SAMSENG INDIA DI SEAFIELD CUBA MENGHERET KEMELUT KUIL KEPADA ISU PERKAUMAN

 

Keganasan meletus di luar kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya subuh semalam (26 Nov 2018), dan berterusan 24 jam berikutnya.

Pihak Bomba dan ambulans yang tiba untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang cedera telah diserang sehingga seorang petugas cedera parah akibat dipukul. Adakah petugas-petugas itu diserang kerana mereka Melayu?

Bukan itu sahaja, 18 buah kenderaan yang diparkir berhampiran kuil juga telah dibakar oleh pihak yang bertelagah.

Kumpulan perusuh juga telah merosakkan bangunan yang dipercayai milik pemaju, One City Development Sdn. Bhd. ( One City) yang disifatkan sebagai melampau.

Bukan itu sahaja, ada ketikanya mana-mana kenderaan yang lalu-lalang yang bukan dinaiki kaum India akan diserang.

Nampak sangat golongan semseng ini cuba mengheret emosi mereka kepada kancah perkauman.

Rasa hormat terhadap pihak polis juga telah hilang kerana terlalu dikuasai oleh emosi yang tidak bertamadun.

Kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu.

Rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak 2007 selepas tanah itu dibeli oleh One City Development Sdn Bhd.

One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.

Walau bagaimanapun, para penganut terus menentang usaha memindahkan kuil itu.

Mereka dilaporkan berkumpul di kuil tersebut untuk melindunginya daripada perobohan.

Sejurus selepas tengah malam semalam, kuil itu telah didatangi sekumpulan orang luar lantas mencetuskan perbalahan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, beliau kecewa dengan apa yang dilakukan kumpulan perusuh tersebut.

Ini bukan soal agama atau perbalahan kaum sebaliknya isu antara pihak kuil dan pihak pemaju.

Menurut Mohd. Azis, pihak polis sudah memberi peluang kepada mereka tetapi tindakan kumpulan perusuh adalah sesuatu yang melampau.

Laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut telah ditutup daripada pengguna lebuh raya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: