MAHATHIR MALU HADIRI ACARA SUHAKAM

A A A ABBBANTAH ICERD 3XTiga hari (pada 5 Dis) sebelum ‘Perhimpunan Rakyat Membantah ICERD’, media telah menghebohkan bahawa Mahathir akan menghadiri dan melancarkan perakakan “Hari Hak Asasi Manusia” di Petaling Jaya pada hari dan waktu yang bertindih dengan Perhimpunan Rakyat Membantah ICERD.

Hairan juga kerana selama ini SUHAKAM tidak pernah menyambut acara itu di luar dewan melalui perarakan, dan lebih menghairankan lagi selama ini Mahathir mendukung pendirian teguh menentang prinsip laungan SUHAKAM berkenaan hak asasi manusia.

Perarakan SUHAKAM itu akan diadakan hanya 10 km sahaja daripada perarakan Perhimpunan Rakyat Membantah ICERD yang akan berpusat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kemudiannya dalam keadaan yang dilihat kelam kabut, sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguhkan kepada hari Ahad 9 Dis 2018 sebagaimana diputuskan oleh Pengerusi SUHAKAM TS Razali Ismail. Kenyataan media juga masih mengesahkan bahawa Mahathir akan menghadiri sambutan tersebut.

Mengejutkan pula, pada hari yang sama 7 Dis media melaporkan pula bahawa Mahathir tidak akan menghadiri Perarakan SUHAKAM itu atas alasan ‘perbezaan pendirian antara kerajaan dan SUHAKAM berhubung ICERD.’

Kata Mahathir “Saya sudah putuskan kerajaan tidak akan menerima (meratifikasi) ICERD. SUHAKAM pula mahu ICERD diterima, jadi macam mana saya mahu pergi.”

A A A ABBBANTAH ICERD 1X4

Keputusan Mahathir untuk tidak menghadiri acara SUHAKAM itu telah dikritik keras oleh Ambiga, rakan sekongkol yang tegar sebagai penasihat PH sejak sebelum Mahathir bersama mereka lagi.

Ambiga mengkritik tindakan Mahathir untuk tidak menghadiri acara SUHAKAM sebagai ‘Not Right’ atau lebih jelasnya ‘Salah’.

Malahan, rakyat tidak dapat menerima kenyataan Mahathir bahawa kerajaan mempunyai perbezaan pandangan dengan SUHAKAM kerana dialah yang mencanangkan pada UNGA (United Nation General Assembly) bahawa Malaysia akan meratifikasikan ICERD.

Hanya setelah mendapat maklumat daripada informan kerajaan PH, bahawa Perhimpunan Rakyat Membantah ICERD akan membangkitkan gelombang penentangan sejuta rakyat terhadap kerajaan PH yang dilihat lebih dikuasai oleh DAP yang memusuhi Melayu dan Islam, maka baharulah Mahathir membuat kenyataan yang aneh berbeza daripada pendirian asalnya di UNGA.

Isu Waytha Moorthy dan Kasthuriraani Patto hanyalah merupakan satu ‘lame excuses’ atau ‘alasan tempang’ yang digunakan media untuk melindungi Mahathir. Minda rakyat dipesongkan daripada melihat Mahathirlah katalis utama dalam isu membantah ICERD ini.

Hari ini 8 Dis, ‘Hari Hak Asasi Manusia’ itu telah berlangsung dengan dihadiri oleh hanya sekelumit penyokong sahaja yang tidak sebenar-benarnya mewakili suara dan sanubari rakyat. Ia berbeza dengan perarakan Bantah ICERD yang melibatkan lebih sejuta  peserta malah laporan PDRM terkini menyatakan 1.97 juta rakyat membanjiri ibu kota semalam.

Beberapa premis yang boleh digolongankan daripada isu ini.

  1. Mahathir malu hendak menghadiri sambutan dan perarakan ‘Hari Hak Asasi Manusia’ kerana dia pastinya dihentam dan disindir kerana jumlah mungil hadirin pada sambutan itu berbanding dengan hampir dua juta hadirin ‘Perhimpunan Rakyat Membantah ICERD.’
  2. Mahathir cuba menyembunyikan agenda kerajaan PH yang tunduk kepada kehendak DAP untuk meratifikasikan ICERD, kerana setakat ini tiada langsung keputusan yang dibuat oleh parlimen, kecuali kenyataan DS Anwar Ibrahim bahawa “ratifikasi ICERD ditangguhkan” dan bukannya ditolak.
  3. Mahathir berkonflik dengan konco tegarnya kerana Ambiga telah mengeluarkan kritikan bahawa Mahathir ‘Salah’ kerana tidak mahu menghadiri acara SUHAKAM.
  4. Mahathir tidak bersama rakyat menghadiri perhimpunan mega yang paling bersejarah pada 8 Dis bagi membantah ICERD kerana dia sedar antara intipati perhimpunan itu adalah manifestasi gelombang jiwa raga rakyat menentang pemerintahan zalimnya dan urus tadbir kerajaan PH yang didominasi DAP dan dipersepsikan sebagai anti-Melayu-Islam-Raja-Raja serta lewah dengan penipuan dan fitnah.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: