PASCA-PERHIMPUNAN BANTAH ICERD: PH MAHU MUSNAHKAN INTEGRITI TABUNG HAJI

Dalam soal tabungan kewangan, apatah lagi dalam hal menyempurnakan rukun Islam, umat Islam amat menjaga kesucian dan nilai halal pada wang simpanan mereka.

Antara institusi kewangan yang dipercayai oleh umat Islam di Malaysia sebagai paling bersih dan suci ialah Lembaga Tabung Haji (TH). Malahan dalam urusan menunaikan fardu Haji yang memerlukan perbelanjaan yang besar, umat Islam juga menaruh kepercayaan yang tinggi kepada urusan mengerjakan fardu Haji yang dikendalikan oleh TH.

A A A ABBB TABUNG HAJI2

Bagaimanakah rasanya apabila Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa secara spontan, seelok-elok pasca-Perhimpunan Bantah ICERD, mengumumkan bahawa hibah yang dikeluarkan oleh Tabung Haji kepada pencarum sejak 2014 telah melanggar Akta Lembaga Tabung Haji, yang menjadi punca TH mengalami defisit RM4.1 bilion.

Dengan kata-kata lain ia medorong pencarum untuk mempercayai bahawa hibah TH bagi tempoh 2014-2017 adalah haram.

Sekiranya itulah yang menjadi matlamat Mujahid dan konco-konco DAP dalam PH, maka jelaslah setelah gerakan memusnahkan UMNO, kini PH mengambil pula langkah drastik untuk memusnahkan institusi kewangan Islam.

Apakah selama ini TH mengeluarkan hibah secara wewenang tanpa melibatkan badan juruaudit bagi menentukan hibah dan kedudukan kewangan dalam akaunnya?

Perkara ini harus disedari oleh Mujahid dan konco-konco DAP, dan dia hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada badan pengauditan, Ernst & Young yang saban tahun mengaudit, memeriksa dan meluluskan hibah TH kepada pencarum dengan kadar yang relevan selari kedudukan kewangan TH.

Mujahid membangkitkan bahawa kenyataannya didasarkan kepada laporan juruaudit Pricewaterhouse Coopers (PwC) Malaysia.

Laporan audit yang dikeluarkan PwC mencatatkan bahawa nilai liabiliti TH ialah sebanyak RM74.4 bilion melebih nilai aset RM70.3 bilion adalah tidak tepat kerana ia tidak mengambil kira nilai realis (Net Realisable Value-NRV) aset keseluruhan.

Laporan yang disediakan PwC tidak mengambil kira laporan penuh syarikat firma pengauditan terdahulu iaitu Ernst & Young yang juga diluluskan oleh Ketua Audit Negara.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Bagi tahun 2015, nilai realis (NRV) aset adalah RM64.7 bilion, berbanding liabiliti termasuk bayaran hibah berjumlah RM63.3 bilion, yakni lebihan aset sebanyak RM1.4 bilion

Nilai aset realis pada 2016 ialah sebanyak RM69.1 bilion, agregat liabiliti selepas mengambil kira hibah 2016 ialah sebanyak RM68.4 bilion, maka ada lebihan aset ke atas liabiliti sebanyak RM701 juta.

Bagi tahun 2017, nilai aset realis adalah sebanyak RM74.7 bilion, berbanding agregat liabiliti termasuk bayaran hibah 2017 sebanyak RM74.4 bilion, maka ada lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM373 juta.

Mujahid juga tidak menyebut tentang nilai NRV bagi aset-aset tertentu TH yang lebih tinggi daripada nilai pasaran semasa.

Adakah Mujahid tidak mahu rakyat sedar bahawa TH sememangnya wajar mengisytiharkan hibah yang tinggi kepada pencarumnya?

Dengan itu jelaslah bahawa dakwaan Mujahid sekadar mahu mengisi tembolok kroni-kroni PH yang amat pelahap bagaikan itik yang baru keluar dari kandang kurungan pembangkang pada PRU14 lalu.

Timbul pula persoalan siapakah di belakang tabir juruaudit PwC itu? Mengapakah PwC yang dipilih sebagai ‘counter-audit’ kepada apa yang telah diperiksa oleh badan juruaudit antarabangsa Ernst & Young ke atas akaun TH selama ini?

Malah ada dakwaan yang mengatakan bahawa PwC Malaysia ada kaitan kepentingan dengan DAP.

Apa kaitan PwC dengan salah seorang individu yang bergiat aktif bersama HINDRAF iaitu Uthayakumar, abang kepada Waytha Moorthy?

Hasil pengauditan PwC pula cuba mewajarkan keputusan kerajaan untuk menjual aset TH bagi memulihkan kedudukan kewangan TH.

Jika aset dijual siapakah yang akan membelinya?

Malahan tindakan kerajaan ini seperti mahu menutup kelemahan pengurusan ekonominya sendiri apabila Bursa Saham Malaysia merudum ke tahap terendah dalam jangka masa 2 tahun kebelakangan ini.

Kalau benar kerajaan sedang mengalami kedudukan kewangan yang amat kritikal, kenapakah projek Kereta Nasional 3, tidak dilihat sebagai liabiliti kedudukan kewangan kerajaan PH?

Terkini media arus perdana menguar-uarkan pula bahawa TH akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara sedangkan Bank Negara berada di bawah Kementerian Kewangan dan seterusnya berada dalam genggaman Lim Guan Eng.

A A A ABBB TABUNG HAJI1

Apakah pula selepas ini dampaknya terhadap perasaan umat Islam yang mencarum dalam Tabung Haji?

Dengan itu rakyat lebih melihat lakonan opera Cina kerajaan PH yang tidak berkesudahan yang kini sampai ke episod TH.

Antara premis yang mahu diangkat di sini ialah:

  1. Tindakan Mujahid terhadap TH adalah tindak-balas dengki-khianat PH pasca-Perhimpunan Bantah ICERD terhadap kaum Muslimin
  2. Sebagai seorang yang beragama Islam, adakah Mujahid yang dengki terhadap TH yang menguruskan kerja-kerja Rukun Islam ke-5 atau sebenarnya di belakangnya  adalah konco-konco kafirun
  3. Dakwaan Mujahid hendaklah dibawa kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja supaya kebenaran yang hakiki dapat ditegakkan dan fitnah ditentang
  4. Serangan terhadap Tabung Haji adalah susulan kepada serangan terhadap UMNO bagi melampiaskan dengki-khianat Mahathir yang tiada kesudahan bagi menutup puluhan skandal kewangan yang lalu semasa dia berkuasa
  5. PwC digunakan sebagai alat yang dikawal oleh PH bagi memusnahkan TH
  6. Adakah Mujahid mahu mempersoalkan kewibawaan badan audit antarabangsa Ernst & Young serta Ketua Audit Negara?
  7. Meletakkan TH di bawah kawal selia Bank Negara pastinya akan menghambat keluar pencarum Muslim kerana Kementerian Kewangan berada di bawah Lim Guan Eng yang sudah jelas dilabelkan sebagai musuh Islam
  8. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dan dibutakan dengan fitnah dan penipuan kerajaan PH kerana sudah banyak pembohongan dan fitnah yang telah dibuat.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terkini media arus perdana menguar-uarkan pula bahawa TH akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara sedangkan Bank Negara berada di bawah Kementerian Kewangan dan seterusnya berada dalam genggaman Lim Guan Eng.

 

Apakah pula dampaknya terhadap perasaan umat Islam yang mencarum dalam Tabung Haji?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: