KAUM CINA DAN INDIA ADALAH PENDATANG HARAM SEBELUM 1957

(Datok Zulkifli Nordin adalah seorang peguam dan ahli politik)

Datok Zulkifli Nordin dalam satu ceramahnya, telah menegaskan bahawa kaum Cina dan India, sebelum 1957 adalah pendatang haram di Tanah Melayu.

Barat telah menjajah Tanah Melayu sejak 1511, apabila kota Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kemudian dengan dasar pecah dan perintah, perlahan-lahan British juga telah menjajah setelah mengambil alih kuasa daripada Belanda.

Image result for dATUK zULKIFLI nOORDIN
Datok Zulkifli Nordin

Antara intipati kenyataan Zulkifli adalah seperti berikut.

Ketika British mahu meninggalkan Tanah Melayu, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, terdapat dua benda yang British buat, yang menjadi isu besar, iaitu, partama, memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu meliputi hak kaum Melayu-pribumi, dan kedua, kemerdekaan itu tertakluk dengan syarat kaum Melayu menerima kerakyatan pendatang haram Cina dan India.

Penjajah British (sebelum Perang Dunia Kedua) telah membawa masuk pendatang asing – membawa masuk kaum Cina dan India.

Kemasukan kaum pendatang ini tidak menguntungkan masyarakat Melayu pun, sebaliknya dipergunakan oleh British untuk aktiviti ekonomi komersial mereka dalam industri lombong bijih timah dan hasil penanaman getah.

Hasil ekonomi komersial ini diangkut ke negara mereka dengan keuntungan yang lumayan, sedangkan pihak pribumi dan Melayu di Tanah Melayu diabaikan.

Kaum Cina dan India, selain menjadi pekerja lombong dan industri getah, mereka juga diberikan peranan dalam urusan pentadbiran di bandar-bandar di Malaya, maka berlakulah jurang ekonomi yang amat ketara antara kaum pribumi dan pendatang haram.

Dengan itu sehingga 1957, Cina dan India adalah pendatang haram kerana mereka bukan penduduk negeri ini, sama seperti pendatang haram atau Pendatamg Tanpa Izin (PATI) hari ini, dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam dan lain-lain. Mereka adalah pendatang haram yang dibawa masuk untuk mengikis kekayaan bumi ini bagi pihak British.

Pada ketika itu persepsi orang Melayu terhadap Cina dan India sebagai pendatang haram, samalah sebagaimana persepsi kita sekarang terhadap PATI dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam dan lain-lainnya.

Mengikut hukum perundangan antarabangsa, pendatang yang dibawa masuk ini adalah warga British.

Sama seperti hari ini, orang Melayu pada ketika itu tidak mengiktiraf Cina dan India sebelum 1957, sebagai sebahagian daripada rakyat di Tanah Melayu, mereka adalah pendatang haram.

Sekiranya pendatang haram tersebut tidak diterima, maka mereka hendaklah dihantar balik ke jajahan British yang lain seperti Hong Kong.

Selepas tamatnya Peperangan Dunia Kedua, pihak British mengadakan rundingan dengan pemimpin orang Melayu di Tanah Melayu untuk memerdekakan Tanah Melayu (Malaya).

A A A A A A A SYAHADAH 234

Rundingan tersebut very simple (amat mudah) sahaja, “Kami akan berikan kamu kemerdekaan tetapi kamu kena terima dua benda. Kamu kena terima perlembagaan ini dan kamu kena terima Cina dan India, pendatang haram ini sebagai warganegara kamu. Kalau kamu boleh terima itu, kami akan berikan kamu kemerdekaan, dan kami pastikan hak-hak kamu sebelum ini dikekalkan.”

Itulah juga yang diangkat sebagai ‘kontrak sosial’, iaitu kami (orang Melayu) akan terima kamu ( orang Cina dan India) sebagai warganegara, dan sebagai balasan kami akan dapat kemerdekaan dan kami akan dapat balik keistimewaan- keistimewaan kami.

Sebab itulah perlembagaan digubal sebegitu rupa – memberi kewarganegaraan kepada pendatang haram Cina dan India, dan keistimewaan Melayu dan rakyat pribumi dipertahankan (termasuk agama Islam).

Dengan itu juga, sekiranya orang bukan Islam bercakap banyak hendak mempertikai hak kita (orang Melayu) menggunakan kontrak sosial, kita boleh kata, “Tidak ada masalah, kalau kamu hendak pertikai hak istimewa kami, kami boleh pertikaikan hak kewarganegaraan kamu (citizenship kamu).

“Kalau kamu tidak suka dengan hak istimewa kami, bagi balik hak citizenship kamu (kami boleh batalkan hak citizenship kamu) kami boleh hantar kamu balik ke negeri asal kamu, tiada masalah.

“Tapi kalau kamu hendak duduk di sini (tinggal di negara ini) kamu kena terima kontrak sosial yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan. Kami terima kamu pendatang haram sebagai warganegara kami, kamu kena hormat agama kami, kamu kena hormat hak istimewa bangsa kami, ini kontrak sosial.”

Sebagai menghormati persetujuan orang Melayu ketika itu, yang menerima Cina dan India sebagai warganegara, maka British bersama pemimpin Melayu telah membuat perlembagaan dengan dasar, bukan memberi hak-hak itu, sebaliknya dengan mengesahkan hak-hak itu.

Sebab itulah ada Artikel 3. Artikel 3 menyebut Islam adalah agama Persekutuan.

Mana ada perlembagaan sekular menyebut agama (menegaskan soal agama), carilah mana-mana negara sekular yang menyebut soal agama. Tidak ada. Tetapi perlembagaan kita menyebut Islam sebagai Agama Persekutuan. Artikel 3 menyebut Islam Agama Persekutuan.

Artikel 3! Artikel 3 dalam perlembagaan, bermakna artikel yang sangat penting. Awal-awal Artikel perlembagaan telah menyebut Islam agama Persekutuan, bagi mengesahkan bahawa sememangnya negara ini, orangnya dahulu (penduduk Melayu) menganut agama Islam.

Kedua, mereka (British) menyatakan bahawa mereka menghormati dan mengiktiraf orang Melayu sebagai orang Islam, Melayu adalah orang islam.

Maka pihak British melalui perlembagaan menyatakan agama orang lain tidak boleh didakyahkan kepada orang Melayu.

Dalam Artikel 11.4, orang Melayu diiktiraf dan dihormati sebagai penduduk pribumi beragama Islam dengan itu orang lain tidak boleh berdakyah kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Tetapi dalam kontrak sosial, walaupun kita orang Melayu beragama Islam, dan orang lain tidak boleh mengacau agama kita, kita menghormati mereka (pendatang haram) India sebagai bangsa beragama Hindu, dan Cina beragama Budha.

Kami (orang Melayu) menghormati kamu dan kamu boleh menganut dan mengamal agama kamu dengan jaminan kamu tidak akan diganggu, itulah yang disebut dalam Artikel 11.1

Dalam Artikel 12, perlembagaan mengiktiraf dan menginsafi bahawa bumi ini adalah bumi orang Melayu, dan hasil bumi adalah hasil bumi orang Melayu (hak orang Melayu).

Maka dengan itu mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini wajib membantu semua institusi, semua yayasan, dan semua pertubuhan yang berteraskan orang Islam, atau Melayu. Bagi kaum yang beragama lain (selain Islam) tidak dapat keistimewaan sedemikian, ia adalah peruntukan untuk kaum Melayu-pribumi sahaja, kaum lain tidak dapat.

Kalau orang Melayu hendak membina surau kerajaan kena berikan, kalau orang Melayu hendak membina sekolah agama, kerajaan kena bayar, kalau orang Melayu hendak menghantar anaknya belajar agama di luar negara, kerajaan kena tanggung, kalau orang Melayu hendak bina masjid, kerajaan kena bagi (kebenaran dan peruntukan kewangan).

Artikel 12 menyatakan kerajaan yang memerintah wajib membantu orang Melayu dalam hal-hal pertubuhan orang Melayu, persekolahan orang Melayu, institusi orang Melayu dan apa juga yang ada kaitan dengan bangsa dan agama orang Melayu (agama Islam).

Perkara tentang sekolah Cina, sekolah Tamil tiada dalam undang-undang (Perlembagaan). Dalam perlembagaan tidak disebut pun orang Cina dan orang India berhak kepada sekolah dia sendiri, berhak kepada bahasa dia. Ini kita (orang Melayu dan kerajaan terdahulu) yang pandai-pandai bagi, sebab kita hendak bertolak-ansur sangat, maka kita bagi.

Orang Melayu boleh sahaja mencabar di mahkamah, di manakah (dalam Perlembagaan) hak orang Cina untuk menubuhkan sekolah Cina ini? Tumbang mereka (mereka akan kalah kes). Tumbang!

****

2 thoughts on “KAUM CINA DAN INDIA ADALAH PENDATANG HARAM SEBELUM 1957

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: