WAYTHA MOORTHY HIPOKRIT BILA MARAH PEMIMPIN PARTI HINDU INDIA

Khalayak media dapat melihat hipokrasi Waytha Moorthy apabila dia membidas tuduhan liar dan fitnah pemimpin Parti Rakyat Hindu, India, yang dilemparkan ke atas insiden rusuhan kuil Mariamman Subang Jaya pada 26 Nov tempoh hari.

A A A ABURUH CINA 1234 waytha moorty 3

Seorang pemimpin Parti Rakyat Hindu (Hindu People’s Party), Arjun Sampath yang mengepalai gerakan ekstremis Hindu berpangkalan di India melemparkan tuduhan melulu bahawa wanita dan kanak-kanak telah disembelih dan dibunuh secara kejam (oleh perusuh Islam) dalam insiden kuil Seafield itu.

Arjun juga membesarkan fitnah dengan kenyataan bahawa seluruh kuil bergelimpangan dengan mayat wanita dan kanak-kanak akibat tindakan kejam golongan perusuh.

Antara kenyataan Arjun yang telah dicatatkan dalam sepucuk surat kepada Konsulat Malaysia di Chennai, Tamil Nadu adalah, “dalam tindakan ganas itu, leher dan tengkuk wanita dan kanak-kanak telah disembelih dan dipotong sehingga putus.”

Tidak lain dan tidak bukan tuduhan itu ditujukan kepada tindakan ganas kaum pelampau Muslim Malaysia.

Dalam fitnah yang melampau itu Arjun juga telah menularkan tuduhannya dalam Twitter dengan melabelkan perusuh kuil Seafield, antaranya sebagai ‘pengganas Muslim’ (Muslim fascists), ‘golongan dahagakan darah’, ‘makhluk kejam’, ‘kaum babarian( kejam dan ganas)’ dan ‘cauvinis Islam yang jumud’.

(His statement in English, which was posted on his Twitter page, is also littered with the use of strong expressions such as “Islamist fascists”, “bloodthirsty”, “savaged xenophobes”, “barbarities” and “illiberal Islamist chauvinists”, among others.)

Waytha dengan kalutnya melatah dan membidas kenyataan politikus Hindu India itu kerana dakwaan yang tidak berasas ke atas insiden rusuhan di kuil Seafield tempoh hari. Waytha mentafsirkan tuduhan itu sebagai ‘fitnah yang melampau’ yang tidak berasaskan bukti.

Waytha juga membangkitkan perasaan lucu yang amat sangat apabila dia berkata bahawa tuduhan tersebut yang dibuat oleh seorang politikus Hindu adalah seluruhnya tidak benar dan mencabuli hubungan diplomatik dengan sebuah negara yang berdaulat yang tidak boleh dipandang ringan.

Pandai pula Waytha menasihatkan ahli masyarakat supaya tidak melayani tuduhan dan fitnah Arjun dari Parti Rakyat Hindu itu.

Rakyat melihat bahawa tindakan Waytha mengkritik Arjun itu sebagai hipokrit dan melucukan kerana tuduhannya yang dilemparkan ke atas kerajaan Malaysa semasa beliau berada di Hague, Belanda, juga lewah dengan fitnah.

Waytha yang hidup di Malaysia dan tahu keadaan sebenar di Malaysia telah melemparkan fitnah antaranya:

  • Berlaku penindasan yang ketara ke atas kaum Hindu
  • 10,000 kuil Hindu telah dimusnahkan
  • 23,000 kuil lagi dalam risiko untuk dirobohkan
  • kerajaan Malaysia dengan sengaja tidak mengeluarkan surat hak milik tanah kuil Hindu
  • orang Hindu dipaksa memeluk agama Islam untuk diterima bekerja dengan kerajaan,
  • orang Hindu dipaksa memeluk agama Islam untuk mendapatkan biasiswa,
  • kaum Hindu yang cemerlang dalam pelajaran tidak diberikan biasiswa
  • 90% tempat di universiti adalah untuk kaum Muslim
  • Bajet negara diutamakan kepada kaum Melayu dan untuk mengangkat kaum Melayu semata-mata

A A A ABURUH CINA 1234 waytha moorty

Arjun, pemimpin Parti Rakyat Hindu membuat fitnah tanpa bukti dan dia tidak berada di Malaysia. Sebaliknya Waytha membuat fitnah meskipun dia rakyat Malaysia dan tahu apa sebenarnya berlaku di Malaysia. Waytha adalah generasi ke-4 kaum India yang dibawa masuk oleh British sebelum Merdeka.

Kedua-duanya Arjun dan Waytha adalah pemimpin parti Hindu.

Adakah sememangnya dan secara semula jadi pemimpin Hindu bersikap sedemikian jijik dan meloyakan?

Amat melucukan sekiranya Waytha pemimpin Hindu di Malaysia yang sama DNA dengan pemimpin parti Hindu di India itu, cuba menasihati rakan seagamanya untuk tidak memfitnah sedangkan dia sendiri telah memfitnah Malaysia sehingga wujud gesaan rakyat supaya dia meletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: