LOMPAT PARTI DI SABAH: DS ZAHID HAMIDI DIJADIKAN ‘ALASAN TEMPANG’

Kenapa Pemuda UMNO Sabah mahu menjadikan, Presiden UMNO, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘alasan tempang’ apabila lima Ahli Parlimen UMNO dan sembilan ADUN Sabah meninggalkan parti?

A A A ABBBZAHID 3

Agak aneh sekiranya Pemuda UMNO Sabah sememangnya sedar tentang faktor fundamental dan hakiki yang mendesak, mengugut dan memaksa mereka meninggalkan parti.

Malahan Pemuda UMNO Sabah juga telah mendakwa bahawa mereka yang meninggalkan parti itu sebagai pemimpin yang kurang daya tahan dan mengalah kepada pelbagai tekanan kerajaan yang memerintah.

Bertambah aneh lagi apabila kepimpinan Pemuda UMNO Sabah tetap tabah mempertahankan parti dan kekal dengan UMNO dan tidak mengikut jejak lima Ahli Parlimen UMNO dan sembilan ADUN Sabah itu.

Sekiranya tindakan Zahid menyokong ‘Perhimpunan 812’ atau ‘Perhimpunan Kesyukuran ICERD Ditolak’ sebagai faktor yang menyebabkan pemimpin UMNO Sabah meninggalkan parti maka jelaslah bahawa Pemuda UMNO Sabah, mahupun kepimpinan UMNO Sabah gagal memahami implikasi ratifikasi ICERD terhadap kaum pribumi.

A A A ABBBZAHID 1

Apatah lagi mereka nampaknya kabur tentang sokongan akar umbi serta rakyat yang mungkin pada PRU14, telah tertipu dengan janji dan termakan fitnah PH terhadap UMNO.

Sekiranya kepimpinan UMNO Sabah melihat bahawa kerjasama UMNO dan PAS dalam ‘Perhimpunan 812’ juga sebagai alasan, maka UMNO Sabah harus faham bahawa kehadiran Zahid bukan atas kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO, sebaliknya ia adalah tanggungjawab dan menjadi jihad bagi umat Islam menentang ICERD yang menjangkau jauh daripada kandang politik sempit.

Meskipun begitu Perhimpunan 812 juga memperjuangkan hak pribumi Sabah yang termasuk 100 ribu ahli UMNO bukan Muslim di Sabah.

Tidakkah UMNO Sabah melihat bahawa dalam perhimpunan yang mengumpulkan 1.97 juta rakyat itu, sebahagian besarnya adalah akar umbi UMNO serta generasi mudanya yang mahu kuasa UMNO dikembalikan dalam pemerintahan Kerajaan Persekutuan?

Kekalahan UMNO dalam PRU14, juga tidak begitu signifikan untuk membuktikan bahawa kerajaan PH mendapat sokongan kukuh daripada rakyat.

Atas alasan itulah juga maka PH mahu sangat Ahli Parlimen UMNO menyeberangi jambatan dan tidur sekatil dengan mereka.

Dengan itu juga kami mahu rakyat Sabah kembalikan pemikiran waras mereka dan tidak lupa tentang:

  • ‘Kes IC’ dan kerakyatan orang asing yang wewenang di Sabah
  • ‘kes kematian Fuad Stephen’ yang memperjuangkan royalti minyak untuk Sabah
  • tindakan mereka mengharamkan Pengerusi Parti PPBM daripada menjejakkan kaki di Sabah?
  • siapakah yang menghina pasukan keselamatan ketika menentang kumpulan pengganas di Lahad Datu dan mempertahankan rakyat Sabah?

Rakyat sedar dan tahu tekanan dan ugutan yang dihalakan oleh pemerintah PH kepada semua kepimpinan UMNO bukan sahaja di Semenanjung malah juga di Sabah.

Apa yang ironi ialah apabila konco-konco PH melihat mereka yang melompat parti atau pihak yang meninggalkan UMNO itu sebagai ‘tikus’, ‘sampah’ dan ‘najis kotor.’

Rakyat sedar bahawa falsafah ‘If you failed to defeat your enemy, then join them’ mungkin adalah lebih baik  bagi kepimpinan yang terdesak. Tetapi tidakkah itu tindakan pengecut dan bacul?

Namun sekiranya Pemuda UMNO Sabah mendesak Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, maka lagi sekali mereka gagal memahami gerakan percaturan politik pihak musuh.

Pihak musuh bukan mahu Zahid meletakkan jawatan, sebaliknya pihak musuh mahu UMNO dibubarkan, pihak musuh mahu bahtera UMNO dibakar dan ditenggelamkan!

Sekiranya Zahid meletakkan jawatan dan digantikan dengan tokoh lain, meskipun YB Mohamad Hassan, atau sesiapa juga, tuduhan liar rasuah, gubahan wang haram, ‘Criminal breach of trust’ (CBT) atau setidak-tidaknya ‘curi ayam di reban’ akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pengganti Zahid.

Dengan itu adakah Pemuda UMNO Sabah kemudian mahu pemimpin pengganti Zahid itu juga meletakkan jawatan?

Sedangkan mereka lupa siapakah ‘Kepala Perompak dan Kepala Pelingkup Negara’, sebagaimana yang pernah didakwa oleh Mat Sabu, mendiang Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Dengan itu drama kerajaan PH menuduh dan mendakwa ‘tanpa bukti’ tidak akan berkesudahan sebagaimana kisah ‘Bangau oh Bangau Mengapa Engkau Kurus…’ yang akhirnya kembali kepada tingkah-laku fitnah, tuduhan liar dan zalim pihak berkuasa yang mahu UMNO dibubarkan.

Hakikatnya rakyat mahu UMNO dikembalikan menerajui pemerintahan negara.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: