HENTIKAN PEMBINAAN KUIL HINDU DI TANAH MILIK ORANG

Apabila rumah ibadat, kuil atau tempat penyembahan didirikan atas tanah milik orang, tidakkah pihak terbabit terfikir bahawa ia menjadi premis haram?

Jika ia menjadi premis haram bagaimanakah fikiran puak ini terhadap penerima tuhan mereka ke atas ibadat mereka itu?

Kerajaan terdahulu amat memanjakan golongan ini, sehingga wewenangnya mereka membina kuil dan tempat penyembahan haram diatas tanah milik orang tanpa izin, kemudiannya menuntut supaya tanah tersebut diwartakan sebagai milik mereka.

Sekiranya gagal maka kerajaan akan menggantikan tanah lain. Keadaan ini telah menjadikan jumlah kuil haram banyak didirikan di serata tempat.

Pernah seorang sahabat menceritakan bahawa pada satu malam selepas solat maghrib dia memandu di Lebuh Raya Guthrie dari Shah Alam menuju ke Rawang. Di tengah perjalanan anak-anak mengadu lapar lalu menyusur keluar Lebuh Raya Guthrie menuju Sg Buluh.

Sampai di satu simpang tiga, dia membelok ke kanan untuk mencari restoran tepi jalan. Dia melihat ada lampu-lampu di sebuah bangunan yang disangkanya restoran lalu singgah. Tersentak apabila dia mendapati bahawa ia bukan restoran sebaliknya sebuah kuil Hindu.

Dia berpatah balik ke simpang tiga tadi, dan membelok ke kiri pula, dan lagi sekali dia terlihat lampu-lampu di sebuah bangunan yang sangkanya sebuah restoran. Lagi sekali dia terkejut bahawa bangunan itu juga adalah sebuah kuil Hindu.

Tidak hairanlah sekiranya Dr Ridhuan Tee mendakwa bahawa di negara ini, kuil Hindu lebih banyak daripada masjid.

Kata Dr Ridhuan. “Setelah dicampur-tolak, jumlah keseluruhan rumah ibadat, hanya ada 30,000 untuk orang Islam, hampir 500,000 rumah ibadat yang lain adalah rumah ibadat bukan-Islam. Kuil Hindu menjuarai bilangan dengan jumlah hampir 300,000 kecil dan besar, sedangkan penganut Hindu tidak sampai dua juta.”

A A A ABBBANTAH ICERD X X X

Setakat ini kuil Hindulah yang paling  mendominasi meskipun populasi orang India tidak sebanyak manapun, hanya tujuh peratus sahaja, bagi mewakili dua juta daripada keseluruhan 32 juta penduduk Malaysia. Itupun tidak semuanya orang India beragama Hindu.

Tambah Dr Ridhuan, “Tersangat sedih mendengar apabila satu kuil mahu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan, isu itu menjadi viral dan heboh satu dunia, seolah-olah Malaysia mendiskriminasikan penganut Hindu.’

Perkara yang amat menyakitkan hati ialah apabila tapak mendirikan kuil Hindu itu berada di kawasan orang Islam. Banyak kes yang kita lihat dan menjadi polemik dan konflik kaum misalnya kes di Seksyen 22, Shah Alam.

A A A ABBBANTAH ICERD 111

Penduduk Shah Alam marah apabila kuil Hindu akan dipindahkan ke kawasan mereka- Dipetik dari Blog MinaqJinggo

Rakyat juga masih ingat apabila 500 penduduk dari Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama, Bandar Sri Astana dan Bandar Perdana di Sg Petani Kedah, membantah pembinaan kuil di sebuah kawasan lapang yang menghubungkan ke semua bandar tersebut.

Dengan itu kerajaan PH janganlah terlalu bertolak-ansur terhadap gejala membina kuil merata-rata tanpa mempedulikan demografi sosial di persekitaran supaya ia tidak menyakitkan hari golongan majoriti. Ia boleh membawa kepada konflik kaum dan insiden berdarah sebagaimana berlaku di Kg Rawa Pulau Pinang pada 1988.

Dr Ridhuan menasihatkan agar “Pembinaan rumah ibadat terutamanya kuil Hindu perlu ada formula. Jika tidak kerajaan ‘Malaysia baharu’ akan menjadi haru-biru seperti kes Kuil Mariamman Seafield. Pembinaan kuil hendaklah mengikut keperluan, bukan pakai pacak sesuka hati.”

Image result for mufti perlis marah
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula telah menyatakan pandangan beliau supaya kerajaan PH lebih tegas terhadap golongan yang wewenangnya mendirikan kuil di tanah milik orang.

Satu tindakan dan peraturan yang tegas hendaklah dibuat ke atas rumah-rumah ibadat yang dibina tanpa peraturan. Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan.

Peliknya, apabila diminta berpindah, mereka menuntut pula pampasan dan tanah baru. Mudahnya mendapat tanah pampasan kerajaan. Ia boleh dilihat sebagai satu penipuan golongan oportunis agama ini.

Itupun ada yang mendakwa kononnya tertindas dan dipaksa bertukar agama sebagaimana fitnah yang dilemparkan oleh Pengerusi HINDRAF, Waytha Moorthy. Nama sahaja pemimpin pertubuhan agama Hindu tetapi perangai seperti tidak beragama.

Kadang-kala tempat yang dibina rumah ibadat itu pula memang mengganggu kemudahan awam seperti yang kita lihat di pintu masuk Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pihak berkuasa pula hanya berdiam diri dan terlalu memberi muka.

Jika kerajaan yang lepas terlalu menjaga perasaan pengundi Hindu lalu dibiarkan wujudnya begitu banyak rumah ibadat yang dirikan secara haram, maka PH hendaklah menegaskan dan menegakkan peraturan dalam bernegara.

Apatah lagi sebagaimana yang ditegaskan Dr Ridhuan Tee, jumlah rumah ibadat haram itu tidak seimbang dengan taburan demografi kaum dan penganutnya.

Sebelum berlaku huru-hara dan perbalahan kaum akibat rumah ibadat, eloklah kerajaan hari ini membetulkan kesalahan lepas dengan menegakkan undang-undang yang sepatutnya.

Jika tidak negara ini akan dilihat sebagai negara yang mengamalkan hukum rimba tanpa tamadun. Negara ini bukan India!

*****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: