagaimana yang diandaikan tadi, ramai juga yang suka golongan parasit dan berpenyakit ini keluar meninggalkan parti supaya parti selamat daripada jangkitan agar jangkitan itu berpindah ke parti lain yang mereka tunggang.

DAP menganggap golongan yang melompat parti ini sebagai ‘sampah’, ‘tikus’, ‘katak’ dan ‘najis’.

Dengan itu juga, adalah tidak demokratik bagi golongan terbabit mendesak Presiden Parti supaya meletakkan jawatan, sedangkan pelantikan Presiden adalah legitimat melalui Pemilihan Agung, bukan laungan kosong daripada Ahli Parlimen yang dihempap kekecewaan dan kehilangan kuasa.

Sayugia, sekiranya ada yang mahu Presiden UMNO meletakkan jawatan ia hendaklah juga melalui proses legitimat Pemilihan Agung.

Walau bagaimanapun soal fundamental yang mengasak dan mendesak mereka untuk keluar parti amatlah tidak wajar dipersalahkan atas tanggung jawab Presiden UMNO.

Menuduh Presiden tidak mempunyai hala tuju adalah sesuatu tuduhan genjot, sedangkan pada sesi Penggulungan Pemilihan Agung yang lalu, Presiden dengan jelas dan tuntas telah membentangkan hala tuju parti yang amat pragmatik, kondusif dan berkebolehcapaian sebagaimana berikut.

Sebaliknya apabila golongan Ahli Parlimen yang melompat ke PPBM, apakah hala tuju PPBM jauh lebih baik daripada hala tuju yang direncanakan UMNO?

Apa bukti hala tuju PPBM yang membela Islam dalam isu Tabung Haji, dalam isu jatuhnya harga komoditi getah dan kelapa sawit, dalam isu mempertahankan kedudukan Melayu, Raja-Raja dan agama Islam dalam ICERD, dalam membela rakyat miskin dari kalangan petani, pekebun, nelayan dan buruh kasar, serta isu rakyat kelas bawahan yang lain? Baik sangatkah hala tuju parti Bunga itu?

TUJUH TERAS HALA TUJU UMNO

A A A ABBBZAHID 11

Bagi golongan Ahli Parlimen yang meninggalkan parti, sekira ‘tidak pandai menari, janganlah menuduh lantai tingi-rendah’, ‘janganlah berkokok berdegar-degar sedangkan tahi tersangkut di gelegar’ dan ‘kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai.’

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: