STRATEGI ‘TROJAN HORSE’ UNTUK SERANG DAP SUDAH LAPOK

Sehari-dua ini DS Dr Zahid Hamidi diserang, malahan dituduh dengan tuduhan yang amat kritis dalam media sosial.

Ugutan supaya Zahid meletakkan jawatan, keluar parti, dan pelabelan yang menghinakan juga terlihat dalam FB, portal berita dan blog.

A A A ABBBTROJAN 1

Isu kepimpinan tertinggi UMNO Sabah dan peletakan jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, juga dijadikan modal serangan kepada DS Zahid Hamidi sebagai orang yang bertanggung jawab.

Walau bagaimanapun lontaran tuduhan yang paling kritis dan hangat diuar-uarkan ialah tindakan Zahid yang mahu mewujudkan kerjasama dengan DAP.

Ia dikatakan sebagai strategi ‘Trojan Horse’ (Kuda Trojan) Yunani, yang mahu menembusi tembok musuh dengan metode peperangan yang penuh muslihat.

Adakah strategi peperangan ‘Kuda Trojan’ yang lapok itu masih relevan pada era ‘kewartawanan dalam talian’ ini?

Atau sebenarnya UMNO-lah yang sepatutnya berwaspada dengan ‘kuda Trojan’ musuh yang menyerap masuk dalam kandang politiknya.

Tuduhan ini tercetus setelah pertemuan sulit antara Datok Seri Nazri Aziz dengan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO tetapi dieksploitasi oleh pihak yang berkepentingan, dan dilencongkan untuk menjadi modal pendesak supaya Zahid meletakkan jawatan.

Namun ramai juga lupa siapakah Nazri Tan Sri Aziz serta wataknya yang kadang kala celupar sedikit tentang isu tertentu.

Tidak ada rasional yang kukuh dan logik untuk mendakwa bahawa Zahid mahu bersekongkol dengan DAP.

Sekiranya inilah persepsi golongan kepimpinan UMNO Sabah sehingga menyebabkan mereka keluar parti dan berura-ura mahu menagih ruang daripada PPBM, tidakkah tindakan itu juga bermakna mereka mahu bersekongkol dengan DAP?

Tidakkah mereka sedar bahawa selama ini golongan akar umbi menanggapi PPBM sebagai kaldai DAP?

Lihat sahaja apa yang Lim Guan Eng telah lakukan kepada Tabung Haji.

Lihat sahaja apakah dampak tindakan Lim Guan Eng terhadap harga komoditi getah dan kelapa sawit.

Lihat sahaja penderitaan ekonomi yang dialami oleh para pekebun, petani dan nelayan.

Lihat sahaja bagaimana Lim Guan Eng bijak menghalau pelabur asing ke luar dari Malaysia. Malahan rizab antarabangsa Bank Negara sejumlah RM34 bilion telah lebur begitu sahaja.

Adakah Zahid mahu menambahkan lagi penderitaan rakyat dengan bersekongkol bersama golongan kafirun seperti DAP? Sedangkan ramai pemerhati politik menterjemahkan watak Zahid sebagai tokoh ultra-Melayu-Islam.

Zahid bukanlah manusia mentah yang baru sehari dua berada dalam arena politik. Dia pernah bersama Anwar Ibrahim menentang Mahathir pada 1998, dia pernah diheret ke penjara kerana menentang Mahathir.

Dia juga pernah diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO bukan kerana dia ‘anak Perdana Menteri’ bukan kerana dia kaya raya untuk politik wang, sebaliknya kerana dia ada karisme yang kental dengan jiwa Melayu-Islamnya.

Jauh daripada itu Zahid digeruni oleh kaum bukan-Melayu juga kerana tebalnya ethno-sentrisme Melayu-Islamnya.

A A A ABBBTROJAN 3

Dengan itu adakah logik untuk menuduh Zahid cuba menggadaikan prinsip mempertahankan kedudukan kukuh Melayu-Islam lalu bersekongkol dengan DAP, sebagaimana PPBM dan PKR menjadi kaldai tunggangan?

Banyak cara untuk ‘membunuh’ DAP selain daripada mengambil langkah-langkah ‘Trojan Horse’ Yunani yang lapok dan dangkal itu.

Lihat sahaja Perhimpunan 812. Jika semangat kental Perhimpunan 812 diasak atas nama ‘membunuh DAP’ yang datang daripada lubuk hati, jiwa dan roh rakyat yang paling dalam dan halus, mengapa ia tidak boleh digunakan untuk mendesak dengan cara apa sekalipun supaya PH, baik DAP, PKR mahupun PPBM dinyahkan dari kerusi pemerintahan Malaysia?

Sebaliknya, adakah apa yang terbangkit daripada tuduhan yang dangkal itu, adalah sebahagian daripada strategi pihak tertentu yang mahu Zahid tertekan dan meletakkan jawatannya? Atau sebenarnya pihak yang menuduh Zahid itulah kuda Trojan musuh yang sudah berada dalam lipatan kain UMNO.

Rakyat sudah bosan dengan fitnah dan pembohongan sebagaimana pembohongan Manifesto PH, sebagaimana fitnah dan kezaliman terhadap Najib, sebagaimana sonsangnya badan kehakiman terhadap kes-kes yang melibatkan golongan DAP dan PH, dan sebagaimana diamnya Lim Kit Siang terhadap dakwaannya ke atas Perdana Menteri ke-4 dalam pelbagai skandal yang panjang senarainya.

A A A A A A ATROJAN
Setiausaha Eksekutif BN, Dato Dr Ahmad Masrizal Muhammad

Merujuk wacana politik yang diluahkan oleh Setiausaha Eksekutif BN, Dato Dr Ahmad Masrizal Muhammad, “tiada sebarang logik yang boleh untuk mengaitkan Dato Seri Presiden UMNO dengan agenda untuk bersama dengan DAP sebagaimana berita yang tersiar di alam maya sekarang ini. Berilah sedikit ruang dan bersamalah beliau menyusun semula dan mengorak langkah bagi memacu semula UMNO sebagaimana mandat yang diberikan oleh perwakilan sehingga 2021.”

Firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 51:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka (kafirun). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: