Dipetik dari YouTube
Tun, dengarlah Tun, berapakah harga maruah sebuah bangsa? Yang kini kau jaja kepada semua Sehingga kita menjadi bahan ketawa dunia Belum cukupkah dengan apa yang kau ada? Kau perkecilkan bangsamu sendiri Persis kami langsung tidak punya harga diri Kau tuduh pemimpin kami sebagai pencuri Sedang kekayaan anak-anakmu menjadi-jadi Kau heret bangsamu ke lembah kehancuran Persengketaan sebangsa Kini tidak punya sempadan Hanya kerana kegilaan pada kuasa dan kekayaan Kau jadi mabuk, dengan pujian musuh berzaman Mudah lidahmu, mudah lidahmu Menuduh kami bangsa yang malas Apa yang kau tahu tentang bebanan yang kami galas Maka tataplah Tataplah wajah kecilku sepuas-puas Nyata tidak seperti anak-anakmu yang tidak pernah puas Renunglah mata ayahku Yang tidak pernah mengharap belas Setiap keringatnya jatuh Jatuh ke perut kami yang perlu dialas Tun, di liku-liku hari yang semakin senja Kelibat cahaya yang kau janjikan masih tidak kunjung tiba Mana janjimu, mana janjimu Mana janjimu untuk menjadikan bangsamu perkasa Kulihat cuma sengketa dan derita yang datang menyapa Ketika anak-cucumu menanti Untuk bercuti di luar negeri Cuti itu, cuti itu musuh simiskin seperti kami Yang dibaluti sengsara Ketika tangisan kami jatuh semahunya Anak-cucumu tertawa gembira Kedatanganmu untuk kali kedua Hanya mengundang bencana Tun, sudahlah Hentikan persengketaan ini Demi Allah, Demi Allah, Demi Allah hentikan fitnah ini Apa sebenarnya yang kau ingini Melayu berkelahi di sana-sini Segalanya telah kau miliki Segalanya, Segalanya, apa lagi… ******
Tinggalkan Jawapan