ISU TABUNG HAJI- APA MOTIF MEDIA SINGAPURA?

Tabung Haji sudahpun melalui proses pengauditan dan telah dibincangkan di parlimen pada 3 Disember.

Tidak ada masalah penyelewengan yang terbangkit daripada proses pengauditan itu, kecuali teguran daripada Ketua Audit tentang penetapan polisi ‘rosot’.

Walau bagaimanapun rakyat mesti dimaklumkan bahawa Tabung Haji (TH) tidak sesekali melabur dengan mana-mana badan perniagaan, atau kaedah-kaedah perniagaan, atau apa jua aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Rakyat juga mesti dimaklumkan bahawa aset TH telah meningkat dari RM20.3 bilion pada 2008 kepada RM73 bilion pada hari ini.

Banyaklah sumbangan TH melalui keuntungan dan kekayaannya yang telah disalurkan atas nama Zakat TH kepada Yayasan Tabung Haji untuk diberikan kepada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

Namun beberapa hari kebelakangan ini sudah timbul pelbagai serangan terhadap pengurusan TH, malah cuba menindan-tindih dengan Yayasan Tabung Haji.

Pihak pemfitnah ini tidak tahu apa bezanya TH dan Yayasan Tabung Haji.

Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kelihatan melulu dan mendadak semata-mata mahu melihat TH musnah, terutamanya setelah Datuk Azeez Abdul Rahim dituduh oleh SPRM atas penyelewengan kewangan TH.

Yayasan Tabung Haji telah menyumbangkan RM22 juta kepada 100,000 golongan asnaf melalui tiga program bersama yang diadakan iaitu Ziarah Kasih, Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan, tahun lalu.

Lalu timbul pula UMNO telah mencuri RM22 juta daripada TH, sedangkan UMNO sendiri telah menyumbang sejumlah RM8 juta kepada Yayasan Tabung Haji bagi membantu golongan asnaf umat Islam.

A A A ABBBTABUNG HAJI 1

Dividen TH kepada umat Islam yang menyimpan juga meningkat tinggi, kerana keuntungan TH yang tinggi, malah antara yang tertinggi sejak tahun 2000.

Malahan kerajaan Arab Saudi seringkali memuji pengurusan TH dalam pengendalian jemaah haji yang merupakan pengurusan terbaik berbanding dengan semua negara Islam yang lain.

Adakah semua ini menjadi faktor khianat dan dengki bagi pihak yang tidak senang melihat kejayaan pengurusan ekonomi Islam?

Adakah pihak yang menuduh ini dengki dan khianat kerana TH tidak mengendalikan urusan dengan aktiviti haram, dan apa jua yang terkeluar daripada syariah Islam?

Inilah antara modus operandi pihak yang menuduh melulu, tanpa bukti, dan kemudiannya baru hendak menyiasat. Dengan itu terbangkitlah pelbagai isu untuk mewajarkan tuduhan termasuk cereka yang tidak logik.

A A A ABBBTABUNG HAJI 2

Amat menghairankan pula apabila pada Ahad 2 Disember khalayak media melihat laporan media Singapura yang mendedahkan bahawa terdapat maklumat orang dalam TH bahawa TH kekurangan RM4 bilion.

Soal ‘orang dalam TH’ yang tidak mahu namanya disiarkan adalah satu hal, namun kenapa pula media Singapura?

Adakah PAP Singapura cuba menyatakan pendekatan persekongkolannya dengan DAP?

Kenapa ‘orang dalam TH’ yang semestinya beragama Islam, tidak menggunakan saluran dalaman TH dan SOP TH untuk mendapatkan maklumat sahih tentang RM4 bilion itu, atau semua ini hanya satu lagi drama dalam puluhan opera PH untuk menjatuhkan UMNO?

Sekiranya ‘orang dalam’ tersebut merupakan kaum Muslim, pastinya dia tidak mendakwa bahawa RM4 bilion itu disalurkan sebagai dividen tinggi kepada pencarum, jauh lebih tinggi semasa Mahathir berkuasa sebagai PM ke-4 dahulu.

Adakah membayar dividen yang tinggi kepada pencarum TH mengikut lunas-lunas ekonomi Islam sebagai sesuatu yang zalim?

Dengan kedudukan kewangan kerajaan PH dan prestasi ekonomi negara yang merudum sekarang, maka kerajaan PH mahu TH mengeluarkan dividen yang jauh lebih rendah kepada pencarum? Jadi siapakah yang zalim?

Adakah laporan media Singapura ini cuba membenarkan tuduhan Muhamad Razali Abdul Rahman, bekas Pengarah Strategi DAP, bahawa DAP telah menerima tajaan RM1.2 bilion daripada Zionis untuk aktiviti menghancurkan agama Islam yang disalurkan melalui Singapura?

Khalayak dan umat Islam harus berhati-hati dengan cereka yang penuh fitnah itu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: