PH DITAJA ZIONIS

Perakuan yang dibuat oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining bahawa mereka dan National Endowment for Democracy (NED) telah menaja parti PH sejak 2002 lagi, adalah sesuatu yang amat berbahaya kepada politik Malaysia.

NED jugalah yang kita lihat amat bangga dengan kejayaan mereka memusnahkan negara-negara Islam atas nama demokrasi, bermula dengan Tunisia dan kemudiannya merebak ke Afghanistan, Iraq, Libya, Yemen, Syria, Mesir, Bahrain, Oman dan beberapa lagi.

Antara agenda mereka ialah untuk menghalang pengaruh China ke atas Malaysia, meskipun Malaysia bukanlah negara yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat sebagaimana Singapura yang mempunyai kerjasama latihan ketenteraan dengan AS yang berpusat di Australia.

Mungkin DAP mempunyai masalah perbezaan ideologi yang ketara dengan PKR, namun kerana dana penajaan kedua-dua parti itu datangnya daripada sumber yang sama, maka mereka terpaksa menjalinkan kerjasama.

Twining amat berbangga dengan kejayaan parti PH kerana kemenangan PH memberi kesan kepada pengaruh China di rantau ini dalam konteks perlumbaan pengaruh geo-politik AS-China.

Malahan dalam ucapannya Twining dengan bangga melaungkan bahawa langkah pertama kerajaan PH setelah memenangi PRU14 adalah mengubah aliran pelaburan infrastruktur China ke atas Malaysia.

Twining juga dengan megahnya membangkitkan isu rasuah nepotisme dan kronisme yg dikatakan berlangsung selama 61 tahun, sedangankan dia lupa siapakah manusia yang menerajui kerusi Perdana Menteri ketika ini. Twining telah diperdayakan dan diperbodohkan.

Kini terjawablah mengapakah projek ECRL di Pantai Timur telah dihentikan. Adakah ia merupakan satu agenda untuk menghentikan kerjasama dengan China kerana itulah yang menjadi matlamat IRI? Begitu juga projek Forest City di Johor yang amat menggusarkan Mahathir.

ECRL adalah projek yang amat menguntungkan rakyat khususnya ekonomi dan mobiliti ekonomi penduduk Pantai Timur yang signifikan kadar kemiskinannya. Manakala Forest City pula adalah projek urbanisasi atas tanah tambakan yang tidak langsung melibatkan tanah induk bumi Johor.

Dengan itu terjawablah, mengapakah Malaysia menghantar Tun Daim Zainuddin tempoh hari ke China dalam membincangkan isu projek kerjasama Malaysia-China yang terpaksa dihentikan.

A A A ASYIAH DAIM

Sepatutnya Malaysia menghantar Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi dalam hal yang membabitkan pelaburan dua-hala. Tapi tindakan itu terpaksa dielak untuk menunjukkan kepada penaja mereka bahawa kerajaan PH menolak sebarang kerjasama dengan China untuk mengelabui mata AS. Atau sebaliknya terdapat agenda tersembunyi untuk mengkayakan kroni dgn mengetepikan Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi?

Namun apa yang kami tahu, Lim Guan Eng disekat oleh kerajaan China daripada memasuki negara itu.

Selain daripada itu, benarlah dakwaan yang dilemparkan oleh Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam, Mohamad Razali Abdul Rahman terhadap penajaan sulit berjumlah RM1.2 bilion yang diterima oleh DAP melalui saluran yang berpusat di Singapura.

Kemudian rakyat juga hairan dan terkejut mengapakah simbol ‘mata satu’ yang dipilih oleh PKR untuk menjenamakan parti yang suatu ketika dahulu ditanggapi sebagai parti anti-Mahathir.

A A  A ASYIAH DAIM 2.png

Misteri ini terbangkit kerana simbol ‘mata satu’ adalah simbol Dajal yang merupakan musuh Islam.

Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah memberikan definisikan Dajal sebagai al-Kazib (pendusta) iaitu dalam konteks menyembunyikan kebenaran.

Selain itu, Dajal juga bermaksud membuat tipu daya terhadap manusia serta menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil (penipuan, pembohongan).

Manakala dari segi fizikal pula mata Dajal yang berfungsi hanyalah satu, manakala satu lagi buta.

Anehnya pertubuhan sulit Freemasons juga menggunakan simbol mata satu dengan rahsia yang tertentu.

Adakah DS Anwar sudah begitu terdesak untuk mendapatkan dana asing bagi menentang Mahathir suatu ketika dahulu sehingga beliau terpaksa mengetepikan soal akidah? Lalu mata Dajal digunakan sebagai simbol untuk meyakinkan penaja dan mendapatkan dana demi survival partinya? Manakala DAP pula pastinya berasa amat megah jika dapat memusnahkan Islam kerana itulah faktor utuh yang mengikat kerjasama politik kaum Melayu.

Freemasons diasaskan oleh Yahudi yang dipercayai memuja suatu kuasa yang mereka tanggapi sebagai ‘Tuhan’ dan digelar sebagai ‘The all seeing-Eye’ atau ‘Mata satu yang dapat melihat segalanya’. ‘Mata Satu’ itu jugalah yang seringkali digambarkan dalam banyak sub-pertubuhan yang menjadi konco mereka.

Matlamat lain yang didukung oleh Freemasons ialah:

  • memusnahkan kesejahteraan manusia yang tidak mendapat sokongan mereka,
  • menghancurkan keutuhan politik yang tidak mendapat restu mereka, dan,
  • memusnahkan kestabilan ekonomi dan sosial yang mereka seludup masuk.

Melalui IRI dan NED itu jugalah dana penajaan pelbagai pertubuhan disalurkan demi memperkukuhkan lagi pengaruh mereka ke atas ideologi pluralisme dan liberalisme yang setengahnya amat bertentangan dengan Islam.

Lihat sahaja laman web NED yang telah menyenaraikan pelbagai pertubuhan di Malaysia yang mereka taja, antaranya ialah, IDEAS (Institute for Democracy & Economic Affairs), IRI, Merdeka Centre, Liberal Banter, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Projek Dialog, dan Firma Guaman yang membela liberalisme.

Sekiranya Perdana Menteri sedia ada mencurigakan, kita percaya bahawa pihak Majlis Raja-Raja hendaklah bertindak ke atas komplot kerjasama PH dengan pihak yang mempunyai sejarah meruntuhkan banyak kerajaan Islam, atas nama demokrasi yang kemudiannya menjadi medan perang saudara.

Tidak hairanlah apabila tanpa banyak bicara PH tergocoh-gocoh  melantik Ketua Hakim Negara yang mempunyai sejarah menyokong kes-kes murtad, manakala Peguam Negara pula mempunyai rekod membela musuh negara iaitu Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Kini negara diasak pula dengan isu ICERD yang sepatutnya dibuang jauh ke longkang kerana ia merupakan isu basi yang diwujudkan oleh PBB pada 1969. Gejala murtad juga menjadi-jadi dalam senyap.

Namun kerana ICERD selari dengan kehendak NED dan IRI, serta mengalih dan menutup amalan kronisme, nepotisme dan rasuah Mahathir, maka ia dikutip untuk mengaburi kepalsuan dan kebenaran, sebagaimana Dajal yang menegakkan pembohongan dan menutup kebenaran.

*****

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: