VIDEO MAT SABU DAN AZMIN ALI MALUKAN MAHATHIR DI ATAS PENTAS

Video yang dimuat naik dari YouTube

Tun Mahathir telah dimalukan di atas pentas oleh dua konco politiknya tidak berapa lama dahulu.

Dalam satu acara politik parti PH yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi, ucapan Mat Sabu telah mengungkit tindakan regim Mahathir yang dua kali memenjarakannya di bawah ISA.

Dalam nada sinis Mat Sabut mengatakan bahawa dia ‘nervous’ atau gementar untuk bercakap di hadapan seorang pemimpin zalim yang pernah diangkat menjadi  Perdana Menteri selama 22 tahun.

Namun apabila Mat Sabu mengaitkan Mahathir dengan pemerintahan regim selama 22 tahun itu, dia seperti membangkitkan kezaliman Mahathir terhadap rakyat dan juga musuh-musuh politiknya.

Adakah Mat Sabu cuba mengatakan bahawa masalah regim Mahathir bukanlah UMNO, sebaliknya ialah diri Mahathir itu sendiri?

Pendedahan Mat Sabu itu mendapat reaksi pantas para hadirin dengan jerit-pekik dan gelak ketawa, seakan-akan mereka sama-sama meluahkan rasa benci terhadap kezaliman Mahathir ketika dia berkuasa selama 22 tahun dahulu.

Ucapan Mat Sabu itu diikuti pula oleh ucapan DS Azmin Ali, yang merupakan Menteri Besar Selangor ketika itu.

Azmin juga mengungkit bagaimana Lim Kit Siang telah dua kali dipenjarakan oleh regim Mahathir.

Di samping itu Azmin juga membangkitkan tindakan Mahathir memenjarakan Datok Mahfuz Omar.

Azmin mengingatkan hadirin bahawa mereka dan rakyat jelata telah melalui zaman kezaliman Mahathir ‘the trials and tribulation’ (penderitaan dan kezaliman) dari sistem pemerintahan zalim dan tidak adil (oppressive) Mahathir.

Azmin menegaskan bahawa dia sendiri pernah “ditangkap, dipenjara, dan dipukul pada 16 September 1998.”

“Sebelum DS Anwar ditangkap pada 20 September, ‘ini’ (menunjuk pada dirinya) yang ditangkap dahulu. Tak pernah masuk lokap, masuk lokap, tak pernah kena gari, kena gari, dipijak oleh 6 pegawai polis, dipukul, dihina, diaibkan. Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Muhammad.”

Lagi sekali hadirin menjerit melolong dengan gelak ketawa seakan-akan menjijikkan pemimpin zalim yang turut berada di atas pentas ketika itu.

Jelaslah kebencian mereka dan rakyat bukanlah kepada UMNO tetapi sebaliknya kebencian yang amat tinggi kepada Mahathir sendiri. Kini mereka selamat kerana manusia zalim itu sudah berada dalam kandang mereka.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: