PERHIMPUNAN UMMAH ANTI-ICERD 812 MENDAPAT LIPUTAN DUNIA

Rakyat sudah menunjukkan solidariti yang amat signifikan untuk bangkit menentang pihak yang mencabar hak Melayu-Pribumi. Lihat sahaja perhimpunan yang sama di negeri-negeri yang telah mendapat perhatian ratusan ribu rakyat jelata.

A A A ABBBANTAH ICERD 1
Perhimpunan Ummah Bantah ICERD di Pasir Salak

Malah lebih sejuta dijangkakan hadir dalam perhimpunan “ANTI-ICERD 812″ di Kuala Lumpur, atau mungkin dengan tema lain seperti “Terima Kasih PH Kerana Menolak ICERD”.

Perhimpunan ini mesti dilaksanakan meskipun hujan ribut dan petir melanda. Rakyat harus tunjukkan pada dunia bahawa mereka menentang pencabulan kedudukan agama Islam, hak Raja-Raja Melayu serta hak Melayu-Pribumi sendiri. Cukuplah penghinaan yang ditaburkan kepada kaum Melayu-pribumi, agama mereka dan Raja-Raja Melayu selama ini.

A A A ABBBANTAH ICERD 2
Dipetik dari The Malaysian Insight

Walau bagaimanapun usaha Mahathir untuk mengadakan perhimpunan ‘Hak Asasi Manusia’ di PJ pada tarikh dan waktu yang hampir bertindan, dilihat sebagai satu usaha untuk mengganggu, menggugat dan menghalang “Perhimpunan 812 ANTI- ICERD.”

Mahathir dikatakan memaksa penjawat awam untuk hadir dalam perhimpunan yang hakikatnya bercanggah dengan prinsip menentang ICERD yang boleh menjadi racun kepada Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi ‘kontrak sosial’ antara kaum.

Konsep dan prinsip ‘Hak Asasi Manusia’ pada sesetengah elemennya amat bertentangan dengan Islam dan kedudukan Melayu-Pribumi.

Ia mendukung prinsip yang hampir sama dengan ICERD; sama rata dalam semua segi, sedangkan sama rata itu tidak menegakkan keadilan.

ICERD mengiktiraf sama rata dan dengan itu ICERD menolak perbezaan. Keadilan menerima perbezaan. Lantas prinsip  “hak asasi manusia” sekalipun, sekiranya masih mengangkat falsafah sama rata maka ia adalah bersekongkol dengan ICERD.

Malahan perjuangan hak asasi manusia itu adalah perjuangan persekongkolan dengan falsafah perjuangan ‘Malaysian Malaysia DAP’.

Rakyat seharusnya sedar dan bangun menentang ICERD, untuk bersama-sama dengan “Perhimpunan 812 ANTI- ICERD” dan mengetepikan perhimpunan alternatif hak asasi manusia yang mahu menegakkan konsep sama rata sebagaimana yang digesa oleh Mahathir.

Malahan Mahathirlah punca segala masalah yang timbul kerana dialah yang telah mencanangkan di PBB bahawa Malaysia akan meratifikasikan ICERD. Tindakan itu mencabuli hak Melayu-Pribumi, agama Islam dan mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu.

Umat Melayu seharusnya sedar bahawa ICERD akan membawa gejala buruk kepada masa depan negara dan menodai serta mengancam kontrak sosial yang termaktub dalam perlembagaan.

Sekiranya Indonesia boleh mengumpulkan 6 juta rakyatnya pada “Perhimpunan Reuni 212 Jakarta”, mengapa kita tidak boleh mengumpulkan 1 juta dalam “Perhimpunan 812 Kuala Lumpur.”

Lebih 25 media asing akan bersama untuk menjadi saksi kepada perhimpunan “ANTI-ICERD 812” atau boleh sahaja berdiri atas falsafah “LAWAN ICERD- IA RACUN PERLEMBAGAAN”.

Antara media asing yang dijangkakan membuat liputan Perhimpunan 812 ANTI-ICERD itu ialah: Al Jazeera, KyodoNews, New York Times, Tass Russia, Cambodian Times, AFP, Sydney Morning Herald, Manila Chronicles, Star UK, Yonhap Korea, UPI, Singapore Straits Times, KUNA Kuwait dan banyak lagi.

Marilah kita buktikan kepada dunia dan kepada cauvinis Cina dan India, bahawa kaum Melayu-Pribumi tidak gentar demi mempertahankan hak hakiki mereka dan akan sentiasa bersatu demi agama, bangsa, negara dan Raja-Raja Melayu.

****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: