NEPOTISME ERA MAHATHIR DALAM TABUNG HAJI

Tahun 1998 adalah tahun kegawatan ekonomi apabila berlaku kejatuhan nilai mata wang yang melanda negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Bertambah malang bagi Malaysia apabila gejala kegawatan ekonomi itu bertindan pula dengan kemelut politik Mahathir-Anwar.

Mahathir menuduh Anwar menyelewengkan wang negara dan ditambah pula dengan kes sodomi.

A A A ABBNEPOTISME MADEI 1

Namun di sebalik itu, Anwar, sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri juga dikatakan tidak memberikan layanan yang diharapkan oleh Mahathir untuk membantu menyelamatkan syarikat Konsortium Perkapalan Berhad (KPD) milik Mirzan Mahathir yang memerlukan sejumlah RM2 bilion.

Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua Pemuda PKR, pernah mendakwa bahawa Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 telah menggunakan wang Petronas dengan bantuan pentadbiran Dr Mahathir.

A A A ABBNEPOTISME MADEI 2

Pada tahun 1998 juga, ketika Tabung haji dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, adik ipar Tun Dr Mahathir Mohamad, telah berlaku pembaziran dana Tabung Haji apabila terlebih bayar untuk pembelian dua bangunan di Kuala Lumpur.

Kedua-dua bangunan berkenaan adalah TH Perdana, yang dibeli dari Maju Holdings Sdn Bhd dengan harga RM117.08 juta lebih daripada nilai sepatutnya, dan TH Selborn, yang telah dibangunkan oleh Swasta Setia Holdings Sdn Bhd dan dijual pada harga yang RM51.38 juta lebih daripada nilai sebenar.

Tabung Haji membayar sebanyak RM436.38 juta bagi dua hartanah itu, walaupun penilai menganggarkan bahawa keduanya hanya bernilai RM267.92 juta.

The Wall Street Journal (WSJ), dalam artikel Disember 2004 menyifatkan Maju Holdings milik Tan Sri Abu Sahid sebagai “syarikat yang tidak menguntungkan”.

Maju Holdings telah merayu kepada Tabung Haji untuk mempercepatkan pembelian TH Perdana (kini dikenali sebagai Maju Junction) kerana beliau menghadapi masalah kewangan, mungkin juga akibat kesan daripada kegawatan ekonomi ketika itu.

“Saya sangat memerlukan kelulusan cepat tuan mengenai perkara ini, kerana bank telah mengeluarkan notis merampas harta hartanah tersebut,” tulis Abu Sahid  dalam surat kepada Hamid Othman yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji.

Sebagaimana dilaporkan oleh WSJ, Tabung Haji bersetuju untuk membayar RM270 juta untuk 546,000 kaki persegi hartanah, pada RM494 skp, dan mendapat kelulusan Dr Mahathir untuk memberikan Abu Sahid bayaran pendahuluan RM220 juta yang beliau minta, sebagaimana dilaporkan WSJ.

Tetapi menurut laporan Audit Negara 2003, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah menambat nilai bangunan itu pada RM152.92 juta, atau RM400 sekaki persegi, dan mendapati bahawa hartanah itu hanya berukuran 372,289 kaki persegi.

“Ini bermakna Tabung Haji telah membayar RM117.08 atau 76.6% lebih daripada nilai yang dianggarkan dan jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji membayar hampir dua kali ganda jumlah yang dinilai oleh JPPH,” sebagaimana dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Sementara itu, TH Selborn yang bernilai hanya RM115 juta menurut JPPH, tetapi telah dibeli oleh Tabung Haji dengan nilai RM166.38 juta, 44.7% lebih tinggi daripada nilai sebenar.

WSJ pada tahun 2004 juga melaporkan bahawa bukanlah kali pertama Tabung Haji kehilangan berjuta-juta ringgit dalam urusan pembelian hartanah Maju Holdings milik Abu Sahid itu.

Kemanakah perginya wang lebihan bayaran itu?

Inilah yang menjadi persoalan, namun tiada siapa yang mempedulikannya kerana Pengerusi TH pada ketika itu adalah adik ipar Mahathir.

A A A ABBNEPOTISME MADEI 4

Pada penghujung era pemerintahan Mahathir iaitu 2003. TH telah memperoleh keuntungan RM 414, namun pada 2015 ketika DS Najib memerintah, TH memperoleh keuntungan lipat ganda sebanyak RM3.53 bilion.

Ini bermakna keuntungan pada 2015 berbanding dengan 2003 adalah 852% lebih tinggi atau lebih 8 kali ganda.

Keuntungan TH terus meningkat pada 2017 kepada RM4.5 bilion yang bermakna pada era DS Najib TH memperoleh keuntungan lebih 1000% atau sepuluh kali ganda berbanding zaman Mahathir.

Tidakkah ini membangkitkan rasa cemburu atau jika secara ekstremnya ia menjadi dengki dan khianat?

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: