BANTAHAN RATIFIKASI ICERD 812 TETAP DITERUSKAN BIARPUN HUJAN RIBUT DAN PETIR MENGGEGAR

A A  A ASYIAH DAIM 456.png

Bantahan terhadap ratifikasi ICERD yang pelaksanaannya akan memusnahkan kedudukan agama Islam, keistimewaan kaum Melayu-Pribumi, kedudukan Raja-Raja, dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan, mesti diteruskan di ibu kota pada 8.12.18.

  • Meskipun kehadiran puluhan ribu untuk bantahan yang sama telah dilakukan di Perak, Pahang, Melaka, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain, namun kehadiran perhimpunan yang dijangkakan menghampiri satu juta penentang ICERD akan tetap diadakan juga di Kuala Lumpur.
  • Malahan, penentangan rakyat, khususnya kaum Melayu-Pribumi-Islam, bukan sahaja terhadap ratifikasi ICERD, tetapi juga ratifikasi konvensyen PBB yang lain seperti ICCPR atau Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil yang mengandung di dalamnya bahagian yang bertentangan dengan sistem perundangan dan kedaulatan negara.
  • Kerajaan PH masih samar-samar tentang pendiriannya untuk melayani tuntutan rakyat kerana sebagaimana yang dikatakan oleh Tun Mahathir, pelaksanaan ICERD tiada masalah, kecuali kekecohan yang disebabkan hasutan yang dibuat oleh Presiden UMNO.
  • Adakah Mahathir sebagai tokoh yang dilabelkan sebagai negarawan, lagi sekali dikaburi oleh usia tuanya, kerana ratusan ribu rakyat yang sedang menentang ICERD bukannya sekadar penyokong UMNO, tetapi meliputi seluruh golongan termasuk PAS dan penyokong parti-parti lain yang secara terang lagi bersuluh bahawa ICERD adalah agenda halus DAP untuk memusnahkan kedudukan dan kepentingan kaum Melayu-pribumi.
  • Sayap Pemuda PPBM sendiri telah menyatakan pendirian mereka menentang ratifikasi ICERD.
  • Nampaknya sebagai pemimpin yang hanya mementing kedudukan politik, Mahathir tidak mempunyai locus standi untuk menentukan sama ada ratifikasi ICERD mahupun ICCPR relevan untuk dilaksanakan. Sedangkan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Muhamad dengan tegasnya menyatakan bahawa pihak yang cuba melaksanakan ICERD adalah golongan rasis.
  • Tun Abdul Hamid dengan tegas mengatakan bahawa ratifikasi ICERD akan membawa kemusnahan kepada apa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Persoalan timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan pengarang akhbar berbahasa Cina pada 23 November lalu berhubung isu ICERD.
  • Terbangkit persoalan mengapakah Guan Eng hanya memanggil pengarang-pengarang akhbar Cina, jika beliau hendak membuat kenyataan akhbar? Adakah Guan Eng mempunyai sesuatu agenda yang tersembunyi yang beliau tidak mahu orang Melayu dan rakyat keseluruhannya tahu?
  • Tun Abdul Hamid turut mempertikai tindakan sesetengah pihak apabila menyifatkan orang Melayu yang menentang ICERD sebagai rasis.
  • Amat pelik, apabila orang Melayu yang mempertahankan hak mereka seperti yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikatakan rasis. Sebaliknya, orang bukan Melayu yang hendak mengambil hak orang Melayu tidak pula dikatakan rasis.  A A A ASYIAH DAIM 2345
  • Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim pula seperti memberikan sokongan terhadap Mahathir dengan kenyataannya bahawa ratifikasi ICERD tidak akan dihentikan tetapi hanya ditangguhkan.
  • Kenyataan Anwar memperkukuhkan persepsi rakyat tentang ideologi liberalisme serta karektornya dalam sejarah politik jijik yang mengheretnya ke penjara.
  • Anehnya Anwar lupa siapakah watak antagonis politik yang ditentangnya dalam gerakan Reformasi. Malah penyokong Anwar berani mengatakan bahawa Anwar adalah pengkhianat kepada perjuangan silamnya sendiri.
A A A ASYIAH moorthy
Waytha Moorthy
  • Walau bagaimanapun Mahathirlah punca kemelut ICERD ini yang direntetkan oleh Kasthuriraani Patto, dan kemudiannya dikaitkan dengan video Waytha Moorthy di Belanda yang penuh dengan fitnah rasisme dan unsur pengkhianatan terhadap negara.
  • Kemuncak kemelut ratifikasi ICERD meletus setelah Mahathir berucap di United Nation General Assembly (UNGA) dengan jaminan bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk meratifikasikan ICERD.

    A A A ASYIAH DAIM chinpeng
    Chin Peng -Rakan sekongkol Lim Kit Siang dan Idola DAP
  • Kenyataan Mahathir mewajarkan dakwaan bahawa dia adalah kaldai kepada parti cauvinis DAP.
  • Presiden UMNO, DS Dr Zahid Hamidi turut mengingatkan rakyat bahawa segala kemelut penentangan terhadap ICERD sehingga memperlihatkan demonstrasi demi demonstrasi dilakukan di seluruh negara bukan dimulakan oleh UMNO dan PAS sebaliknya oleh kerajaan PH sendiri.
  • Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa PAS tegar untuk terus menentang ICERD dan menyeru ahli-ahli untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 8 Disember.
  • Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Kamaruzzaman Mohamad juga menegaskan bahawa perhimpunan rakyat menentang ratifikasi ICERD di ibu kota sebagai ‘amaran’ kepada kerajaan supaya tidak mencabuli Perlembagaan Persekutuan.
  • ICERD cuba menodai apa yang terkandung sebagai ‘roh’ dalam perlembagaan seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu, raja-raja Melayu dan kedudukan bumiputera.  A A A ASYIAH DAIM 223456
  • Seorang peguam dan juga merupakan ahli politik, Datok Zulkifli Nordin telah menegaskan bahawa jika ada mana-mana pihak antara Melayu-pribumi dan golongan pendatang Cina dan India yang mengingkari kontrak sosial yang dimaktubkan semasa British memberikan kemerdekaan kepada Malaya, maka status quo pihak masing-masing boleh ditarik balik. Dengan kata-kata lain, kaum pendatang boleh dihantar kembali ke negeri asal mereka, manakala kaum Melayu-pribumi kekal kedudukan mereka sebagaimana sebelum merdeka.
  • Tiada lain yang kami mahu laungkan, kecuali ‘marilah kita berhimpun di Kuala Lumpur pada 8.12.18, untuk mempertahankan agama Islam, hak Melayu-pribumi, dan kedudukan Raja-Raja Melayu dan segala yang bersangkutan dengannya.’

                 *****

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: