TS RAIS YATIM – MASZLEE ROSAKKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Adakah relevan bagi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk terus melulu menggulungkan isu 1MDB sebagai jenayah ‘menyamun’ sedangkan ia masih dalam perbicaraan mahkamah?

Tidakkah ia juga menjadi subjudis kepada proceeding mahkamah?

Lebih mengucar-kacirkan keadaan, Maszlee telah mengeluarkan kenyataan untuk memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam silabus mata pelajaran Sejarah.

Katakanlah setelah tamat perbicaraan skandal 1MDB yang akan memakan masa dua atau tiga tahun lagi, dengan takdirnya didapati bahawa segala tohmahan terhadap 1MDB hanyalah merupakan satu konspirasi.

Mahukah Maszlee memasukkan dalam silabus pelajaran Sejarah itu nanti bahawa ‘Menteri Pendidikan telah berbohong tentang skandal 1MDB?’

Malah hari ini, kedudukan Jho Low sebagai pihak terbabit dalam skandal 1MDB pun dilihat sebagai satu perencanaan pihak tertentu untuk mengelabui mata rakyat.

Wang RM2.6 bilion yang didermakan oleh Arab Saudi untuk kerajaan terdahulu bagi hal PRU14, tetapi didakwa sebagai wang skandal 1MDB, juga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir telah mengaku dalam satu rakaman video bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada Arab Saudi.

Namun media heboh mengatakan Adel membuat kenyataan berbeza ketika lawatannya ke Malaysia baru-baru ini, sedangkan tiada bukti rakaman video tentang kenyataan Adel yang menolak kenyataan sebelumnya bahawa RM2.6 bilion itu didermakan oleh Arab Saudi.

Kemudian keluar pula kenyataan Adel bahawa dia tidak ditanya tentang soal derma RM2.6 ketika membuat lawatan rasmi ke Malaysia.

Jelas isu RM2.6 bilion hanyalah merupakan satu pembingkaian media (media framing) untuk menuduh bahawa RM2.6 bilion adalah wang samun 1MDB, sebaliknya ia sebenar-benarnya adalah derma daripada Arab Saudi.

Ketua PPBM Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menzahirkan kebimbangan terhadap tingkah-laku Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

Belum habis lagi isu kasut dan stokin, timbul pula isu silabus Sejarah.  Perlukah minda pelajar sekolah diperkotak-katikkan dengan politik dangkal, sedangkan parti pemerintah boleh sahaja bertukar ganti?

A A A ABBPPBM 1
Ketua PPBM Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim

Rais menegaskan bahawa adalah sia-sia sekiranya Maszlee dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan.

Alangkah baiknya jika Maszlee turut memasukkan puluhan skandal Perdana Menteri sedia ada dalam silabus pelajaran Sejarah supaya rakyat juga tahu apa yang telah berlaku dalam sejarah Malaysia sehingga meletusnya gerakan Reformasi.    A A A ABBBANTAH ICERD karpal singh

Silabus Sejarah pastinya menjadi amat menarik apabila kebanyakan pemimpin tertinggi PH hari ini seperti Anwar Ibrahim, mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang, Wan Azizah, Mat Sabu, dan Lim Guan Eng pernah berjanji untuk mengheret Mahathir ke mahkamah jika PH berkuasa.

Boleh juga silabus sejarah menyelitkan bahawa pemimpin kerajaan hari ini lewah dengan tokoh-tokoh hipokrit.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: