AHLI AKADEMIK CINA KRITIK ADUN DAP YANG MENYOKONG RATIFIKASI ICERD

Politik tidak boleh mengetepikan fakta sejarah kerana sejarahlah yang membentuk dan menentukan asas kepada politik sesebuah masyarakat.

Isu yang didukung oleh ICERD dalam konvensyen PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) adalah isu lapok 1969 yang tidak selari dan berkontradik dengan asas politik Malaysia. Malaysia sudah sekian lama menolak ICERD.

Kelebihan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada kaum Melayu-pribumi, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu bukan suatu bentuk diskriminasi terhadap kaum pendatang, tetapi sebaliknya ia adalah hak yang mesti diberikan dan dipertahankan dalam perlembagaan.

Tanah ini dan negara ini adalah hak Melayu-pribumi, lantas ia tidak boleh dipertikaikan. Justeru perakuan hak itu hendaklah dijelmakan dengan peruntukan perlembagaan, supaya ia tidak menjadi retorik politik semata-mata.

Malahan, pelanggaran peruntukan perlembagaan yang telah mematerikan hak Melayu-pribumi, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu, boleh membatalkan kontrak sosial, lalu status quo pendatang dan kaum pribumi boleh kembali kepada kedudukan asal, iaitu pendatang dihantar kembali ke negara asal mereka dan kaum pribumi kekal di tanah air mereka tanpa kaum pendatang.

Low Yong San 3
Dr Low Yong San, USM

Persoalan ini “sememangnya pahit, tetapi harus ditelan”.  Demikianlah yang ditegaskan oleh pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Low Yong San.

ADUN DAP harus merujuk kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tan Siew Sin semasa merdeka dahulu, apabila puluhan ribu kaum Cina diberikan kerakyatan oleh kerajaan Tanah Melayu, setelah beberapa hari Malaya diistiharkan merdeka.

Tan Siew Sin menegaskan betapa kaum Cina dan India harus berterima kasih kerana diterima sebagai rakyat yang sah di Tanah Melayu. Itulah antara natijah kepada kontrak sosial yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika tidak, kaum Cina dan India dikehendaki kembali ke tanah air masing-masing akibat penolakan kontrak sosial itu.

 

A A A ABURUH CINA
Pendatang Cina yang dikuarantin oleh British ketika baru tiba sebagai buruh paksa untuk bekerja di lombong bijih timah, sebelum Merdeka

Ahli akademik seperti Dr Low bukanlah kaum Cina yang pertama menolak ratifikasi ICERD, malahan ramai lagi seperti Prof Tan Sri Khoo Kay Kim dari UM, dan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dari UKM.

Hari ini, konvensyen PBB yang membawa prinsip sama rata tetapi berkontradik dengan sejarah dan asas soio-politik negara, cuba hendak diperjuangkan oleh DAP dan golongan cauvinis kaum yang lain melalui ratifikasi ICERD.

Bagi Dr Low, golongan itu tidak merujuk dan memahami fakta sejarah. Malangnya bagi Dr Low terdapat juga golongan ahli politik Melayu yang cuba menunjukkan sokongan membabi-buta terhadap ICERD, sedangkan ia amat bertentangan dengan persetujuan dan kontrak sosial yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan.

pendatang India
Pendatang India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British sebagai buruh paksa untuk memajukan industri getah, sebelum merdeka

Dr Low menegaskan, kaum bukan Melayu pada hakikatnya tidak mempunyai asas kukuh untuk menyokong serta menuntut apa yang terkandung dalam ICERD.

Bagi Dr Low, Majlis Raja-raja hendaklah mengambil tindakan untuk menyatakan pendirian mereka berhubung intipati ICERD yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan.

Ratifikasi ICERD seakan-akan mahu menentang roh dan semangat perlembagaan tanpa mengubah tekstual perlembagaan itu sendiri.

Kerajaan PH juga tidak seharusnya menyembunyikan apa yang sebenarnya tersemat pada sanubari mereka dengan kenyataan Tun Mahathir di UNGA yang mencadangkan ratifikasi ICERD di negara ini. Apakah Mahathir juga buta sejarah?

*****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: