BARISAN BARU MAJLIS PEGUAM AKAN MENENTANG ICERD

Keputusan Pemilihan Majlis Peguam telah menunjukkan satu perubahan besar berbanding pemilihan sebelum-sebelumnya.

Perubahan ini penting kerana dalam isu tertentu Majlis Peguam seakan-akan membawa suara yang amat berpengaruh.

Adakah Majlis Peguam, sedang diasak gelombang baru apabila tanpa jangkaan barisan baru kini dikuasai golongan yang dilabelkan sebagai konservatif atau golongan yang amat tegar mempertahankan Perlembagaan Persekutuan?

Walau apapun situasi yang mahu dilukiskan pada perubahan besar dalam pemilihan 2 Disember itu, golongan yang mempertahan Perlembagaan Persekutuan telah menguasai Majlis Peguam.

Persoalan asas yang terbangkit ialah adakah golongan liberal dalam Majlis Peguam kian cair?

Atau adakah persoalan kebangkitan golongan konservatif tidak timbul sama sekali, sebaliknya ialah gelombang perubahan yang digerakkan oleh sfera sosio-politik negara yang diwarnai kegenjotan kerajaan ‘Malaysia Baru’ dan penderitaan rakyat?

Pada pemilihan kali ini, 5,512 ahli telah keluar mengundi daripada 19,001 ataupun 29% daripada keseluruhan jumlah ahli berbanding 18.2% pada tahun lalu.

Meskipun jumlah keluar mengundi masih kecil namun ia meningkat 61% berbanding tahun lalu. Malahan ia menggambarkan peningkatan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kerjaya guaman amat ketat masa lapangnya.

Namun adakah peningkatan keluar mengundi itu, didorong oleh senario sosio-politik semasa?

Misalnya, telah heboh dalam media massa watak antagonis (bagi konservatif) atau mungkin protagonis bagi golongan liberalisme dalam Majlis Peguam, iaitu Siti Zabedah Kassim @ Siti Kassim telah tersingkir dalam pemilihan.

Siti Kassim tersingkir bukan kerana jumlah undi sokongan merosot, sebaliknya telah meningkat dari dari 1,450 tahun lalu kepada 1,748 (naik 298). Namun kerana jumlah keluar mengundi juga telah meningkat, beliau tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk meletakkan dirinya dalam senarai 12 terpilih.

A A A ABURUH CINA 1234 waytha moorty1111222

Sebaliknya golongan yang memperjuangkan gerakan bantah ICERD seperti Lukman Sheriff Alias, Yusfarizal Yusof dan Muhammad Rafique Rashid Ali adalah antara yang terpilih. Peguam terkenal, Datok Sulaiman Abdullah adalah calon kedua tertinggi dalam senarai dua belas calon itu, di bawah Hendon Mohamed.

Sejumlah 58% adalah terdiri daripada kaum Melayu, 33% Cina dan 8% India.

Walau bagaimanapun menurut Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, barisan yang terpilih itu adalah barisan yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Zainal yakin perkembangan ini digerakkan oleh kesedaran masyarakat awam tentang pentingnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

A A A ABURUH CINA 1234 waytha moorty11112223333

Nampaknya golongan majoriti yang dulunya senyap kini seakan-akan terdorong dalam gelombang yang boleh dijelaskan oleh teori ‘spiral of silence’ (putaran kesenyapan).

Teori ini menjelaskan bahawa, jika sebelumnya golongan majoriti senyap itu mendiamkan diri kerana bimbang suara mereka menongkah arus, namun dalam putaran sosio-politik persekitaran, mereka bangun kerana telah kelihatan wujud sokongan atau peralihan yang menyokong suara mereka yang dahulunya disembunyikan.

Senario atau sfera sosio-politik Malaysia telah berubah. Sebelum PRU14, beberapa persepsi positif ekonomi dan pentadbiran PH diangkat menjulang ke langit, namun setelah enam bulan PH memerintah, segala pekung busuk mula terdedah.

Pembohongan, fitnah, penipuan dan kezaliman dalam kerajaan PH mungkin menjadi faktor perubahan gelombang Majlis Peguam yang pada hakikatnya amat mementingkan kebenaran dan keadilan.

Teori ‘spiral of silence’ jika terpakai kepada Majlis Peguam, pastinya ia juga amat lewah terpakai kepada rakyat jelata khususnya golongan dan kaum majoriti iaitu Melayu-pribumi.

Dengan gelombang yang diasak pula dengan pelbagai penderitaan rakyat yang membenam fitnah, pembohongan dan kezaliman kerajaan PH serta kegenjotan menteri-menteri kabinet Mahathir, malah Mahathir sendiri dilihat sebagai kaldai DAP, pastinya perhimpunan 812 menjadi satu lagi faktor kebangkitan kepada ‘silence majority’ itu.

Senario ini membenarkan teori ‘spiral of silence’. InsyaAllah, doa kaum yang dizalimi amat makbul.

*****

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: