NYIRU KUIL SEAFIELD UNTUK MENUTUP BANGKAI GAJAH

Masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru. Demikianlah yang diperhatikan oleh masyarakat celik media terhadap insiden berdarah kuil Hindu Seafield yang terbangkit bersamanya beberapa persoalan misteri berbaur politik untuk kepentingan pihak tertentu.

Antara persoalan yang terbangkit dan menjadi perbualan hangat masyarakat baik Muslim mahupun Hindu adalah seperti berikut.

1.  Perintah Mahkamah Yang Tiada Keluhuran

Mahkamah telah memerintahkan sejak 2014 lagi, supaya kuil tersebut dipindahkan ke tapak baru yang tidaklah sebegitu jauh dari tapak asal. Malahan wang ganti rugi RM1.5 juta bagi urusan perpindahan itu telah pun dibayar. Mengapakah arahan mahkamah tidak dipatuhi. Tidak seperti surau dan masjid bagi umat Muslim yang mudah sahaja menurut arahan mahkamah dan menghormati keluhuran undang-undang. Degil, keras kepala, angkuh dan penuh keegoan menjadi tanggapan umum terhadap golongan yang tidak mematuhi perintah mahkamah itu. Dengan itu juga pihak kuil meraih keuntungan, tanah baru dapat, wang ganti rugi dapat tapak lama kuil pun dapat, dengan sikap tunduk dan patuh kerajaan negeri terhadap kuil tersebut.

 

2.  Kuil Haram

Kuil tersebut telah dibina di atas tanah milik orang, tidak kiranya bila pun sejarahnya, lantas kuil tersebut adalah kuil haram. Kes sedemikian banyak berlaku tetapi tidak diambil peduli oleh masyakarat India tertentu. Lagi sekali ia menunjukkan keangkuhan, ego, sombong dan bongkak meskipun dalam hal mengendalikan soal rumah ibadat. Kami suka memetik kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad, bahawa selepas ini mana-mana kuil tidak lagi boleh dibina atas tanah milik orang. Ia satu kesalahan yang besar. Cuma masyarakat rasa amat kecewa kerana setelah berlaku insiden keganasan sedemikian kerajaan negeri masih tunduk pada kehendak pihak yang tidak tahu menghormati undang-undang itu.

 

3.  Siapakah Yang Ganas, Samseng Yang Menceroboh Atau Samseng Yang Melindungi Kuil?

Daripada video yang terpampang dalam talian, masyarakat juga tertanya-tanya siapakah yang samseng dan ganas, mencedera-parahkan ahli Bomba dan melawan anggota polis, memukul orang awam yang lalu-lalang, memecah dan memusnahkan harta benda milik pemaju One City, membakar 23 kenderaan awam yang mungkin tiada kaitan dengan pencerobohan, menyekat lalu-lintas dengan melintangkan sebuah lori panjang, memukul dan mencederakan seorang tukang masak D’Warung hanya kerana dia Melayu dan banyak lagi gambaran keganasan pihak  samseng India yang kononnya mempertahankan kuil. Siapakah yang ganas di sini? Malah ada pula usaha sang sami untuk membela keganasan samseng tersebut yang telah mencedarakan anggota Bomba sehingga hampir mati.

4.  Lakonan Untuk Menyalahkan Pihak Melayu

Bodoh sangatkah pihak samseng yang menceroboh kuil sehingga membawa sijil silat, kad pengenalan dan sebagainya dan menaburkan dokumen-dokumen tersebut di persekitaran kuil setelah melakukan pencerobohan?Kalau ada pihak, terutamanya pihak kuil yang mahu membutakan mata masyarakat, janganlah menggunakan modus operandi sedemikian. Polis tidak bodoh. Samseng pun tidak bodoh. Rakyat pula ada akal. Pihak kuil tak perlulah nak jerit-jeritkan nama Pekida, Kucing Merah, Islam, Pertubuhan Silat dan apa jua yang mengaitkan insiden dengan orang Islam. Keganasan kaum Hindu juga sudah terkenal di seluruh dunia. Dunia tidak lupa tentang pembunuhan Indira Ghandhi, Rajiv Ghandi dan lain-lain lagi keganasan, lebih-lebih lagi kumpulan Tamil Eelam dari Sri Lanka. Tempoh hari sudah ada ahli kumpulan ini yang ditahan daripada aktivis Hindraf.

5.  Betulkah Peguam Telah Mengupah Samseng?

Satu lagi persoalan yang terbangkit, adakah benar pihak peguam pemaju One City menggunakan samseng untuk menghambat keluar pengurusan kuil daripada tapak itu? Setahu umum peguam akan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk menegakkan kebenaran, bukannya menggunakan samseng. Sekiranya benar, maka negara ini, sejak diperintah oleh kerajaan PH, telah gagal, dan mempercambahkan keganasan, sebagaimana keganasan yang disemai oleh golongan reformis dari gerakan Reformasi yang menentang Mahathir suatu ketika dahulu.

6.  Pergolakan dan Perbalahan Urusan Dalaman Kuil

Kami difahamkan daripada Blog Patriots telah berlaku perbalahan antara dua kumpulan pengurusan kuil yang dikepalai oleh Chellappa dan Nagaraju.  Chellappa Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Kuil tersebut. Pada tahun 2001, telah berlaku perbalahan antara Chellapa dan Nagaraju, apabila Nagaraju telah ditangkap mencuri duit dan barang dapur kuil. Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli jawatankuasa kuil termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan. Pada Mac 2014, kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju membayar RM1.5 juta dan menyediakan tapak baharu. Chellapa dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah. Anehnya pada 1 Jun 2017, isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak perintah mahkamah untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkamah pada 2014. Persoalannya, adakah Chellapa dan Nagaraju bebas daripada insiden keganasan samseng yang dikatakan menceroboh? Malah kumpulan mereka nampaknya berkonflik sejak lama. Kami bukan berniat mahu mengganggu siasatan polis, tetapi inilah persoalan yang telah terbangkit daripada Blog Patriot serta kesamaran motif kejadian. Siapakah daripada kedua-dua pihak, Chellapa atau Nagaraju yang untung daripada pencerobohan samseng itu?

7.  Melayani Tuntutan Kerana Berlakunya Keganasan

Sebagaimana Malaysian Gazette melaporkan, kos pampasan belum diketahui jumlahnya dan dijangka akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan yang akan dibayar kembali kepada pemaju kelak, iaitu One City Development. Perdana Menteri pula mahu selesaikan isu ini dengan baik, apatah lagi masyarakat India juga antara pengundi tertinggi yang mengundi kerajaan PH sehingga berjaya menubuh kerajaan PH. Kuil tidak perlu berpindah dan tanah akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diberikan kepada pihak kuil semula. Nampaknya insiden keganasan itu memberi keuntungan kepada pihak yang cuba mempertahankan kuil meskipun menentang perintah mahkamah.

8.   Wakil DAP Dalam Exco Selangor Menuduh Samseng Orang Islam’ Menceroboh Kuil dan Mengganas

Ganabatirau Veraman Exco Selangor dari parti DAP melalui status FBnya dengan pantas terus menghalakan tuduhan ke atas kumpulan Muslim sebagai kumpulan yang menyerang kuil Hindu Seafield itu. Dalam tulisannya “the attack of a group of Muslim group who shows there are attempt to create disharmony among races who have been living peacefully all these while.” Tuduhan melulu seorang ahli politik Hindu ini amat mengecewakan kerana ia mengundang pergaduhan kaum. Kemudian setelah mengetahui kebiadapan dan keterlanjuran dirinya, Ganabatirau telah mengedit status FBnya itu dengan menukar frasa ‘a group of Muslim” dengan “a group of gangters”. Ganabatirau seterusnya mengeluarkan kenyataan kepada pemberita bahawa, “Saya minta maaf kalau ia telah menyinggung perasaan orang ramai.” Kenyataan maaf Ganabatirau sedemikian juga dilihat sebagai biadap dan tidak ikhlas, kerana ada syarat iaitu “kalau ia telah menyinggung perasaan orang ramai.” Ini bermakna sekiranya ia tidak menyinggung perasaan orang ramai, maka dia tidak akan memohon maaf, sedangkan ia satu tuduhan yang melulu? Dia seharusnya memohon maaf tanpa syarat, misalnya “Saya memohon maaf kerana telah menyinggung orang ramai terutamanya kaum Muslim.” Inilah ego dan bongkaknya “bangsa DAP” memohon maaf bukan kerana ikhlas datang dari hati dan sanubari, tetapi hanya merupakan satu “defense mechanism”. Payah bagi kami menerima pemohonan maaf sedemikian.

9.  Siapakah Di Belakang Samseng ‘Kovakaran King’ dan ‘King Kong’?

Ekoran daripada insiden keganasan tersebut terbit pula video daripada saksi yang menamakan dirinya sebagai Manimaran Manickam yang memperakui dirinya sebagai Pengerusi Kuil Hindu Malaysia. Manimaran mendedahkan bahawa beliau bermatian berusaha untuk menyekat tindakan ganas dan kurang ajar dua samseng yang dinamakan ‘Kovakaran King’ dan ‘King Kong’ serta konco-konco mereka. Menurut Manimaran mereka berdua inilah dalang kepada keganasan termasuk mencederakan anggota Bomba, merosakkan pejabat One City dan membakar kenderaan. Manimaran juga telah membantu menyelamatkan sepasang suami-isteri dalam sebuah kereta yang tersangkut di tengah-tengah kumpulan pengganas pada hari tersebut.  Manimaran mendakwa kumpulan Kovakaran King telah membakar kereta pada awal insiden itu dan kumpulan ini jugalah yang telah memukul anggota Bomba yang bertugas. Persoalannya, siapakah mereka ini? Adakah mereka juga dibayar untuk peranan yang telah mereka mainkan?

10.  Adakah Insiden Ini Diwujudkan Untuk Menyekat Perhimpunan Membantah ICERD 812?

Timbul juga persoalan, adakah insiden keganasan dan rusuhan yang mendadak meletup di kuil Hindu Seafield itu sesuatu yang dirancang dalam agenda untuk menyekat Perhimpanan Ummah Membantah Ratifikasi ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember? Samseng diupah untuk menceroboh kuil meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah mengosongkan tapak dan melaksanakan perpindahan ke tapak baharu. Wang pampasan RM1.5 juta juga sudah dibayar. Kemudian kita lihat bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang cuba menjadi wira kaum Hindu tetapi dia telah disekat masuk ke kawasan kuil. Akhirnya dengan rayuan dia dibenarkan masuk dan terus membuat kenyataan media bahawa kuil tidak akan dipindahkan? Walau apapun kebenaran di sebalik insiden itu, langkah untuk menyekat perhimpunan 812 telah gagal. Perhimpunan 812 tetap akan diadakan dengan jangkaan 1 juta penyokong daripada kalangan umat Islam.

Kesimpulannya

Kami melihat bahawa terdapat rahsia atau agenda yang tersembunyi, namun nampak gayanya rahsia tersebut akan terbongkar juga akhirnya, ibarat kata bidalan Melayu, masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru. Kes insiden keganasan di kuil Hindu Seafield itu hanyalah nyiru, sedangkan di bawahnya ada bangkai pekung busuk daripada agenda besar yang cuba disembunyikan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: