WAYTHA MOORTHY HERO HINDU YANG BOLEH KETEPIKAN PERINTAH MAHKAMAH

 

Related image
Waytha Moorthy ketika berucap di kuil Mariamman USJ25

Ekoran daripada insiden rusuhan kumpulan samseng upahan ke atas kuil Mariamman, USJ25, Subang Jaya, menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan di premis kuil berkenaan, ia tidak akan dirobohkan, meskipun mahkamah telah mengeluarkan notis perobohan kuil tersebut sejak 11 Mac 2014.

Nampaknya insiden rusuhan kumpulan samseng itu telah menguntungkan pihak kuil meskipun, pemilik tanah, One City Development telah membayar RM1.5 juta serta menyediakan tapak tanah menggantikan lokasi sedia ada.

Keputusan mahkamah berkenaan kes kuil tersebut yang diputuskan lebih empat tahun lalu, amat mudah untuk diketepikan, sebagaimana mudahnya kes Lim Guan Eng, Rafizi Ramli, dan lain-lain yang melibatkan orang-orang kuat PH diketepikan. Namun tidak sesekali bagi kes musuh-musuh politik Tun Mahathir.

Sekiranya sedemikianlah kedudukan martabat perundang-undangan negara, maka nampaklah bahawa dogma ‘survival of the fittest’ atau ‘rule of the might’ menjadi satu label yang signifikan kepada sistem perundang-undangan negara ini.

Lantas ia mengulang kembali zaman diktator Mahathir suatu ketika dahulu.

Ia amat mudah bagi Waytha Moorthy, kerana apa yang perlu dibuat hanyalah “mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan” sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana semalam (27 Nov 2018).

Apa yang perlu dicanangkan ialah “wujudnya ketegangan kaum” sebagaimana yang diulang dan diulang, sedangkan kumpulan samseng yang merusuh telah dikenal pasti sebagai kumpulan yang diupah oleh pihak pemaju, meskipun pihak pemaju menyangkalkannya.

Keganasan kaum India di Kuil Mariamman Seafield

Sejumlah 23 buah kenderaan musnah dibakar dan dirosakkan, manakala pejabat One City Development yang berdekatan juga telah dipecahkan.  Terdapat juga beberapa mangsa keganasan akibat keterasukan emosi pihak penganut Hindu di kuil itu sehingga mencederakan orang awam, anggota polis dan bomba.

A A A AMOORTHY 1

Terdapat beberapa premis yang boleh diangkat oleh rakyat marhaen yang peka dan celik akal:

  1. Keputusan mahkamah tiada keluhuran dan tidak perlu dihormati kerana ia boleh sahaja diubah dengan kuasa “rule of the might’
  2. Waytha Moorthy adalah hero kepada penganut Hindu (sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi HINDRAF), manakala pihak polis dikatakan lembab dan tidak efisien
  3. Beberapa mangsa yang dikenali sebagai kaum Melayu adalah balaci yang tidak berakal yang dijadikan umpan dan kaldai ‘oportunis politik’
  4. Budaya samseng boleh dijadikan alat propaganda untuk melampiaskan matlamat politik, sesuai dengan pendekatan machiavellian yang mementingkan matlamat daripada tindakan meskipun di luar kandang moral
  5. Menggalakkan pembinaan haram kuil di tapak tanah milik persendirian pada masa hadapan.
  6. Insiden tersebut yang dilihat mendukung konspirasi politik yang membawa dampak ‘ketegangan kaum’ yang sedikit-sebanyak mencabar program Perhimpunan Ummah 81218 kaum Muslimin untuk menentang ratifikasi ICERD

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: