KES REMEH GADIS PROMOTER ARAK DIPERGUNAKAN UNTUK MENUTUP BANGKAI GAJAH

Kes seorang lelaki, Eddy Rejang yang telah memaki seorang gadis promoter arak Carlsberg di pasar raya Giant, Ampang telah mendapat liputan hangat daripada netizen, apabila 32 aduan polis dibuat ke atas lelaki berkenaan.

Anehnya, tidak seperti kes-kes lain, DAP tiba-tiba muncul menyediakan peguam bela untuk Eddy.

Timbul persoalan, adakah DAP cuba menjadi juara, dan cuba menutup isu mega rakyat dalam kelemahan kerajaan PH yang berkumandang sekarang?  A A A ASYIAH DAIM 2789

Kes ini seakan-akan amat besar daripada kes kematian 30 peminum arak di Sungai Buluh dua bulan lalu.

Sedangkan masyarakat awam tahu bahawa mempromosi arak di tempat awam adalah salah mengikut Akta Penjualan Arak yang memabukkan secara runcit di bawah Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Penjualan arak di Malaysia dikawal oleh beberapa peruntukan undang-undang sedia ada dan penguatkuasaannya dipertanggungjawabkan kepada beberapa Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malahan pada Mac lalu DAP telah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang gejala penjualan arak murah yang semakin berleluasa.

Lantas timbul persoalan, adakah terdapat pihak tertentu yang sengaja merancang dan mengatur kes memaki promoter arak tersebut?

Apakah isu remeh sedemikian cuba ditebarkan bagi menutup kes mega rakyat yang sedang melanda negara?

Pasaraya Giant, di mana berlakunya kes tersebut, juga terbabit melanggar undang-undang kerana membenarkan promosi minuman keras secara terbuka.

Dengan itu kesalahan utama terletak pada pihak Giant yang menjual dan menghidangkan arak secara terbuka kepada orang awam.

Sebagai sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, sudah sewajarnya Eddy memarahi pihak yang mempromosi arak secara terbuka.

Lantas tidak hairan jika kes tersebut diangkat sebagai satu drama yang mahu menunjukkan bahawa kaum Melayu pantas membuli kaum lain, bagi menenggelamkan isu besar lain yang sedang menyemarak.

Malah isu lebih besar lagi di media sosial, seperti penghinaan terhadap kaum Melayu, Raja-Raja dan agama Islam hanya menjadi epidemik yang tiada penawarnya.

Anehnya terpantul pula adegan DAP menawarkan khidmat guaman bagi menonjolkan karektor seorang juara yang baik hati membela seorang ‘pesalah’, malahan menawarkan pekerjaan kepada Eddy yang dikutuk netizen.

Lantas isu besar lain yang mendedahkan kegenjotan kerajaan PH, cuba ditutup ibarat bangkai gajah yang berpekung busuk cuba disembunyikan dengan nyiru. Antaranya:

  • Isu ICERD
  • Isu kelemahan pentadbiran menteri PH
  • Isu menteri tiada hala tuju
  • Isu penipuan Lim Guan Eng tentang jumlah hutang negara
  • Isu Bajet PH sebagai ‘bajet cetak rompak’
  • Isu menghina Raja-Raja
  • Isu kejatuhan nilai ringgit
  • Isu kenaikan harga barang
  • Isu harga getah dan kelapa sawit yang merudum
  • Isu kemiskinan dan tekanan hidup petani dan nelayan

Terkini, meletup pula isu perpindahan kuil Hindu di Seafield Subang Jaya, yang sepatutnya tidak menjadi isu kerana perpindahan kuil tersebut sudah dipersetujui, kerana didirikan atas tanah milik pemaju One City Development. Wang pampasan lebih RM1.5 juta sudah pun dibayar oleh One City kepada pihak kuil.

Anehnya keganasan berlaku melibatkan pihak penganut Hindu yang cuba mempertahankan kuil tersebut, dengan mencederakan orang awam, membakar kenderaan awam, mencederakan petugas keselamatan dan mengganggu lalu lintas serta ketenteraman awam.

Berbangkit juga tuduhan bahawa berlaku serangan kumpulan Muslim, sedangkan pihak penyerang dikatakan bertopeng, malah tiada pula laporan mereka yang bertopeng itu ditangkap.

Adakah ini juga satu lagi opera DAP-PH untuk menutup bangkai gajah yang berpekung busuk dengan nyiru mungil?

***

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: